Selasa, 01 Januari 2013

Teaser SRI 2013


Selamat Tahun Baharu 2013

Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai penganjur utama bersama Gagasan SRI Malaysia (SRI-Mas) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), SEACON, BERNAS dan FELCRA bakal menganjurkan Persidangan Kebangsaan Kedua System Of Rice Intensification  2013 (SRI 2013).

SRI 2013 akan membincangkan perkembangan amalan penanaman dan hasil penemuan penyelidikan yang menggunakan kaedah SRI untuk pengeluaran padi di Malaysia, lanjutan daripada persidangan kebangsaan pertama SRI yang diadakan pada Julai 2011. Langkah ini memerlukan peningkatan kesedaran, promosi dan penyebaran ilmu berkaitan SRI bagi petani, pemegang taruh, pembuat polisi dan pihak-pihak yang terlibat dalam pengeluaran padi. Satu pelan yang dinamik beserta pandangan dan pendapat berhubung kepentingan dan kesesuaian kaedah SRI untuk digunapakai secara meluas di Malaysia akan dibincangkan oleh para penceramah, di mana persidangan ini mengenal pasti keperluan untuk:
  • Meningkatkan pengeluaran padi negara melalui kaedah SRI. 
  • Mempromosikan penyebaran dan perkongsian ilmu saintifik-teknikal dan pengalaman mengenai pertanian lestari berasaskan biodiversiti dan ekologi, terutamanya dalam pengeluaran padi.
  • Meningkatkan kualiti hidup pesawah dan komuniti petani secara amnya.
  • Memastikan penggunaan sumber alam secara lestari dan memelihara persekitaran.
  • Menitikberatkan amalan pengurusan berkaitan tanah, nutrisi tanaman, air, haiwan perosak dan penyakit, variati benih, cuaca dan sebagainya, serta kesan faktor-faktor tersebut ke atas pengeluaran padi.
  • Mempromosi kaedah SRI sebagai salah satu strategi untuk memastikan jaminan bekalan makanan di Malaysia.
Nantikan pengumuman rasmi persidangan ini di srimas.org

Tidak ada komentar:

Posting Komentar