Tampilkan postingan dengan label Teknologi Maklumat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Teknologi Maklumat. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Februari 2013

Majlis Menandatangan MOU bersama Asean Foundation

Sunway Club, 13 Februari 2013

Soft launch projek yang dibiayai oleh Asean Foundation i-TAg (Information Technology in Agriculture). Cadangan projek ini juga membantu untuk meningkatkan Komponen 3 Rangka Kerja Bersepadu Keselamatan Makanan dan Pelan Strategik Tindakan Keselamatan Makanan ASEAN (AIFS-SPA 2009-2013), yang memberi penekanan kepada meningkatkan sistem maklumat bersepadu keselamatan makanan, melalui pembangunan sumber manusia dan maklumat pembangunan rangkaian.

Gimik pelancaran

Gambar-gambar dari kamera Mak tam:








Iklan tidak berbayar: Perisian Adobe Percuma

Kini anda tidak perlu berbelanja besar untuk perisian asli. Adobe kini memberi percuma beberapa perisian popular keluarannya. Anda boleh muat turun di sini Perisian Adobe CS2. Anda boleh dapatkan Adobe Potoshop CS2, Adobe Indesign CS2, Adobe Illustrator CS2, Adobe Acrobat Pro 7.0, Adobe Creative Suite 2 dan lain-lain lagi secara percuma. Kebanyakan perisian yang ditawarkan percuma ini adalah keluaran tahun 2005. Jadi anda perlu pastikan sistem operasi komputer anda boleh menyokong perisian ini (saya tidak pasti sama ada Windows Vista, 7 atau 8 boleh menyokong perisian-perisian ini, tetapi jika anda menggunakan Window XP seperti saya, anda boleh install kesemua perisian ini).

Minggu, 06 Januari 2013

Infografik: Cara menggunakan Google bagi penyelidikan

Anda tahu bagaimana menggunakan enjin carian Google bagi mencari kertas penyelidikan? Infografik ini menjelaskan cara untuk menggunakan Google bagi menjalankan penyelidikan secara atas talian.

Minggu, 28 Oktober 2012

Google Penguin Update

Google Penguin adalah nama kod bagi kemaskini algoritma Google yang diumumkan pada 24 April lalu. Kemaskini ini bertujuan untuk mengurangkan kedudukan (ranking) pada enjin carian laman-laman web yang melanggar Garis Panduan Webmaster Google dengan menggunakan teknik blackhat SEO, seperti kata kunci pemadat (keyword stuffing), penyamaran (cloaking), menyertai skim pautan (link farm), penciptaan kandungan salinan yang disengajakan (duplicating), dan lain-lain. Ia merupakan usaha baharu Google bagi membenteras laman-laman web yang menggunakan taktik "kotor" bagi mendapat kedudukan tertinggi dalam senarai enjin carian Google.

Berbeza dengan Google Panda yang diumumkan pada Februari 2011 yang fokus kepada on-page SEO (kandungan laman web), Google Penguin memberi fokus kepada off-page SEO. Namun begitu, kedua-duanya; Panda dan Penguin merupakan kemaskini Google bagi "membersihkan" senarai carian daripada menyenaraikan laman web yang melanggar peraturan dan kurang berkualiti.

Jadi, bagi memastikan laman web kita boleh "bekerjasama" dengan Google Penguin, berikut adalah beberapa perkara yang perlu disemak dan dipraktikkan;
  • Elakkan pautan yang "beracun" (poison link). Kurangkan penggunaan anchor text seperti sila lawati laman web Padi SRI. Cukup sekadar menggunakan pautan "call to action" seperti klik di sini. Ini bagi mengelakkan Google mengesan laman web yang cuba menggunakan kata kunci (keyword) yang sama berulangkali bagi mendapatkan kedudukan yang tinggi. Walau bagaimanapun, penggunaan anchor text tidak dilarang sama sekali, tetapi perlu digunakan dengan teratur.
  • Elakkan menggunakan kata kunci yang terlalu banyak (keyword stuffing) dalam penulisan artikel di blog atau laman web.
  • Menulis dan kemaskini blog atau laman web dengan konsisten. Elakkan membuat kandungan salinan bagi tujuan mendapat kedudukan yang tinggi. Lebihkan penulisan yang berkualiti.
  • Menggunakan laman web sosial seperti Facebook, Twitter dll bagi mempromosikan blog atau laman web. Selain itu, letakkan "social signal" kepada laman web atau blog dengan meletakkan elemen media sosial seperti Twitter tweet, Facebook like, social bookmarks, G+1, Digg, Stumble, dll.
  • Elakkan pautan dalaman (internal link) yang berlebihan. Ia akan menggambarkan laman web atau blog tersebut seperti "link farm."
  • Bina pautan di laman web yang baik dan berkualiti. Gunakan kaedah membina pautan (link building) yang beretika seperti menjadi penulis tamu kepada blog lain, meninggalkan pautan pada komen blog yang relevan serta menulis artikel yang baik dan syndicate kepada blog yang mempunyai niche yang berkaitan, web 2.0, dan direktori artikel yang berkualiti. Selain itu, membina pautan juga boleh dibuat dengan meletakkan gambar di Pinterest dan video di Youtube.

Jumat, 26 Oktober 2012

Infographic: Blogging tips

You’ve just finished writing a great new post. But what should you do next? In reality, the only people who know your post is you and your RSS subscribers. Rather than rely solely on search engines to pump up your organic volume, content publishers need to establish syndication connections and plan for some targeted promotion to ensure that each piece of content gets noticed by key influencers and your ideal customers.