Tampilkan postingan dengan label Komik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Komik. Tampilkan semua postingan

Kamis, 18 Oktober 2012

Semburan awal membawa padah

Wabak serangan bena perang adalah situasi yang tidak normal dalam ekosistem sawah padi. Wabak serangan merebak terjadi akibat salah urus di dalam amalan pertanian. Kawalan dengan menggunakan racun kimia secara berleluasa hanya akan memburukkan keadaan dan mewujudkan paradoks seperti mana yang pernah diterangkan sebelum ini.

Semburan racun serangga pada awal musim (40 hari selepas tabur) berkait rapat dengan kepercayaan petani bahawa perosak mula menyebabkan kerugian pada peringkat awal. Kawalan serangga seperti ulat lipat daun sering dibuat pada peringkat usia padi yang terlalu muda. Ini mengakibatkan penggunaan racun yang berlebihan dan membawa kepada penyalahgunaan racun. Tanpa disedari, semburan awal membuat sawah padi 10 kali lebih terdedah kepada wabak bena perang seperti mana yang diterangkan di sini. Ini kerana racun serangga akan membunuh serangga predator terutamanya serangga akuatik yang mencari mangsa di pangkal pokok padi. Akibatnya, populasi bena perang akan meningkat secara eksponential dan mengakibatkan kerosakan yang teruk seperti yang ditunjukkan di sini.





Sabtu, 13 Oktober 2012

Kejuruteraan ekologi - tumbuhan berbunga bagi predator

Wabak serangan bena yang berterusan di dalam pengeluaran padi Asia telah membawa kepada peningkatan minat untuk mencari penyelesaian ekologi. Satu pendekatan ialah dengan menggunakan kejuruteraan ekologi untuk meningkatkan kesan musuh semulajadi oleh tumbuhan yang mempunyai nektar yang ditanam di ban sawah. Dalam penulisan sebelum ini ada ditunjukkan bahawa sawah padi dengan tumbuh-tumbuhan berbunga yang ditanam di ban mempunyai populasi predator dan parasitoid yang lebih tinggi.

Apakah tumbuhan yang mudah ditanam di sawah bagi tujuan ini?