|
Hopperburn atau "bom" yang berlaku di Kerian, Perak pada Disember tahun lalu |
|
Keratan akhbar Sinar Harian Perak 19 Disember 2012 |
Serangan wabak bena perang sangat berkait rapat dengan penggunaan racun serangga.
Paradoks racun makhluk perosak menyatakan lebih banyak atau lebih kerap racun serangga digunakan, lebih teruk kesan serangan perosak. Paradoks ini telah dibuktikan berkali-kali oleh beberapa siri serangan perosak seperti bena perang di sawah padi. Dr. K.L Heong daripada IRRI menyatakan bahawa kawalan perosak menggunakan racun pada peringkat awal tanaman (30 hari lepas tanam) meningkatkan risiko serangan bena perang sehingga 10 kali ganda.
Baru-baru ini lebih 1,000 hektar kawasan tanaman padi MADA di Kedah dan Perlis diancam bena perang. Banyak persoalan timbul; Adakah petani tidak mengawal perosak? Atau petani mengawal perosak dengan menggunakan racun serangga secara berlebihan?
|
Keratan Malaysiakini 22 Januari 2013 |
|
Keratan KOSMO 23 Januari 2013 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar