Selasa, 06 September 2011

Menanam padi SRI di Parit 9 Sg Leman

6 September 2011 - Kumpulan petani Sg Leman menanam padi secara teknik SRI di Ban 1 1/2 Parit 9 Sg Leman, Daerah Sabak Bernam. Aktiviti menanam bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Selepas berehat, makan tengahari dan solat Zohor, aktiviti menanam disambung pada jam 3.00 petang. Lot ini akan menggunakan 100% kaedah SRI tanpa sebarang input kimia.





Tahniah kepada Mak Tam, Pak Tam, Wahidah dan kelompok petani Sg Leman yang tidak jemu-jemu berjuang bersama-sama untuk memajukan SRI di Selangor. Semoga kaedah pertanian yang lestari seperti SRI ini dapat diperluaskan di seluruh Sg Leman dan seterusnya kepada jelapang padi Selangor.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar