Apabila kita bercakap tentang pemeliharaan biodiversiti, apakah sebenarnya yang terangkum dalamnya? Takrifan yang terdapat dalam kamus Biologyreference.com menakrifkan diversiti sebagai "jumlah keseluruhan hidupan di bumi; keseluruhan pelengkap global ekosistem dan biom bagi daratan dan air tawar, dan spesis - tumbuhan, haiwan, kulat dan mikroorganisma - yang hidup di dalamnya, termasuklah perlakuan, interaksi dan proses ekologinya. Biodiversiti [juga] berkait secara langsung dengan komponen tak hidup di bumi ini - atmosfera, lautan, sistem air tawar, kejadian geologi dan tanah - membentuk satu sistem saling bergantungan yang hebat, iaitu biosfera."
Kehilangan Biodiversiti : Perataan dan kesesakan dunia telah memacu pembangunan ekonomi, perniagaan, pembinaan jalan, pengeluaran sumber alam, penangkapan ikan secara berlebihan dan perluasan pembandaran yang dengan rakusnya menggunakan tanah lapang, terumbu karang dan hutan tropika, yang mengganggu ekosistem, mencemarkan sungai dan menyebabkan kepupusan spesies di serata bumi pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. "Untuk segala nikmat kebendaan yang dibawa oleh kemajuan ekonomi, untuk segala penyakit dan kemiskinan yang dapat dihindarkan, untuk segala kegemilangan yang dikecapi dalam tamadun yang dibayar dengan kemusnahan besar alam semula jadi dengan keindahannya, semua ini perlu dihitung sebagai kehilangan yang tragis," tulis James Gustava Speth, Dekan Pusat Pengajian Perhutanan dan Alam Sekitar di Yale yang juga merupakan pengarang buku The Bridge At The Edge Of The World. "Pada masa ini kita telah kehilangan separuh dari hutan tropika dan hutan iklim sederhana dunia. Kadar pembasmian hutan di kawasan tropika terus meningkat kira-kira 1 ekar setiap saat. Kira-kira separuh dari tanah bencah dan satu pertiga hutan bakau telah hilang. Dianggarkan juga 90 peratus ikan pemangsa bersaiz besar telah pupus... 20 peratus kawasan terumbu karang laut juga telah hilang dan 20 peratus lagi berada dalam keadaan sangat terancam. Pelbagai spesies hidup lenyap pada kadar kira-kira 1,000 kali lebih pantas daripada kadar normal."
Banyak peristiwa yang berlaku menunjukkan kepada kita bahawa kita telah melepasi titik puncak biodiversiti apabila dunia menjadi semakin panas, rata dan sesak. Tanda paling jelas berlaku pada tahun 2006, iaitu manusia kehilangan satu spesies mamalia bersaiz besar, baiji atau dolfin sungai. Baiji juga dikenali sebagai ikan lumba-lumba Sungai Yangtze di China merupakan salah satu spesies dolfin air tawar dunia. Kepupusan baiji merupakan satu kehilangan yang menyakitkan kepada warisan dunia kita kerana baiji mewakili satu genus, bukan hanya satu spesies. Kepupusan spesies semakin meningkat dan setiap kehilangan adalah satu tragedi. Akan tetapi apabila kita hilang satu genus, yang mungkin melibatkan banyak spesies lain, maka kita sebenarnya kehilangan sesuatu yang lebih besar dalam sejarah kehidupan. Bayangkan biodiversiti sebagai pokok kehidupan. Apabila satu spesies pupus, ia bagaikan kita mencantas satu ranting pada pokok itu. Apabila satu genus pupus, ia bagaikan kita mencantas satu dahan pada pokok itu. Baiji diibaratkan sebagai satu dahan pada pokok itu.
Kumpulan Pemuliharaan Antarabangsa (CI) menganggarkan satu spesies pupus setiap 20 minit, iaitu 1,000 kali lebih cepat berbanding mana-mana kadar kepupusan biasa yang berlaku dalam sejarah dunia. "Bayangkan perkara yang akan terjadi kepada kita atau kehidupan dan sara hidup kita serta bumi kita apabila sebarang kejadian lain adalah 1,000 kali lebih cepat hari ini berbanding kadar biasa" kata Thomas Brooks, Pengarah Kanan Pusat CI bagi Sains Biodiversiti Gunaan. "Apakah akan terjadi jika hujan turun 1,000 kali lebih banyak berbanding kadar biasa? Kita akan dilanda banjir. Apakah akan terjadi jika salji turun 1,000 kali lebih banyak berbanding kadar biasa? Kita tidak akan mampu menggali keluar timbunan salji tersebut. Apakah akan terjadi jika penularan penyakit seperti malaria atau HIV/AIDS 1,000 kali lebih tinggi berbanding sekarang? Berjuta-juta orang akan terkorban. Akan tetapi, itulah yang berlaku kepada biodiversiti haiwan dan tumbuhan hari ini."
"Biodiversiti yang terdapat di bumi adalah unik dan ia adalah perpustakaan unik yang berharga yang sedang kita bakar - satu sudut pada satu masa - sebelum sempat kita mengkatalogkan semua buku yang ada, malah jauh sekali membacanya semua" kata John Holdren, ahli sains alam sekitar dari Havard and Woods Hole.
"Memusnahkan hutan hujan tropika dan ekosistem yang kaya dengan pelbagai speseis lain untuk mengaut keuntungan adalah seperti membakar semua lukisan di Louvre untuk memasak makanan," kata ahli entemologi terkenal, Edward O. Wilson. Di dalam makmal beliau terdapat barisan laci kecil pada dinding dipenuhi beribu-ribu jenis spesies semut yang dikumpulkannya bersama rakan-rakannya dari serata dunia: "Inilah yang kami lakukan. Kita perlu menjana wang dari kelapa sawit - maaf, wahai hutan besar Borneo dan orang utan!"
Akan tetapi bagi mereka yang tidak tertarik kepada nilai estetika, unsur, agama atau nilai spiritual biodiversiti, terdapat beberapa manfaat dari segi praktikal yang biasanya terlepas pandang. Perkara ini dikenali oleh pencinta alam sekitar sebagai istilah kering dan tidak digambarkan sebagai "khidmat ekosistem". Ekosistem semulajadi memberi manfaat yang besar dan "khidmat" kepada manusia yang tidak mampu mempunyai pasaraya sendiri atau tidak mampu memasang paip: Ekosistem semulajadi ini membekalkan sumber air bersih, menapis bahan cemar dari sungai, menyediakan tempat pembiakan ikan, mengawal hakisan, menghalang komuniti manusia dari ribut dan bencana alam, melindungi serangga yang mendebunga tanaman atau menyerang perosak tanaman, yang secara semula jadinya menyedut karbon dioksida keluar daripada atmosfera. "Khidmat" ini sangat penting kepada penduduk miskin di negara membangun yang bergantung secara langsung pada ekosistem untuk kelangsungan hidup mereka.
Jika kita menggugat kestabilan alam semula jadi dengan merosakkannya, Wilson menambah, "organisma yang terjejas teruk adalah daripada kumpulan yang terbesar dan paling kompleks, termasuklah manusia". Biodiversiti tidak hanya membantu kita untuk hidup - ia juga membantu kita untuk menyesuaikan diri. Tidak ada yang lebih penting selain peranan biodiversiti yang mudah menyesuaikannya untuk mengubah semua benda hidup - termasuklah kita, manusia. "Tanpa biosfera yang menjadikan kita seperti kita sekarang, tempat kita berevolusi, kita tidak akan menjadi manusia yang sempurna," jelas Wilson. Tambah Wilson lagi, semakin banyak kita mengubah iklim dan alam semula jadi dengan perbuatan kita, semakin banyak kita merosakkan tumbuhan dan haiwan, hutan, sungai, lautan dan glasier yang mengatur kehidupan di bumi ini dan telah memberi banyak kebaikan kepada manusia secara percuma sahaja - maka semakin bertambahlah tanggungjawab kita sebagai manusia untuk mengawal alam ini dengan tangan kita sendiri.
Kata Wilson, "Semakin banyak kita merosakkan alam semula jadi ini, maka semakin banyak tugas yang perlu kita ambil alih dan ini menuntut kepintaran kita sendiri untuk mengekalkannya dari waktu ke wktu dengan usaha kita sendiri... Oleh itu, kecualilah kita merancang untuk menukar bumi ini secara literalnya kepada sebuah kapal angkasa dan tangan kita berada pada panel kawalan, dari waktu ke waktu, semua keperluan asasi - apabila kita mengawal atmosfera, dari waktu ke waktu - lebih baik kita kembalikan kawalan biosfera ini ke tempat asalnya, iaitu tempat jutaan spesies yang wujud ini menyokong kita dengan gembira dan secara percuma."
Tanpa berfikir panjang, kita merosakkan alam semula jadi dengan cara yang telah kita lakukan, dan perbuatan ini tiada bezanya dengan seekor burung yang merosakkan sarangnya sendiri, atau seekor serigala merosakkan lubang persembunyiannya, atau seekor memerang merosakkan empangannya. Kita tidak boleh terus melakukan semua kerosakkan ini dan menganggapnya hanya sesuatu yang berlaku "di sana". Kehilangan biodiversiti pada skala yang besar hari ini memberi satu impak global. Seperti yang selalu diperkatakan oleh kumpulan Pemuliharaan Antarabangsa (CI); "Hilang di sana, kesannya terasa di sini". Kita tidak boleh terus melakukannya dan menganggapnya kita akan memperbaikinya kelak. Seperti pengasas bersama Hari Bumi, Denis Hayes pernah berkata : Jika semangat cintakan alam sekitar ini hanyalah perkara bersifat sementara, "ia akan menjadi perkara terakhir buat kita."
Mark Erdmann, ahli biologi marin yang berkhidmat dengan kumpulan CI di Indonesia, menyatakan, "perubahan adalah satu perkara yang sentiasa berlaku dalam kehidupan, dan tanpa kepelbagaian - spesies, kebudayaan, tanaman - yang disesuaikan dengan perubahan ini akan menjadi bertambah sukar". Jelas Erdmann lagi, "bercakaplah dengan petani yang menanam hanya sejenis tanaman dan seluruh tanamannya itu dimusnahkan oleh serangan penyakit. Bercakaplah dengan pengurus kewangan yang melaburkan semua wangnya dalam satu saham... Pendek kata, kepelbagaian menjanjikan ketahanan - dan kita memerlukan ketahanan yang boleh dikumpulkan untuk menangani perubahan global yang datang dengan pantas". Siapa yang tahu penyakit yang membawa bencana pada masa depan? Jika kita membajak hutan hujan tropika kita untuk ditanam dengan kelapa sawit atau tebu untuk menghasilkan etanol, ia umpama kita membuang ubat-ubatan semula jadi kita. "Kita betul-betul memerlukan kepelbagaian kerana perubahan akan sentiasa berlaku dengan tetap, dan kepelbagaian bahan mentah yang kita perlukan adalah untuk menyesuaikannya dengan perubahan tersebut", tambah Erdmann.
Dalam dunia yang panas, rata dan sesak ini, apabila semua jenis benda bergerak dan beralih pada kadar yang lebih cepat berbanding masa lalu, benda terakhir yang kita sanggup hilang ialah peralatan yang diperlukan untuk kita sesuaikan dengan perubahan.
[bersambung]

Tidak ada komentar:
Posting Komentar