Sabtu, 03 September 2011

Indeks Keselamatan Makanan Global 2011


Rajah: Ilustrasi grafik hubungan simbiotik di antara kelaparan dan konflik dan masalah bekalan makanan yang memuncak dari Somalia ke India ke Sepanyol (klik rajah untuk paparan lebih jelas)

Peta baharu risiko keselamatan makanan di seluruh dunia, yang menunjukkan fakta yang membimbangkan. Negara Sub-Sahara Afrika menjadi tempat yang paling ditakuti kerana kelaparan sebagaimana negara yang kaya mempunyai ketakutan terhadap masalah kegemukan akibat kekenyangan. Tetapi ada banyak lagi peringatan untuk kita, seperti masalah makanan di India dan kelemahan Sepanyol.

Dan ia menunjukkan suatu hubungan simbiotik yang menjijikkan diantara kekurangan makanan dan konflik: di mana seseorang akan mengepalai, dan yang lain akan mengikut.

Kita mesti bermula dengan yang terburuk, di tanduk Afrika. Di Somalia, Ethiopia dan Eritrea, kegagalan manusia serta kemarau yang teruk menyebabkan berjuta-juta berada dalam kebuluran. Perang saudara dan kemiskinan, menyebabkan makanan mahal sehingga tidak mampu dibeli. Infrastruktur yang lemah dan rosak memusnahkan pengeluaran makanan dan keupayaan untuk pengangkutan bantuan makanan kecemasan. Keruntuhan masyarakat kesan daripada cuaca yang melampau seperti kemarau tidak boleh ditangani. Dan keganasan yang menakutkan menukarkan orang menjadi pelarian, meninggalkan kehidupan mereka dan rangkaian sosial di belakang.

Harga makanan yang naik mendadak baru-baru ini, yang dikaitkan kepada kebangkitan rakyat merentasi utara Afrika dan Timur Tengah, juga telah menjejas Somalia dengan teruk. Harga jagung di Mogadishu adalah 100% lebih tinggi pada bulan Jun 2011 berbanding pada bulan Jun 2010, dan harga sekoi di Somalia meningkat sebanyak 180% berbanding dengan harga 2010.

Berkongsi carta dengan Somalia sebagai mempunyai risiko terbesar krisis makanan adalah Republik Demokratik Congo, di mana semua faktor di atas terpakai, ditambah dengan kesan separuh daripada tanah yang kaya dan sesuai untuk pertanian diduduki oleh orang asing. Keadaan di DRC menjadi lebih menakutkan: ia berada di landasan untuk menjadi salah satu negara yang paling ramai penduduk di bumi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Beralih ke India, peta baru, yang dihasilkan oleh penganalisis risiko Maplecroft, mengingatkan kita bahawa di sebalik ekonomi yang berkembang dengan negara yang luas, terdapat beratus-ratus juta penduduk miskin yang lapar. Hampir separuh daripada kanak-kanak India kekurangan zat makanan dan satu daripada empat penduduk yang lapar dan miskin di dunia tinggal di sana.

Sepanyol dan Portugal menonjol sebagai contoh yang sangat jarang berlaku kepada negara kaya dengan risiko sederhana terhadap masalah keselamatan makanan. Masalah air adalah isu di sana, menyebabkan kebergantungan kepada import bijirin. Sepanyol membeli bijirin sebanyak 11 billion kilogram lebih daripada eksport setiap tahun pada kos $ 2.6 billion, manakala Portugal membayar $890 juta untuk 3.3 billion kilogram bijirin.

"Sepanyol dan Portugal telah membuat keputusan bahawa eksport minyak zaitun dan wain adalah lebih menguntungkan daripada bijian," kata Helen Hodge dari Mapplecroft, bersama-sama dengan tanaman salad. Jadi mereka menjual daun salad dan Rioja dan membeli gandum dan jagung untuk keuntungan.

Pengiraan yang mungkin berubah jika harga makanan global terus pada trend semasa yang mendaki. Di bahagian-bahagian lain di dunia, harga makanan yang melambung tinggi boleh mencetuskan konflik. "Ia amat menarik bahawa keselamatan makanan memainkan peranan yang lebih luas dalam mencetuskan kekacauan," kata Hodge.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar