Rabu, 16 Januari 2013

Kerintangan rumpai Amaranthus palmeri terhadap racun Glyphosate (bahagian 2)

Fenomena "Listen Listen Listen" juga telah berjangkit kepada blog ini

Amaranthus palmeri (pigweed) yang kebal kepada racun Roundup telah "menakluki" hampir 12 juta ekar ladang-ladang tanaman kapas, kacang soya dan jagung di AS menjadi masalah yang serius kepada sistem pengeluaran makanan.

Rumpai babi menyerang ladang kacang soya
Rumpai babi mampu menghasilkan 1.5 juta biji benih sepanjang hayatnya
Struktur reproduktif rumpai babi

Isu kerintangan racun rumpai - bagi mengatasi masalah kerintangan terhadap racun, syarikat kimia pertanian mengesyorkan racun lain dalam program semburan

Rumpai babi yang tumbuh kembali selepas diracun dengan Roundup
Gergasi kimia pertanian Monsanto mempunyai langkah yang "bijak" dalam mengatasi masalah kerintangan rumpai terhadap Roundup -- iaitu memperkenalkan racun lain. Bagi membasmi rumpai babi yang telah kebal kepada Roundup, Monsanto membayar AS$12 seekar kepada petani di AS untuk menyembur racun rumpai yang lebih merbahaya iaitu 2,4-D sejenis racun yang digunakan sebagai komponen dalam Agen Oren, yang telah digunakan semasa Perang Vietnam. Syarikat kimia pertanian lain turut mengambil kesempatan dalam hal ini. LibertyLink keluaran Bayer merupakan benih yang dipakej dengan racun Ignite (bahan aktif: Glufosinate). Petani-petani kacang soya Roundup-ready yang menghadapi masalah rumpai super disyorkan untuk beralih kepada benih LibertyLink. Selain itu, syarikat-syarikat racun lain turut berlumba-lumba memperkenalkan dan menghidupkan produk-produk lama mereka.

Kawalan kepada rumpai babi yang kebal kepada Roundup ialah menambah lebih banyak racun

Syor kepada kawalan rumpai babi kebal Roundup ialah menggunakan lebih banyak racun yang mempunyai mod tindakan berbeza. Beberapa campuran racun yang dicadangkan adalah seperti berikut:
  • Gabungan racun Gramoxone (Paraquat) + Valor;
  • Menggunakan racun tunggal atau gabungan racun pra cambah Dual, Valor, Authority MTZ Pendimethalin (Prowl) dan Trifluralin (Treflan);
  • Gabungan racun Dual + Reflex atau Roundup + Reflex. (Bahan aktif Reflex adalah Fomasafen);
  • Gabungan racun Pendimethalin + Formasafen;
  • Gabungan racun Glyphosate + Dicamba;
  • Gabungan racun Glyphosate + Metolachlor;
  • Menggunakan benih LibertyLink dengan menggabungkan racun Glufosinate + Dual/Warrant (bahan aktif: Acetochlor);
  • Gabungan racun MSMA + Diuron.
Langkah "bijak" menggunakan lebih banyak racun bagi kawalan rumpai babi yang kebal Roundup sangat tidak berbaloi. Ini kerana pelbagai spesis rumpai mula menunjukkan kekebalan terhadap beberapa jenis racun rumpai, tidak terkecuali rumpai babi. Kerintangan terhadap racun rumpai meninggalkan impak buruk kepada pengeluaran tanaman termasuklah;
  • Meningkatkan kompleksiti dan kos pengurusan rumpai bagi tanaman kacang soya, kapas dan jagung;
  • Menyebabkan kerintangan racun terhadap rumpai lain terutama rumpai berdaun lebar;
  • Mengganggu proses pemuliharaan tanah kerana tanah perlu dibajak dengan alat pembajak yang lebih besar dan kasar.
Kerintangan pelbagai rumpai terhadap pelbagai racun tidak boleh dipandang ringan. Di seluruh dunia, dalam tempoh singkat kurang dari 5 tahun, beberapa jenis rumpai telah menunjukkan kerintangan kesan daripada penggunaan racun.
Graf 1 menunjukkan jumlah spesis rumpai yang menunjukkan kerintangan terhadap beberapa mod tindakan racun melawan tahun. Perhatikan graf racun yang mempunyai mod tindakan menghalang enzim ALS (berwarna merah). Hanya dalam tempoh 15 tahun, hampir 80 spesis rumpai menunjukkan kerintangan terhadap racun penghalang enzim ALS.

Persoalannya ialah apabila rumpai mulai kebal terhadap Glyphosate, penghalang ALS dan Protoporphryin oxidase, apa lagi yang tinggal?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar