Lokasi: Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
29-31 Mac 2013
Tampilkan postingan dengan label Bengkel dan Forum SRI. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Bengkel dan Forum SRI. Tampilkan semua postingan
Jumat, 29 Maret 2013
Selasa, 01 Januari 2013
Teaser SRI 2013
Selamat Tahun Baharu 2013
Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai penganjur utama bersama Gagasan SRI Malaysia (SRI-Mas) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), SEACON, BERNAS dan FELCRA bakal menganjurkan Persidangan Kebangsaan Kedua System Of Rice Intensification 2013 (SRI 2013).
SRI 2013 akan membincangkan perkembangan amalan penanaman dan hasil penemuan penyelidikan yang menggunakan kaedah SRI untuk pengeluaran padi di Malaysia, lanjutan daripada persidangan kebangsaan pertama SRI yang diadakan pada Julai 2011. Langkah ini memerlukan peningkatan kesedaran, promosi dan penyebaran ilmu berkaitan SRI bagi petani, pemegang taruh, pembuat polisi dan pihak-pihak yang terlibat dalam pengeluaran padi. Satu pelan yang dinamik beserta pandangan dan pendapat berhubung kepentingan dan kesesuaian kaedah SRI untuk digunapakai secara meluas di Malaysia akan dibincangkan oleh para penceramah, di mana persidangan ini mengenal pasti keperluan untuk:
- Meningkatkan pengeluaran padi negara melalui kaedah SRI.
- Mempromosikan penyebaran dan perkongsian ilmu saintifik-teknikal dan pengalaman mengenai pertanian lestari berasaskan biodiversiti dan ekologi, terutamanya dalam pengeluaran padi.
- Meningkatkan kualiti hidup pesawah dan komuniti petani secara amnya.
- Memastikan penggunaan sumber alam secara lestari dan memelihara persekitaran.
- Menitikberatkan amalan pengurusan berkaitan tanah, nutrisi tanaman, air, haiwan perosak dan penyakit, variati benih, cuaca dan sebagainya, serta kesan faktor-faktor tersebut ke atas pengeluaran padi.
- Mempromosi kaedah SRI sebagai salah satu strategi untuk memastikan jaminan bekalan makanan di Malaysia.
Nantikan pengumuman rasmi persidangan ini di srimas.org
Jumat, 23 November 2012
Bengkel agroekologi di SRI-Lovely Sik 15 Nov 2012 (bahagian 3)
Belum habis lagi bercerita berkenaan dengan bengkel agroekologi di SRI-Lovely Sik yang diadakan pada 15 November 2012. Bengkel tamat pada jam 3.00 petang dan selepas itu disambung dengan perbincangan dua hala bersama petani. Selesai perbincangan, kami beramai-ramai terjun ke sungai. Tiada gambar sebab kamera saya murah dan tidak kalis air. Jam 4.30 petang kami bertolak ke Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, Sik. Jika anda biasa dengan SRI-Lovely, sekolah ini berada di sebelah kanan ketika anda memasuki jalan ke SRI-Lovely.
Cuma sedikit anomali yang berlaku pada bacaan GPS saya. Jika anda mengikuti entri sebelum ini, kordinat GPS sekolah ini ialah N 06 03.030, E100 49.494. Tetapi kordinat tersebut telah tersasar lebih kurang 300 meter daripada titik asal ketika saya menandanya pada 19 Mei 2012. Saya mula berimiginasi yang bukan-bukan. Adakah plat benua telah bergerak dan berlaku perubahan benua seperti dalam filem 2012? Ataupun bumi sedang mengubah medah magnet dan kutubnya seperti dalam filem Absolute Zero? Atau alat GPS saya yang demam? Jadi ini kordinat baharu yang saya ambil pada hari itu;
Sampai di sekolah, kami diberi taklimat oleh Guru Besar dan seorang cikgu. Terima kasih pada pihak sekolah yang sudi melayan kami walaupun sedang cuti Awal Muharam. Persembahan multimedia berkenaan dengan sekolah ditayangkan dalam sesi taklimat.
Setelah sesi taklimat dan penerangan dalam bentuk multimedia, baru saya sedar.
Sekolah ini sangat COOL!
Walaupun berada di dalam kawasan kampung, jauh daripada bandar, tiada talian Maxis (cuma talian Celcom sahaja yang ada, itu pun hidup segan, jumpa Malaikat Maut tak mahu) - berada pada jarak 33 km daripada pekan Sik dan 126 km daripada bandar Alor Setar, sekolah ini mempunyai pasukan pancaragam sendiri yang telah memenangi tempat kedua Pertandingan Pancaragam Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kedah. Sekolah ini juga memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Selain itu, sekolah ini mempunyai bengkel membuat kompos dan plot bagi tanaman padi SRI organik.
Sangat COOL!!!!Kenapa sekolah rendah saya tak buat macam ni?
Di akhir lawatan, Guru Besar sekolah memberi cenderamata yang unik. Ikan pekasam asli buatan Sik. Ikan pekasam yang dibuat menggunakan beras goreng. Ramuan tradisi orang Utara.
Ikan pekasam Sik sangat sedap.Mungkin sebab diberi percuma dan benda percuma memang sedap. Saya akan memborong pekasam bila saya ke sini lagi. Terima kasih kepada pihak Sekolah Seri Ampang Muda, Sik di atas layanan yang baik. Kami doakan sekolah ini terus maju jaya seperti nama kelas di sekolah ini; 1 Maju dan 1 Jaya.
Ikan jelawat dibuat pekasam,
Pekasam dimakan bercicah tempoyak,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..
Hoi! Pantun apa ni? Ritma salah, pembayang dengan maksud pun tak betul!
Cuma sedikit anomali yang berlaku pada bacaan GPS saya. Jika anda mengikuti entri sebelum ini, kordinat GPS sekolah ini ialah N 06 03.030, E100 49.494. Tetapi kordinat tersebut telah tersasar lebih kurang 300 meter daripada titik asal ketika saya menandanya pada 19 Mei 2012. Saya mula berimiginasi yang bukan-bukan. Adakah plat benua telah bergerak dan berlaku perubahan benua seperti dalam filem 2012? Ataupun bumi sedang mengubah medah magnet dan kutubnya seperti dalam filem Absolute Zero? Atau alat GPS saya yang demam? Jadi ini kordinat baharu yang saya ambil pada hari itu;
N06 03.55 E100 49.643
Sampai di sekolah, kami diberi taklimat oleh Guru Besar dan seorang cikgu. Terima kasih pada pihak sekolah yang sudi melayan kami walaupun sedang cuti Awal Muharam. Persembahan multimedia berkenaan dengan sekolah ditayangkan dalam sesi taklimat.
Sesi taklimat oleh Guru Besar. Duduk dari kiri: Tuan Haji Marzuki, Dr. Anizan, Kapten (B) Zakaria dan Dr. Ruhizan
Setelah sesi taklimat dan penerangan dalam bentuk multimedia, baru saya sedar.
Sekolah ini sangat COOL!
Walaupun berada di dalam kawasan kampung, jauh daripada bandar, tiada talian Maxis (cuma talian Celcom sahaja yang ada, itu pun hidup segan, jumpa Malaikat Maut tak mahu) - berada pada jarak 33 km daripada pekan Sik dan 126 km daripada bandar Alor Setar, sekolah ini mempunyai pasukan pancaragam sendiri yang telah memenangi tempat kedua Pertandingan Pancaragam Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kedah. Sekolah ini juga memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Selain itu, sekolah ini mempunyai bengkel membuat kompos dan plot bagi tanaman padi SRI organik.
Sangat COOL!!!!
Plot Projek Inovasi Pertanian Organik
Padi SRI organik
Di akhir lawatan, Guru Besar sekolah memberi cenderamata yang unik. Ikan pekasam asli buatan Sik. Ikan pekasam yang dibuat menggunakan beras goreng. Ramuan tradisi orang Utara.
Ikan jelawat dibuat pekasam dan cenderamata dari pihak sekolah
Ikan pekasam Sik sangat sedap.
Ikan jelawat dibuat pekasam,
Pekasam dimakan bercicah tempoyak,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..
Hoi! Pantun apa ni? Ritma salah, pembayang dengan maksud pun tak betul!
Jumat, 16 November 2012
Bengkel agroekologi di SRI-Lovely Sik 15 Nov 2012 (bahagian 2)
Prof. Madya Dr. Anizan Isahak memberi ceramah
Pelajar dan anak tani diberi penerangan di sawah
Pelajar UKM bersama Kapten (B) Zakaria
Pelajar dan anak tani melihat demonstrasi penanaman padi SRI
Tenaga kerja pelatih yang menanam padi SRI
Prof. Madya Dr. Anizan Isahak menerangkan penggunaan kit kualiti tanah
Dr. Habibah Jamil memberi penerangan dan demonstrasi
Hidayat (R.A Dr. Anizan) menerangkan berkenaan kulat trichoderma
Berkongsi cerita dan lawak jenaka bersama petani
Kucing SRI tertidur kepenatan
Kamis, 15 November 2012
Bengkel agroekologi di SRI-Lovely Sik 15 Nov 2012 (bahagian 1)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan SRI-Mas mengadakan perjumpaan dengan petani dan anak tani dari Kedah di SRI-Lovely, Kg Lintang (Sik) Kedah pada 15 Nov 2012 untuk menerangkan dan membincang tentang kesihatan tanah, agroekologi dan SRI (System of Rice Intensification). Suatu demonstrasi kit kualiti tanah juga akan diadakan. Dengan cara ini petani akan memahami lebih dekat lagi tentang asas saintifik konsep agroekologi dan SRI. Demonstrasi tersebut akan dijalankan oleh Dr. Habibah Jamil, Prof Madya Dr. Anizan Isahak, Prof Madya Dr. Ruhizan Yassin dan sekumpulan pelajar UKM.
Sekumpulan pelajar UKM akan mengambil data kajian fisiologi tumbuhan pokok SRI, di bawah seliaan Dr. Che Radziah Che Md Zain supaya petani dan anak tani dapat mengambil kesempatan untuk melihat bagaimana kajian saintifik dilakukan. Di samping itu, Prof Madya Dr. Anizan Isahak juga menerangkan betapa pentingnya sawah padi dipelihara sebagai warisan geo-asset Kedah.

Padi SRI dari varieti MR253 yang berusia 28 hari
Alat penguji sistem fotosintesis
Data fotosintesis sedang diambil
Prof. Madya Dr. Ruhizan Yassin diberi penerangan berkenaan alat fotosintesis
Mengira jumlah anak pokok dan mengambil ukuran tinggi pokok
Kucing SRI turut hadir membantu
Kucing SRI membuat demonstrasi minum air dari sawah yang tidak dicemari bahan kimia
Selasa, 06 November 2012
Lawatan pakar UKM ke bengkel SRI
Lawatan pakar dari UKM diketuai oleh Prof Dr Syarifah Mastura ke Bengkel SRI D'Dorani dan SRI D9. Banyak perkara dibincangkan dan akan dilaksanakan. Antaranya kejuruteraan ekologi di sawah. Beberapa spesis tumbuhan berbunga telah dikenalpasti dan akan disemai bagi ditanam di ban-ban sawah terpilih sebagai pilot project.
Prof Dr Syarifah Mastura
Prof Dr Syarifah Mastura sekali lagi
Prof Dr Salmijah Surif
Mak Tam seperti biasa penuh semangat
Tn Haji Anuar Bujang
Perbincangan bersama petani
Selasa, 18 September 2012
Kertas-kertas pembentangan bengkel
Jumat, 14 September 2012
Revisiting IPM - Day 2 (13/09/2012)
Prof Madya Dr Siti Hajar, Pak Tam dan Mak Tam
Lim Li Ching daripada TWN
Sarojeni Renggam daripada PANAP
Abuzar daripada PLKP Tg Karang menerangkan sesuatu
Kharul Azhar daripada FTC memberi penerangan
Prof Madya Datin Dr. Rosenani bersama Prof Dr. Iswandi dan Sarojeni
Demo stesyen UKM
Mak Tam bersama "rainbow girls"
Prof Dr. Wan Mokhtar menyampaikan kesimpulan bengkel
Prof Dr. Wan Mokhtar mempengerusikan mesyuarat
Pak Budi daripada Chianjur
En Zul daripada DOA Kedah
Dari kiri: Pushpa, Dr. Anizan, Dr. Norela dan Sarojeni
Bergambar selepas mesyuarat
Langganan:
Postingan (Atom)
Label
- ANALISIS
- award
- Baja dan Nutrien
- Bena Perang
- Bengkel dan Forum SRI
- Biodiversiti dan Alam Sekitar
- BIOLOGI
- Bioteknologi Pertanian
- Bisnis
- BUAH
- BUDIDAYA
- BUDIDAYA KARET
- BUDIDAYA KELAPA SAWIT
- BUDIDAYA TANAMAN
- BURUNG
- Dapur
- dasar dasar produksi tanaman pangan
- DDPT
- DDPT2
- E_teks pes 6
- Ekologi dan Diversiti
- Ekologi dan Epidemiologi
- ekologi umum
- Ekonomi Hijau
- Ekonomi Pertanian
- Fisiologi Tanaman
- game angry birds
- Gangguan Keruntuhan Koloni
- HAMA
- hot
- icon folder
- ILMU TANAH
- Infografik
- Inspirasi
- Isu Semasa
- JAMUR
- KATA KATA MUTIARA
- Keselamatan Makanan
- Kesihatan Tanah
- Komik
- kunci gitar
- lanskap
- Lantai Kayu
- Laporan dan Jurnal
- MAKALAH
- Mesin dan Jentera
- Musuh Alami
- Padi dan Beras
- Padi Selangor
- Padi SRI
- PANGAN
- Parquet
- pemupukan
- Pengurusan Air
- Pengurusan Perosak Bersepadu
- PENYAKIT
- Penyakit dan Perosak
- Perataan Tanah
- Perawatan
- Perbaikan
- PERKEBUNAN
- Persidangan dan Forum
- PERTANIAN
- Pertanian dan Makanan
- Pertanian Lestari
- Perubahan Iklim
- pes 2013
- pes 6
- pes 6 2
- Predator dan Parasitoid
- PROPOSAL USAHA
- PUPUK
- Racikan
- Racun Perosak
- Revolusi Hijau
- Santai
- SDA
- sefwere mempercepat copy
- sofwere
- sofwere 2
- sofwere edit foto
- sofwere islami
- sofwere2
- Taman
- TANAMAN
- Tazkirah
- Teknologi Maklumat
- TERNAK
- thema
- thema bola
- thema keren
- Tips
- TOTARIAL
- TOTARIAL2
- TV ONLINE
- Ukuran-ukuran
- Usaha
- USAHA TANI
- Wallpaper
- walpaper bola
- we 8
- we9