Sabtu, 19 November 2011

Ke Arah Revolusi Hijau Sebenar Untuk Keselamatan Makanan (bahagian 4)

Artikel-artikel sebelum
Bahagian 3
Bahagian 2
Bahagian 1
Dari World Economic and Social Survey 2011, PBB

Kepelbagaian pilihan teknologikal perlu wujud bagi menghadapi cabaran yang pelbagai

Berbeza dengan pengalaman Revolusi Hijau, yang bergantung kepada penggunaan "pakej teknikal" secara besar-besaran, mencapai keselamatan makanan dalam konteks hari ini akan memerlukan peningkatan produktiviti yang lebih cepat di kalangan sebilangan besar pengeluar kecil-kecilan di kawasan-kawasan ekologikal pertanian yang sangat berbeza. Namun begitu, tiada satu "penyelesaian teknikal" dikhususkan bagi memudahkan usaha untuk mencapai produktiviti yang lebih pesat dan kelestarian alam sekitar. Sebaliknya, pelbagai pilihan teknikal perlu disediakan kepada petani.

Pelbagai teknologi yang luas dan amalan-amalan yang lestari dalam bidang pertanian untuk menerajui perubahan radikal yang diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dapat digunakan tanpa mengembangkan kawasan tanaman utama dan mengurangkan sumber asli. Satu kajian baru-baru ini mendapati peningkatan produktiviti beberapa tanaman penting, meningkat dua hingga tiga kali ganda dalam kadar hasil purata di Afrika misalnya, boleh dicapai melalui penggunaan pengetahuan dan teknologi yang sedia ada yang lebih baik. FAO (2011) menganggarkan dengan akses yang lebih baik oleh wanita kepada tanah, input luaran dan teknologi, pengeluaran pertanian di negara-negara membangun boleh meningkat sebanyak 2.5-4.0 peratus, dan bilangan orang yang tidak cukup makan boleh menurun di antara 12 hingga 17 peratus (kira-kira, 100 juta hingga 150 juta orang boleh bebas dari kelaparan).

Teknologi dan amalan tradisional telah membuktikan betapa relevannya mereka kepada peningkatan produktiviti dan memastikan kelestarian alam sekitar: contoh, pertanian yang menggunakan tanah yang sedikit, tanaman giliran dan tanaman selingan, penuaian air dan kitar semula, tanaman yang menggunakan air dengan cekap, penggunaan baja hijau, pertanian hutan dan pengurusan perosak bersepadu telah berjaya diterima pakai dengan peningkatan produktiviti yang besar.

Teknologi yang muncul dari Revolusi Hijau akan terus memainkan peranan yang penting dalam pembangunan pembiakan tanaman baharu dan varieti yang menghasilkan peningkatan produktiviti yang besar, walaupun inovasi berterusan akan diperlukan untuk mengurangkan penggunaan input luaran dan meningkatkan kecekapan penggunaan air untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Walaupun perkembangan moden dalam bioteknologi, kejuruteraan genetik, penyinaran radiasi makanan, tumbuhan hidroponik dan pencernaan anaerobik bertujuan untuk meningkatkan kerintangan tanaman makanan terhadap serangga perosak dan cuaca yang melampau, meningkatkan nilai pemakanan mereka, dan mengurangkan pencemaran makanan dan pengeluaran gas rumah hijau, insentif yang sesuai untuk mengembangkan penyelidikan mengenai tanaman dan proses yang relevan kepada golongan miskin perlu diwujudkan.

Terdapat sangat sedikit yang boleh diperkatakan secara umum, pilihan teknologi yang memberi respon terhadap keperluan khusus petani di kawasan-kawasan yang mempunyai pelbagai ekologi pertanian kecuali menjadikan teknologi yang sedia ada sebagai pilihan kepada petani ladang kecil memerlukan satu rangka kerja dasar baharu dan pelaburan tambahan dalam pembangunan luar bandar. Di Asia dan beberapa negara di Amerika Latin, di mana teknologi yang berasal dari Revolusi Hijau membawa kepada penggunaan berlebihan kimia pertanian dan pengurangan air bawah tanah, kerajaan-kerajaan mungkin perlu menimbang semula sama ada untuk terus memberi subsidi penggunaan baja dan racun perosak atau untuk memudahkan akses kepada teknologi yang lestari untuk meningkatkan penggunaan baja organik dan pengurusan air yang cekap. Di sub-Sahara Afrika, di mana petani kecil-kecilan secara amnya menggunakan sebahagian kecil input luaran daripada tahap yang disyorkan, mengatasi kekurangan makanan mungkin memerlukan insentif baharu untuk meningkatkan penggunaan input kimia dengan kombinasi bersama teknologi dan amalan pertanian lestari.

Dari segi dasar, masalahnya ialah bagaimana untuk meningkatkan kesedaran dan merangsang penggunaan teknologi yang mampan dalam amalan pengurusan tanaman. Dasar ini menghadapi cabaran yang semakin rumit apabila terdapat keseimbangan antara peningkatan pengeluaran makanan dan kemerosotan alam sekitar, seperti dalam kes yang meluas - peruntukan subsidi untuk bahan kimia pertanian untuk meningkatkan pengeluaran makanan walaupun memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Di kebanyakan negara-negara membangun, penyesuaian kedua-dua objektif - keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar akan memerlukan perubahan yang radikal kepada objektif dasar semasa, termasuk penyebaran maklumat yang lebih luas dan sokongan teknikal kepada petani kecil-kecilan melalui khidmat pengembangan yang mencukupi, penyingkiran kekangan politik dan insentif yang sesuai untuk membina perkongsian yang lebih kukuh dengan pelbagai pihak yang berkepentingan, seperti yang dibincangkan di bawah.

Memperluas perkhidmatan sokongan dan reformasi tanah dan mengatasi halangan-halangan politik untuk mengubah pertanian

Dalam konteks negara yang berhadapan dengan food insecurity, menarik keseimbangan antara produktiviti yang memberi keuntungan dan kelestarian alam sekitar akan memerlukan pelaburan tambahan dan kapasiti yang lebih baik untuk melaksanakan strategi kebangsaan bagi keselamatan makanan yang membawa kepada: peningkatan dalam akses petani kecil kepada teknologi, peningkatan dalam pelaburan yang bertujuan mengembangkan infrastruktur jalan luar bandar dan kemudahan penyimpanan tanaman; pemegangan hak tanah yang selamat dan perjanjian sewa diberi penambahbaikan; pengembangan kredit luar bandar dan mekanisme yang inovatif bagi cuaca-tanaman berasaskan insurans; dan peningkatan akses kepada teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Inovasi amat berkaitan dengan pengambilan risiko, mekanisme pengurangan risiko (risk reduction) perlu diperkenalkan untuk mengelakkan kerugian teruk kepada pendapatan pemegang ladang kecil. Geran, insentif cukai, polisi insurans yang inovatif dan bentuk baharu modal teroka mungkin dapat menyediakan jenis perlindungan (Leeuwis dan Hall, 2010).

Cabaran polisi terletak kepada usaha bagaimana untuk menggerakkan sumber-sumber yang diperlukan untuk meluaskan pelbagai perkhidmatan sokongan yang penting bagi meningkatkan kapasiti kecil pemegang ladang untuk inovasi dan bersaing dalam pasaran yang dinamik. Meningkatkan pelaburan untuk pembangunan luar bandar dan mengalihkan tumpuan ke arah sokongan kepada peladang kecil-kecilan akan memerlukan, dalam konteks yang banyak, mengatasi halangan-halangan yang diletakkan di jalan perubahan oleh hubungan kuasa semasa (Spielman 2005). Kemiskinan luar bandar dan kekurangan makanan selalunya hasil "kegagalan institusi" (termasuk kegagalan koordinasi, tanah, diskriminasi jantina dan peminggiran penduduk asal), yang menghalang pembangunan sistem pengeluaran makanan yang lebih dinamik.

Salah satu isu-isu yang sering menjadi perbalahan di negara membangun ialah pengagihan tanah. Pada tahap yang besar, di kalangan pemegang ladang kecil-kecilan yang berpendapatan rendah, kekurangan makanan disebabkan oleh kekurangan akses yang secukupnya kepada tanah. Reformasi tanah tradisional yang direka untuk meningkatkan akses kepada tanah dan memberi sokongan kepada pelbagai bentuk persatuan di kalangan petani akan membantu kesan ekonomi dalam pengeluaran, dan yang paling penting, dalam pemasaran tanaman makanan. Walau bagaimanapun, perubahan amalan pengagihan tanah, mendapatkan hak harta dan mewujudkan insentif yang memberi manfaat kepada pemegang ladang kecil sering memerlukan political will (keazaman politik) yang mungkin mencabar status quo.

Di negara-negara seperti Brazil, China dan India, di mana kerajaan telah memilih untuk memberi keutamaan kepada pengurangan kemiskinan dan keselamatan makanan, sistem inovasi dinamik muncul dalam menyokong pembangunan pertanian. Dalam keadaan lain, menambah skala amalan inovatif antara lain, bagi Sistem Keamatan Padi (SRI) dan latihan peladang dalam kes India, dan inisiatif kawasan tadahan air didapati melalui kerjasama oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara dan kerajaan tempatan; amalan-amalan baharu dalam menyokong penyebaran pengetahuan, penyertaan yang lebih tinggi oleh petani dan pembangunan keupayaan petani, pembinaan infrastruktur dan meningkatkan akses kepada kredit, maklumat dan lain-lain perkhidmatan sokongan.

Strategi negara untuk keselamatan makanan dan pertanian lestari perlu dengan jelas mengenal pasti halangan-halangan politik-ekonomi untuk mendorong perubahan yang radikal dalam bidang pertanian yang memberi tumpuan kepada memperbaiki kapasiti produktif pengeluar makanan kecil-kecilan.

[bersambung bahagian 5]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar