Selasa, 20 Maret 2012

Hari Air Sedunia


Hari Air Sedunia (http://www.unwater.org/worldwaterday/) disambut pada 22 Mac setiap tahun sejak 1993. Tarikh ini dicadangkan dalam Agenda 21 ketika persidangan United Nations Conference on Environment and Development (UNCED) pada tahun 1992 di Rio de Janeiro, Brazil. Tema sambutan tahun ini ialah "2012: Water and Food Security: The World is Thirsty Because We are Hungry". Bahan kempen boleh dimuat turun di sini: http://www.unwater.org/worldwaterday/campaign.html

Terdapat 7 bilion orang untuk makan di planet bumi hari ini dan 2 bilion lagi dijangka bertambah menjelang 2050. Statistik mengatakan bahawa setiap daripada kita mengambil minuman diantara 2 hingga 4 liter air setiap hari, walau bagaimanapun kebanyakan air yang minum berada dalam makanan yang kita makan: untuk menghasilkan 1 kg daging lembu contohnya menggunakan 15,000 liter air manakala 1 kg gandum menggunakan 1,500 liter air.

Laman web World Water Day (pautan yang tertera di atas) juga menyediakan kuiz bagi mendapatkan jumlah air yang kita "minum" di dalam sepinggan makanan kita. Sebagai contoh (gambar kanan); nasi bersama dengan dua jenis sayur, dua jenis lauk dan sebiji telur menggunakan 2,653.5 liter air. Tujuan kempen ini adalah;
  • menggalakkan diet yang sihat dan mampan; 
  • mengurangkan pembaziran air; 
  • mengurangkan pembaziran makanan: 30% daripada makanan yang dihasilkan di seluruh dunia tidak pernah dimakan dan air yang digunakan untuk menghasilkannya hilang; 
  • menghasilkan lebih banyak makanan, kualiti yang lebih baik, dengan air yang kurang.

Di Malaysia sambutan Hari Air Sedunia akan diadakan di Parit Buntar, Perak pada 24 Mac 2012 dengan kempen kepentingan Air Untuk Keselamatan Makanan.

Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.facebook.com/pages/World-Water-Day-2012-Malaysia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar