Kenaikan harga makanan, ketidakstabilan iklim dan rusuhan makanan telah mencetuskan perubahan politik yang mendalam di seluruh dunia dan meletakkan pertanian sebagai keutamaan dalam agenda antarabangsa. Apakah jenis pertanian yang paling sesuai untuk bertindak balas kepada cabaran-cabaran tersebut, walau bagaimanapun, merupakan subjek perbezaan pendapat yang membawa kepada perdebatan yang tidak berkesudahan. Terlalu banyak perbahasan dasar semasa mengenai keselamatan makanan, perubahan iklim dan pertanian yang mengandaikan bahawa pertanian dan bioteknologi industri yang berkaitan adalah satu-satunya pilihan untuk memberi makanan kepada penduduk global yang semakin bertambah. Syarikat perniagaantani dan agrokimia telah mencipta dan menyokong imej ini melalui pengiklanan agresif, melobi dan memberi sokongan untuk institusi penyelidikan.
Alternatif sememangnya wujud. Tiga kajian kes yang dibentangkan dalam laporan ini merupakan pendekatan yang berjaya, baik dari segi teknik yang mereka telah gunakan, dan disebabkan oleh penglibatan aktif pertubuhan peladang dalam mengubah dasar-dasar yang diperlukan untuk memastikan kejayaan mereka. Sistem agroekologikal, yang bermula daripada interaksi di antara alam semula jadi dan pertanian, dan dibina di atas keutamaan dan pengetahuan tempatan tentang keadaan lokasi yang khusus, dicadangkan oleh petani, pergerakan alam sekitar dan hak asasi manusia dan penyokong di seluruh dunia. The International Assessment of Agricultural Knowledge, Science and Technology for Development (IAASTD), antara kajian-kajian lain, menyediakan asas saintifik yang kukuh kepada pendekatan ini.
Miguel Altieri, perintis dalam pembangunan agroekologi, mendefinisikan ia sebagai "aplikasi konsep dan prinsip ekologi kepada reka bentuk dan pengurusan agroekosistem mampan." Gerakan petani global La Via Campesina menggalakkan agroekologi untuk memajukan pengeluaran makanan, yang menetapkan setiap negara ada hak demokratik untuk menentukan laluannya sendiri bagi memastikan bekalan makanan stabil untuk rakyatnya di bawah syarat bahawa "memberi makan kepada dunia disamping menyejukkan planet ini" (feed the world while cooling the planet). Pelapor khas PBB mengenai hak kepada makanan menerbitkan laporan berkenaan agroekologi dan hak kepada makanan yang menasihati penderma untuk mempertimbangkan pendekatan alternatif ini dan menyokong pertubuhan peladang dalam usaha mereka untuk membina pengetahuan tempatan. Dan persatuan petani serta keluarga mereka di negara perindustrian dan membangun telah lama berjuang untuk amalan mesra alam yang diiktiraf dan disokong oleh dasar dan program kerajaan.
Walaupun gerakan ini semakin meningkat di seluruh dunia, terdapat salah faham yang berterusan bahawa pilihan ini adalah di antara teknologi "tinggi" dan "tanpa" teknologi, antara bioteknologi termaju dan pertanian sara hidup yang bergerak ke belakang. Realitinya, petani tidak hanya sebagai pengeluar, mereka merupakan pereka cipta, terutamanya apabila wujud keadaan yang sesuai untuk membina pengetahuan mereka tentang teknik-teknik khusus yang sesuai di dalam situasi masing-masing, dengan mengambil kira kekangan seperti sumber asli, keadaan tanah dan corak cuaca, dan pertimbangan sosial dan budaya.
Inovasi-inovasi ini memerlukan persekitaran dan dasar awam untuk membolehkan mereka berkembang. Di peringkat antarabangsa, dasar perdagangan harus diperbaharui untuk membolehkan negara-negara membangun melindungi pengeluaran tempatan daripada kebanjiran produk import murah. Isu ini telah dibahaskan secara meluas di Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), di mana alasan utama gagalnya Doha Round kerana terdapat beberapa negara menentang cadangan oleh G-33 untuk menguatkuasa perlindungan yang dipanggil Mekanisme Langkah-Langkah Perlindungan Khas dan Produk Khas (Special Safeguard Mechanisms and Special Products), yang akan membolehkan negara-negara untuk melindungi pengeluaran pertanian yang penting bagi keselamatan makanan, kehidupan luar bandar dan pembangunan mampan. Ketika mana pengeluaran agroekologikal akan menurunkan penggunaan input yang diimport yang diperoleh daripada bahan api fosil, dan mempunyai potensi untuk mengurangkan kos pengeluaran, ia mungkin memerlukan langkah-langkah tambahan untuk mengurangkan persaingan yang tidak adil daripada lambakan barang-barang yang diimport pada harga yang lebih rendah daripada kos pengeluaran domestik.
Program bantuan asing juga harus menyokong usaha-usaha untuk mengukuhkan sistem makanan tempatan, ekonomi luar bandar dan persekitaran semula jadi. Kini terdapat kebangkitan semula kepentingan dalam bantuan pembangunan untuk keselamatan makanan sejak berlakunya krisis 2008 makanan. Walau bagaimanapun, perhatian kepada pertanian serta pengiktirafan di bawah dasar sedia ada telah gagal seperti pembiayaan dan program baharu, yang menekankan kepada meningkatkan hasil melalui teknologi baharu "Revolusi Hijau" yang diragui - telah mengabaikan inovasi tempatan dan melemahkan ekosistem.
Ini bukannya untuk menafikan peranan bantuan asing, tetapi bantuan perlulah menumpukan kepada usaha untuk menyokong proses inovasi tempatan. Pengetahuan agroekologi secara intensif memerlukan sokongan bagi pertukaran maklumat dan platform pengetahuan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa untuk berkongsi amalan terbaik. Pelaburan awam dalam penyelidikan pertanian dan perkhidmatan lanjutan di negara-negara membangun yang bekerja secara langsung dengan petani sebagai inovator, dan juga pembiayaan untuk pembangunan tanaman dan input asli yang mengurangkan penggunaan input yang diimport dan meningkatkan persekitaran tempatan juga boleh menjadi elemen penting yang berkesan kepada program keselamatan makanan.
Walau bagaimanapun, pada akhirnya, apa yang paling penting adalah apa yang berlaku di peringkat pelaksana; dari segi teknik-teknik pengeluaran dan usaha-usaha advokasi kebangsaan yang diperlukan untuk mewujudkan dasar yang betul dan pasaran untuk membolehkan inovasi agroekologikal berkembang. Dalam kes-kes kajian yang dijalankan, anggota Asian Farmers Association for Sustainable Development telah mendokumenkan tiga pengalaman negara yang penting ini:
Sumber: Agroecology and Advocacy: Innovations in Asia (Institute for Agriculture and Trade Policy)

- Di Kemboja, Center for Studies and Development of Cambodian Agriculture (CEDAC) and Farmer Nature Net (FNN) telah memperkenalkan kaedah tanaman Sistem Keamatan Padi (SRI), yang boleh meningkatkan hasil dan pendapatan dan pada masa yang sama mengurangkan penggunaan bahan kimia pertanian, mengekalkan pemilikan benih tempatan dan meningkatkan kesuburan tanah.
- Di Filipina, pergerakan organik tempatan muncul sebagai satu elemen penentangan terhadap rejim Marcos dan penguasaan syarikat transnasional dalam pengeluaran tempatan. Sejak itu, rangkaian pengeluar tempatan dan NGO telah berkembang untuk membangunkan piawaian organik dan menyokong perundangan yang perlu untuk menggalakkannya.
- Di Indonesia, Persatuan Peladang Beras Boyolali Organik (APPOLI) dan Perikatan Kaum Tani Indonesia (API) bergabung untuk menangani dilema utama: bagaimana untuk membuat proses pengesahan organik yang mampu dimiliki dan boleh diterima oleh petani dan pada masa yang sama memenuhi keperluan pengguna. Sistem Jaminan Penyertaan Petani dan Pengguna ditubuhkan untuk memastikan petani mendapat harga yang adil dan berpatutan, dan pengguna boleh membeli produk organik pada kos yang lebih rendah.
Sumber: Agroecology and Advocacy: Innovations in Asia (Institute for Agriculture and Trade Policy)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar