Kamis, 22 Desember 2011

Seminar Mekanisasi SRI di PLKP Tanjong Karang 22 Disember 2011

Jabatan Pertanian Negeri Selangor hari ini menganjurkan Seminar Mekanisasi SRI di Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian (PLKP) Tanjong Karang. Seminar dirasmikan oleh Pengarah Pertanian Negeri Selangor Tuan Haji Ahmad Zakaria bin Mohd Sidek memberi fokus kepada pembangunan mekanisasi SRI di Selangor dihadiri lebih 130 orang peserta melibatkan agensi kerajaan, swasta, universiti, pihak-pihak berkepentingan dan petani. Sebanyak 3 kertas kerja dibentangkan dan pameran alat-alat implemen untuk SRI turut diadakan. Pada sebelah petang, sesi perbincangan dibuat berkenaan dengan hala tuju mekanisasi SRI beserta dengan business plan untuk mengembangkan SRI bersama peserta seminar.









Tidak ada komentar:

Posting Komentar