Keselamatan makanan perlu dilihat dari segi keselamatan produk, keselamatan alam sekitar dan keselamatan petani itu sendiri. Keselamatan makanan bermakna bahawa apabila makanan dimakan, ia tidak mengandungi bahan pencemaran pada paras yang membahayakan. Semua orang, sama ada mereka yang menghasilkan, mengeluarkan, mengedarkan, menyediakan atau memakan makanan, adalah sebahagian daripada rangkaian makanan. Oleh itu, kepastian keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan usaha berbilang sektor dari pembuat dasar, industri makanan dan pengguna. Topik ini akan memberi fokus kepada keselamatan makanan dari peringkat upstream (peringkat penghasilan makanan) oleh pesawah padi di Selangor.
Barat Laut Selangor: "pasaraya" racun perosak
Kawasan Barat Laut Selangor yang berkeluasan 20,000 hektar secara fizikalnya merupakan salah satu kawasan utama tanaman padi di Semenanjung Malaysia. Kawasan Barat Laut Selangor juga merupakan kawasan tanaman padi yang berproduktiviti tinggi. Namun begitu, kos pengeluaran turut tinggi disebabkan oleh penggunaan baja dan racun kimia yang intensif. Malah, kawasan ini merupakan pasaran agrokimia terbesar di Malaysia dengan nilai mencecah RM 30 juta setahun diikuti oleh Cameron Highland dan kawasan MADA.
Satu kajian telah dijalankan pada tahun 2009 bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan IADA Barat Laut Selangor yang bertajuk Adoption of Integrated Pest Management in Rice Farming Practices at Barat Laut Selangor, Malaysia. Dalam kajian tersebut, 225 sampel diambil melalui temubual dan kertas soal selidik. 58.2% daripada respondan merupakan petani sepenuh masa dan selebihnya adalah petani separuh masa.
Pengetahuan petani mengenai musuh semulajadi dan IPM
Kebanyakan respondan (73.8%) mengetahui peranan musuh semulajadi yang terdapat di sawah. Hanya 9.8% mengatakan mereka tidak mengetahui, 16% tidak pasti dan 0.4% tidak menjawab. 79.6% respondan mengetahui mengenai Kawalan Perosak Bersepadu (IPM). Namun apabila ditanya apakah yang yang mempengaruhi keputusan mereka untuk menyembur racun, jawapan yang diberikan adalah seperti dalam Rajah 1:
Rajah 1 menunjukkan kebanyakan petani (68%) membuat keputusan menyembur jika wujud kehadiran perosak dan 63.6% petani menyembur mengikut jadual semburan yang telah diamalkan sejak dahulu lagi. 25.4% petani akan menyembur jika ada masa terluang. Hanya 22.2% petani menyatakan mereka membuat keputusan menyembur berdasarkan economic threshold level (ETL). 14.7% petani menyembur mengikut tahap tindakan racun manakala 8.4% petani akan membuat keputusan menyembur jika kos yang dikeluarkan untuk menyembur dirasakan ekonomik dan berbaloi. 2.2% akan menyembur sebelum kehadiran perosak.
Kawalan perosak menggunakan kaedah kimia menjadi pilihan utama selain daripada kawalan kultura menyebabkan penggunaan racun perosak sangat tinggi di kalangan petani Barat Laut Selangor. Satu lagi perkara yang mengejutkan ialah kesemua responden menyatakan pernah atau sedang menggunakan racun yang diharamkan. Walaupun wujud kesedaran tentang bahaya racun makhluk perosak yang telah diharamkan, kebanyakan petani masih menggunakannya disebabkan oleh keberkesanannya dalam mengawal perosak. Rajah 2 menunjukkan penggunaan racun perosak berdaftar dan yang diharamkan mengikut kelas:
Penggunaan racun yang tidak berdaftar atau yang telah diharamkan sangat membimbangkan. Antara racun yang telah diharamkan yang masih digunakan termasuklah endosulfan dan paraquat.
Racun-racun yang popular mengikut petani (%):
Racun serangga
Imidacloroprid (50.7%)
lambda-cyhalothrin (45.8%)
Lufenuron (43.6%)
chlorpyrifos + cypermethrin (33.7%)
Buprofezin (22.2%)
Thiamethoxam (15.1%)
Deltamethrin (14.7%)
Fipronil (14.2%)
Fenthion (11.1%)
Endosulfan (6.7%)
thiocyclam-hydrogen oxalate (5.8%)
Chlorfluazuron (0.4%)
Racun kulat
Difenoconazole (30.7%)
Isoprothiolane (13.3%)
Difenoconazole + propiconazole (10.2%)
trifoxystrobin + tebuconazole (7.1%)
thiophanate-methyl (6.2%)
triclopyr butoxy ethyl esther (1.3%)
Racun rumpai
pretilachlor + pyribenzoxim (5.3%)
glufosinate ammonimum (3.6%)
2-4D (2.3%)
paraquat dichloride (2.1%)
glyphosate isopropylamine (0.9%)
Campuran dan "cocktail" racun
96% respondan menyatakan mereka membuat campuran racun. Antara jawapan yang diberi kepada soalan mengapa membuat campuran racun ialah; menjimatkan masa menyembur, mengurangkan kos menyembur, terdapat pelbagai jenis perosak yang perlu dihapuskan pada masa yang sama, campuran dilakukan oleh pekerja dan campuran racun memberi kesan yang segera. Rajah 3 di bawah menunjukkan peratus petani yang membuat campuran racun di dalam alat semburan mereka:
Apa yang mengejutkan, 68.9% petani membuat campuran 3 hingga 4 jenis racun di dalam alat penyembur mereka.
Gambar 1: Pelbagai jenis bungkusan dan botol racun perosak yang dibuang oleh petani selepas membuat "cocktail" racun perosak. Racun perosak yang paling popular dalam membuat "cocktail" menggabungkan klorpirifos organofosfat dengan cypermethrin pyrethroid. Ia digunakan secara meluas walaupun pada semua racun perosak organofosfat jelas dilarang untuk tanaman padi. Kredit gambar: ricehoppers.net
Kekerapan menyembur
Rajah 4 di bawah menunjukkan kekerapan menyembur racun oleh petani.
12.4% petani menyembur racun 4 kali atau kurang semusim. 71.6% petani menyembur 5 hingga 8 kali semusim. 14.7% petani menyembur racun 8 hingga 12 kali dan 1.3% petani menyembur sehingga 13 hingga 15 kali semusim. Ini menjadikan kekerapan yang paling biasa petani membuat semburan ialah dua kali sebulan.
Kos upah, racun dan baja kimia semusim
Rajah 5 di bawah menunjukkan petani (dalam peratus) mengikut kos yang dikeluarkan bagi baja tambahan, racun dan upah semusim:
Masalah mengamalkan IPM di kalangan petani
Rajah 6 di bawah menunjukkan masalah yang dihadapi oleh petani yang menyebabkan mereka tidak mengamalkan IPM.
Perbincangan dan rumusan
Masih terdapat banyak kelemahan mengenai adaptasi IPM di kalangan pesawah padi Selangor terutama sekali kurangnya penggunaan kawalan biologi dan kawalan mekanikal kerana kebergantungan kepada kawalan kimia. Lebih memburukkan keadaan penggunaan racun perosak yang diharamkan juga sangat tinggi. Pengetahuan petani berkenaan economic treshold level, ETL sangat lemah.
Penggunaan racun yang sangat tinggi meningkatkan kos pengeluaran. Kebanyakan petani mengikut apa yang dipanggil "calendar spraying" bagi mengawal perosak mengikut usia tanaman padi. Ini menyebabkan frekunsi semburan racun 8 kali semusim atau 2 kali sebulan.
Apa yang dapat dilihat di sini, halangan utama petani untuk mengamalkan IPM ialah kurangnya pengetahuan berkenaan IPM, tiada kehadiran musuh semulajadi, keadaan cuaca tidak menentu dan kurang kerjasama di kalangan rakan petani. Program pengembangan perlu dipergiatkan lagi dengan memberi kursus, latihan dan demonstrasi bagi meningkatkan pengetahuan petani berkenaan IPM.
Pembuat Dasar perlu dengan serius menimbang untuk menggalakkan penubuhan Sekolah Latihan Petani (Farmer Field School) seperti di negara Indonesia, Viet Nam, Filipina dan China. FFS dapat membantu petani menjalankan aktiviti pembelajaran dan eksperimen sendiri melalui latihan daripada petani kepada petani bagi membantu mereka memahami ekologi sawah padi mereka dan menggunakan pendekatan IPM bagi mengurangkan kebergantungan terhadap racun perosak untuk tanaman padi yang lestari.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar