Senin, 12 Desember 2011

Human Development Report 2011

Sustainability and Equity: A Better Future for All 

Pautan untuk muat turun:
Human Development Report 2011 (hdr.undp.org)

The 2011 Human Development Report, published by the United Nations Development Programme (UNDP) on 2 November, argues that sustainability and equity must—and can—be addressed simultaneously in order to achieve a fair, inclusive and sustainable future.


Cabaran pembangunan hebat abad ke-21 adalah untuk melindungi hak generasi hari ini dan pada masa hadapan untuk hidup sihat dalam keadaan yang memuaskan. Laporan Pembangunan Manusia 2011 menawarkan sumbangan baharu yang penting untuk dialog global mengenai cabaran ini, menunjukkan bagaimana kemampanan (kelestarian) adalah berkait rapat dengan ekuiti kepada soalan kesaksamaan dan keadilan sosial dan akses yang lebih besar kepada kualiti hidup yang lebih baik. Ramalan yang dibuat menunjukkan bahawa kegagalan berterusan untuk mengurangkan risiko kerosakan alam sekitar dan ketidaksamaan sosio ekonomi memberi ancaman memperlahankan kemajuan yang berterusan oleh majoriti penduduk miskin di dunia malah menterbalikkan penumpuan global dalam pembangunan manusia. Kemajuan yang luar biasa dalam pembangunan manusia tidak boleh berterusan tanpa langkah-langkah berani global untuk mengurangkan kedua-dua risiko; alam sekitar dan ketidakadilan sosial.

Laporan ini mengenal pasti laluan dan hala tuju untuk orang ramai, masyarakat tempatan, negara dan masyarakat antarabangsa untuk menggalakkan kemampanan alam sekitar dan ekuiti dalam cara yang saling memperkukuhkan. Analisis terbaharu menunjukkan bagaimana ketidakseimbangan kuasa dan ketidaksamaan gender di peringkat kebangsaan dikaitkan dengan akses yang terhad untuk air bersih dan sanitasi yang lebih baik, kemusnahan tanah, dan penyakit serta kematian yang disebabkan oleh pencemaran udara, menyebabkan jurang pendapatan menjadi semakin besar. Ketidaksamaan gender juga berinteraksi dengan hasil alam sekitar dan menjadikan kesan buruk bertambah teruk. Pada peringkat global, aturan tadbir urus sering melemahkan suara negara-negara membangun dan mengenepikan kumpulan marginal. Namun, terdapat alternatif kepada ketidaksamaan dan ketidaklestarian. Pelaburan yang meningkatkan ekuiti sebagai contoh, akses kepada tenaga yang boleh diperbaharui, air dan sanitasi, dan penjagaan kesihatan reproduktif boleh memajukan kedua-dua kelestarian dan pembangunan manusia. Akauntabiliti yang lebih kukuh dan proses demokrasi juga boleh meningkatkan kadar keberkesanannya. Pendekatan yang berjaya bergantung kepada pengurusan komuniti, institusi dan perhatian yang meluas termasuk kepada kumpulan yang kurang bernasib baik. Selain Matlamat Pembangunan Milenium, dunia memerlukan satu rangka kerja pembangunan yang mencerminkan ekuiti dan kelestarian.

Laporan ini juga menunjukkan bahawa pendekatan yang mengintegrasikan ekuiti ke dalam dasar dan program-program yang memberi kuasa kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam arena perundangan dan politik memegang peranan yang besar. Pembiayaan yang diperlukan untuk pembangunan beberapa kali ganda lebih besar daripada bantuan pembangunan rasmi semasa. Perbelanjaan hari ini kepada sumber-sumber tenaga yang rendah-karbon, sebagai contoh, adalah kurang daripada 2 peratus daripada anggaran terendah keperluan. Aliran pembiayaan perlu disalurkan ke arah cabaran kritikal bagi menangani ketidaklestarian dan ketidaksamaan. Manakala mekanisme pasaran dan pembiayaan swasta akan menjadi penting, mereka mesti disokong dan dimanfaatkan oleh pelaburan awam yang proaktif. Merapatkan jurang pembiayaan memerlukan pemikiran inovatif. Laporan ini juga menyokong reformasi untuk menggalakkan ekuiti dan kebebasan bersuara.

Kita mempunyai tanggungjawab bersama ke arah memastikan bahawa masa kini bukannya musuh masa depan. Laporan ini boleh membantu cara kita melihat ke hadapan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar