Ulat pengorek batang, kuning, Scirpophaga incertulas dan putih, Scirpophaga innotata merupakan perosak utama tanaman padi. Satu lagi spesis, yang mempunyai kepala berwarna hitam, Chilo polychrysus juga merupakan masalah utama di kawasan tanaman padi negara ini. Ulat pengorek batang menyebabkan kematian pokok padi di peringkat tillering (beranak) yang dikenali sebagai "deadheart" dan pengisian yang dikenali sebagai "white head". Kebiasaannya serangan di peringkat pengisian padi akan menyebabkan kematian akibat panikel yang patah dan padi tidak terisi.
Ulat pengorek batang menjadi perosak pada peringkat larva. Larva akan menebuk batang padi dan memakan bahagian dalam batang sebelum menjadi pupa dan akhirnya menjadi kupu-kupu. Larva pengorek batang boleh memakan bahagian dalam batang tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Namun begitu, jumlah anak tanaman padi akan berkurang dan mengakibatkan padi hampa (tidak berisi) kesan daripada kerosakan dalam batang.
Ulat pengorek batang mempunyai lebih dari 100 spesis parasitoid, predator dan patogen serangga yang menjadi musuh. Sesetengah agen-agen kawalan biologi ini merupakan pakar untuk membunuh ulat pengorek batang walaupun larva pengorek batang menyembunyikan diri di dalam batang padi. Di dalam ekosistem semulajadi, dianggarkan hanya 1-4% populasi telur menjadi dewasa dan selebihnya akan mati akibat tekanan biotik dan abiotik. Ulat pengorek batang sangat mudah menjadi mangsa di semua peringkat; telur, larva dan dewasa.

Parasitoid telur ulat pengorek batang yang penting:
Tetrastichus schoenobii
Telenomus rowani
Trichogramma japonicum
Predator telur ulat pengorek batang yang penting:
belalang - Conocephalus longipennis
cengkerik - Metioche vittataicollis
Larva pengorek batang mempunyai musuh dari parasitoid yang sedikit kerana larva pengorek batang bersembunyi di dalam batang pokok padi. Namun begitu, terdapat parasitoid yang merupakan specialist dalam memburu larva pengorek batang. Parasitoid-parasitoid ini dilengkapi dengan "ovipositor" pada sengungut (bayangkan struktur teleskopik yang digunakan oleh pasukan SWAT untuk mengitip melalui lubang kecil) bagi mengintip larva yang berada dalam batang pokok padi.
Parasitoid larva ulat pengorek batang yang penting:
Cotesia flavipes
Stenobracon nicevillei
Tropobracon schoenobii
Tetrastichus howardi
Tetrastichus schoenobil
Xanthopimpla stemmator
Predator larva ulat pengorek batang yang penting:
Micraspis spp.
Ophionea spp.
Paederus fuscipes
Microvelia douglasi
Mesovelia vittigera
Limnogonus fossarum
Predator kupu-kupu (dewasa) pengorek batang yang penting:
Euspudaeus spp.
Lycosa pseudoannulata
burung 'Fork-tailed Drongo" Dicrurus adsimilis
Sumber : IRRI Knowledge Bank
Tidak ada komentar:
Posting Komentar