Keperluan air dilihat semakin mendesak terutama sekali sumber air untuk tanaman padi terpaksa berkongsi untuk memenuhi keperluan domestik dan industri. Jadi tanaman padi SRI dilihat sebagai "silver bullet" untuk mengurangkan beban bekalan air. "Sistem ini dapat meningkatkan hasil padi, mengurangkan keperluan benih dan mengurangkan keperluan air 25 hingga 50%". Sumber : Wikipedia
Mengikut amalan konvensional, sawah padi di Malaysia memerlukan 29,473 meter padu air sehektar setahun. Purata keperluan air bagi mengeluarkan hasil padi kasar sebanyak 2.3 kg mm-1. Bagaimana jika kaedah tanaman padi SRI dapat mengurangkan keperluan air sehingga 50%? Kaedah ini tidak sukar untuk dilaksanakan sebenarnya. Dengan hanya membiarkan tanah lembab sahaja selama 45 hari (sehingga peringkat beranak maksimum) dan kemudian air dimasukkan sekadar 2 cm ketika peringkat mengisi dan dibiarkan sehingga 10 hari sebelum menuai.
Saya menjangkakan jika 15 hingga 20% kawasan Barat Laut Selangor ditanam menggunakan kaedah SRI, masalah kekurangan bekalan air di sawah mungkin dapat diselesaikan.
Jadual dan rajah (klik pada gambar untuk paparan lebih besar)
Jadual 1: Keperluan air dalam tanaman padi konvensional
Rajah 1: Keseimbangan air bagi keperluan tanaman padi
Jadual 2: Perbandingan diantara tiga jenis pengairan dalam sawah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar