Beras menjadi unsur penting dari pinggan makanan rakyat biasa dan bekalan akan menjadi kritikal jika penurunan produktiviti padi serta mengurangkan ketersediaan per kapita yang membawa kepada masalah dasar negara, yang mempunyai konotasi global. Harus diakui, SRI tidak akan memberi impak segera kepada peningkatan hasil padi. Biasanya apabila sistem ini diperkenalkan, hasil padi akan turun mendadak berbanding tanaman padi konvensional. Namun begitu, di dalam jangka masa tertentu, hasil padi akan kembali naik dan seterusnya berada pada paras yang stabil malah lebih baik lagi dari tanaman secara konvensional.
Sistem Keamatan Padi (SRI) merupakan inovasi yang relevan, yang meningkatkan pengeluaran, mengurangkan jurang hasil dan memastikan sekuriti makanan bagi petani yang kecil dan marginal. SRI juga mempunyai potensi besar di dalam pemuliharaan sumber dan aspek penting bagi kelestarian.
SRI sebenarnya merupakan gabungan sistem pengurusan tanaman yang intensif untuk pengeluaran padi. Pemuliharaan sumber tanah, air dan biodiversiti, dan penggunaan kuasa biologikal tumbuhan dan solar merupakan keistimewaan sistem ini. Di dalam perkembangan SRI yang mula menerima sambutan global, lebih ramai petani yang muncul mencuba kaedah ini disamping lebih banyak penyelidikan saintifik; konsep padi aerobik, pengawalan rumpai, pengawalan perosak dan penyakit, pengurusan air, jarak tanaman dan geometri tanaman yang ideal, ciri genetik tanaman, menggunakan anak benih muda dan berbagai-bagai lagi kajian yang dijalankan di seluruh dunia.
Kajian yang terbaru dijalankan di Tamil Nadu (India) berkaitan keupayaan SRI di tanah milik petani memsasarkan objektif yang spesifik:
Tamil Nadu merupakan negeri yang menjadi perintis tanaman padi SRI di India. Eksperimen ini melibatkan 4 buah daerah; Coimabtore, Kanchipuram, Ramnathpuram dan Tanjore. Kajian dijalankan dalam musim Rabi (selepas monsun).
Penemuan awal
Kelebihan bio-fizikal SRI
Kajian yang terbaru dijalankan di Tamil Nadu (India) berkaitan keupayaan SRI di tanah milik petani memsasarkan objektif yang spesifik:
- menilai kelebihan ekonomik dan ekologi SRI berbanding kaedah konvensional;
- mengukur impak penjimatan input (tanah, air, masa petani dan benih) kepada kecekapan pengeluaran di bawah sistem SRI, terutama sekali di kalangan petani kecil;
- mengenalpasti faktor yang mempengaruhi petani menggunakan SRI dan;
- merangka polisi dan strategi untuk mengembangkan SRI.
Tamil Nadu merupakan negeri yang menjadi perintis tanaman padi SRI di India. Eksperimen ini melibatkan 4 buah daerah; Coimabtore, Kanchipuram, Ramnathpuram dan Tanjore. Kajian dijalankan dalam musim Rabi (selepas monsun).
Penemuan awal
Kelebihan bio-fizikal SRI
- Petani hanya memerlukan 5-8 kg benih/hektar berbanding kaedah konvensional yang memerlukan 40-100 kg benih.
- Survey yang dilakukan di ladang menunjukkan hasil padi SRI secara seragamnya lebih tinggi berbanding kaedah tanaman konvensional. Hasil padi SRI berada di antara 5 hingga 7.5 tan/ha berbanding purata pengeluaran padi 3.45 tan/ha (2005-06). Ini menunjukkan petani kecil mendapat faedah dari SRI.
- Perkara yang paling penting ialah penjimatan air. Kaedah tanaman secara kitaran basah dan kering meningkatkan hasil terutama sekali di kawasan yang hanya mengharapkan bekalan air dari hujan. Kadar penjimatan berada pada 22-38% mengikut kawasan. Pada peringkat analisis, unit air yang dijimatkan penting dalam pengukuran penggunaan air yang ekonomik. Sebanyak 2 hingga 3 juta meter padu air dapat dijimatkan setiap musim.
- SRI menekankan penggunaan baja organik dan sumber biologikal untuk menambah nutrien dalam tanah. Ini dapat mengurangkan kos baja kimia yang mahal.
- Insiden serangan penyakit dan perosak pada padi SRI turut menurun kerana ketahanan pokok dari struktur batang dan daun yang keras dan tidak digemari oleh serangga.
- Penggunaan alat yang sesuai bagi merumpai. Empat kali merumpai dalam SRI memperbaiki pengudaraan tanah, menggalakkan pembiakan mikrob tanah dan meningkatkan pertumbuhan akar tanaman yang sihat.
- SRI merupakan pilihan yang sesuai bagi menghadapi musim kering (rabi).
Keputusan dan Perbincangan
Kelebihan sosio-ekonomi
Secara puratanya, petani yang mengamalkan SRI dapat meningkatkan hasil, mengurangkan kos input dan mendapat keuntungan kewangan yang lebih baik dari petani yang mengamalkan kaedah konvensional. Secara keseluruhannya, pengurangan kos dan peningkatan hasil meningkatkan pulangan bersih kepada 31%. Kos pengeluaran berjaya dikurangkan sehingga 26% (Jadual 2).
Peningkatan hasil direkodkan diantara 4 hingga 26% apabila kaedah SRI digunakan (Jadual 3). Hasil padi SRI berada dalam lingkungan 15-20% lebih tinggi dari kaedah tanaman konvensional.
Petani yang menggunakan kaedah SRI didapati mempunyai kecekapan teknikal yang tinggi dalam penggunaan air, tenaga buruh dan sumber tanah berbanding petani yang menggunakan kaedah konvensional. Majoriti petani yang mengamalkan SRI menunjukkan kecekapan teknikal diantara 61-80%.
Rumusan
Tanaman padi SRI telah membuktikan keupayaan untuk meningkatkan hasil sehingga 26%. Lebih peting lagi, SRI menjimatkan penggunaan air sehingga 40% dengan kaedah pengairan berselang kering dan basah, yang dikira sebagai kelebihan unik SRI. Senario penanaman padi yang berhadapan dengan kekurangan air di India menjadikan SRI sebagai pilihan popular di kalangan petani kerana inovasi ini tidak melibatkan kos dan teknologi. Analisis kecekapan teknikal SRI menggunakan DEAP menunjukkan SRI lebih baik berbanding kaedah tanaman secara konvensional (dalam kedua-dua perbandingan kecekapan teknikal dan kecekapan ekonomik). Model SRI yang berjaya perlu diintegrasikan untuk diperluaskan dan persedian bagi menjalankan polisi untuk meluaskan SRI mempunyai perjalanan yang masih jauh.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar