Jumat, 02 Desember 2011

Kecekapan Pengeluaran Padi SRI Sawah Sempadan


Blok V Sawah Sempadan - ternyata anak muda ini gembira dengan hasil padi SRI yang diusahakannya. Kredit gambar: Mak Tam

Lot padi SRI milik En Toif dituai pada 10 November 2011. Menurut Mak Tam dan Wahidah, lot ini merupakan lot padi SRI yang hanya menggunakan baja dan pestisid organik. Seperti biasa, saya akan menilai dan menganalisis kecekapan produktiviti faktor-faktor pengeluaran menggunakan kaedah Maximum Likehood Estimation (MLE). Beberapa set data yang telah dianalisis menjadi Normal (Gaussian) distribution di dalam membentuk probability theory bagi menilai kecekapan faktor pengeluaran.

Produktiviti tanah (hasil dalam tan/ha)
Hasil 4,400 kg bagi 1.5 ekar bersamaan 7.248 tan/ha

Kecekapan kos bagi menghasilkan 1 kg padi
Kos pengeluaran yang terlibat RM 2,140.00
[pecahan kos akan disediakan kemudian]
Hasil : 4.4 tan
Kos bagi mengeluarkan 1 kg padi: RM 2.05

Produktiviti total (Pelaburan RM 1 kepada output)
Harga padi RM 1,400/tan
Subsidi harga RM 248.10/tan
Harga jualan (output) RM 7,251.00
Kos pengeluaran (input) RM 2,140.00
Produktiviti total 3.38
Ini bermakna pelaburan RM 1 menghasilkan RM 3.38

Ulasan: Faktor harga output memberi kesan yang besar terhadap produktiviti total. Padi SRI organik dibeli dengan harga yang tinggi, RM 1,400.00/tan.

Menilai Fungsi Pengeluaran Padi SRI di Sawah Sempadan 

Fungsi Pengeluaran Cobb-Douglas merupakan salah satu blok binaan dalam teori ekonomi. Fungsi pengeluaran merupakan hubungan metematikal semua faktor pengeluaran dan output. Faktor pengeluaran yang biasa dinilai ialah buruh, kapital (nilai wang mesin, peralatan dan bangunan), teknologi dan lain-lain (seperti sumber semulajadi; tanah dan air). Di dalam ekonomi, Fungsi Pengeluaran Cobb-Douglas digunakan bagi mewakili hubungan diantara input dan output.

Ulasan: Kecekapan Faktor Pengeluaran (Total Efficiency, TE) sangat baik, 92.13% berbanding purata TE untuk kawasan Barat Laut Selangor; 82.37%. Kecekapan total menggabungkan kesemua faktor yang telah menunjukkan tahap yang signifikan.

Ternyata padi SRI di Sawah Sempadan mencapai tahap yang membanggakan walaupun ini masih dalam percubaan pertama. Diharap faktor pengeluaran dapat ditingkatkan lagi dengan penggunaan kesemua faktor pengeluaran dengan lebih cekap dan tepat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar