21 Julai - 1 Ramadhan 1433H. Syukur kerana kita telah dipertemukan Allah swt dengan Ramadhan tahun ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang dimuliakan oleh Allah swt kerana di sepanjang bulan Ramadhan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu-pintu neraka ditutup. Ganjaran pahala kurniaan Allah swt untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan pembebasan diri dari azab neraka. Pada bulan ini Allah menurunkan lailatul qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan. Di dalamnya penuh keberkatan dan kesejahteraan sampai terbit fajar.
Ada lima keistimewaan bagi umat Nabi Muhammad saw pada bulan Ramadhan. Pertama, Allah swt datang melihat mereka, jika ini yang terjadi maka untuk selamanya dia tidak disentuh azab. Kedua, bau mulut mereka bagaikan minyak kasturi. Ketiga, para malaikat memohonkan keampunan siang dan malam untuknya. Keempat, Allah memerintahkan syurga menghiasi diri sebagai balasan orang yang puasa. Kelima, pada akhir bulan Ramadhan Allah mengampuni dosa mereka semua.
Selain kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan, umat Islam juga diwajibkan berzakat iaitu zakat fitrah. Zakat itu ibarat baja yang menyuburkan harta. Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu.
Bahan makanan yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya. Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/8 cupak malaysia atau 3 liter atau 2.56 kilogram.
Diriwayatkan oleh As-syaikhani dari Ibnu Umar r.a beliau berkata yang bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sa' kurma atau satu sa' gandum keatas setiap orang yang merdeka, hamba lelaki atau perempuan, besar atau kecil dari kaum muslimin."
Hikmah disyariatkan zakat fitrah
Hikmah berzakat
Bersedekah
Disamping itu juga, umat Islam digalakkan memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan. Umum mengetahui satu hadis sahih yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.
Firman Allah SWT :
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. ( Al-Hadid:18)
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh biji, pada tiap-tiap biji itu pula ditumbuhkan lagi dengan seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah: 261)
Bersedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana sabda Rasulullah; “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis riwayat Tirmidzi, di sahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614). Diampuninya dosa dengan sebab sedekah di sini tentu sahaja perlu disertai taubat atas dosa yang dilakukan.
Bersedekah merupakan salah satu amalan yang menghidupkan Ramadhan. Memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan merupakan amalan kesukaan Nabi Muhammad saw. Marilah kita semua mempertingkatkan amalan ibadah serta bersedekah semoga kita semua beroleh rahmat Allah swt di bulan Ramadhan ini.

- Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara (percakapan/perbuatan) yang lagha dan tidak ada manfaat."
- Zakat dapat memenuhi keperluan orang-orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah saw yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud: "Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini."
- Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah.
- Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal.
Hikmah berzakat
- Dapat mensucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat mazmuzah (tercela) seperti kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, mementingkan diri sendiri, cintakan dunia dan sebagainya.
- Membentuk akhlak mahmudah (mulia) seperti infaq, sedekah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang tidak bernasib baik dan miskin dan sebagainya.
- Mengembangkan harta dan mensucikannya.
- Merupakan manifestasi terbesar kesyukuran diatas nikmat Allah Yang Maha Kaya.
Bersedekah
Disamping itu juga, umat Islam digalakkan memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan. Umum mengetahui satu hadis sahih yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.
Firman Allah SWT :
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. ( Al-Hadid:18)
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh biji, pada tiap-tiap biji itu pula ditumbuhkan lagi dengan seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah: 261)
Bersedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana sabda Rasulullah; “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis riwayat Tirmidzi, di sahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614). Diampuninya dosa dengan sebab sedekah di sini tentu sahaja perlu disertai taubat atas dosa yang dilakukan.
Bersedekah merupakan salah satu amalan yang menghidupkan Ramadhan. Memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan merupakan amalan kesukaan Nabi Muhammad saw. Marilah kita semua mempertingkatkan amalan ibadah serta bersedekah semoga kita semua beroleh rahmat Allah swt di bulan Ramadhan ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar