Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarang-sarang di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang mereka dirikan. Kemudian makanlah daripada segala jenis buah-buahan, serta turutlah jalan Tuhanmu dengan merendahkan diri. (Dengan itu) akan keluarlah daripada perutnya (lebah itu) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi kaum yang mahu berfikir.
Surah an-Nahl (lebah) Ayat 68-69
Pada 2006, penternak lebah di Amerika Syarikat melaporkan sarang lebah mereka mengalami penurunan populasi lebah yang ketara. Pelbagai andaian dan teori dibuat bagi menerangkan apa yang sedang berlaku. Antaranya lebah mengalami jangkitan virus, atau kulat, atau pepijat, atau stress dan satu lagi hipotesis yang mendapat publisiti lebah mengalami gangguan akibat gelombang talian telefon bimbit (yang mengganggu keupayaan navigasi mereka).
Penternak lebah di Pennsylvania Dave Hackenberg adalah yang pertama menarik perhatian kepada masalah Gangguan Keruntuhan Koloni (Colony Collapse Disorder), atau CCD, dan, hasilnya, dia menjadi selebriti, di kalangan mereka yang berkaitan dengan lebah. Dalam satu temuramah dengan Hackenberg pada musim bunga tahun 2007, beliau memberitahu yang dia tidak percaya bahawa pelakunya adalah virus atau kulat atau tekanan. Sebaliknya, beliau menyalahkan racun perosak kelas baharu yang dipanggil neonicotinoid.
Sejak beberapa minggu lepas, beberapa kajian baharu telah dikeluarkan menghubungkan neonicotinoid dengan penurunan lebah. Kajian-kajian ini menunjukkan perkara terdapat dalam buku "Silent Spring," benar-benar berlaku. Buku ini merupakan kajian Rachel Carson berkenaan kesan racun perosak ke atas hidupan liar, yang kini telah berusia 50 tahun; diterbitkan sebagai satu siri daripada tiga bahagian di The New Yorker, dalam Jun, 1962. Adalah sukar untuk mengelakkan rasa bahawa kita tidak belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini seperti mana yang terdapat dalam tulisan Rachel Carson.
Dalam buku “Silent Spring,” Rachel Carson menulis berkenaan racun sistemik dengan nada yang menakutkan:
Dalam kajian baharu yang pertama, yang diterbitkan dalam talian dalam jurnal Science, saintis British menternak bumblebee daripada genus Bombus dengan memberi diet debunga, dan beberapa sampel telah dirawat dengan racun neonicotinoid yang digunakan secara meluas dipanggil imidacloprid. Koloni yang telah menerima debunga yang dirawat dengan racun ini mengalami kadar pertumbuhan yang berkurangan dan penurunan kelahiran pemaisuri baharu secara mendadak. Dalam kajian kedua, juga diterbitkan dalam Science, penyelidik Perancis memasang tag frekuensi radio kecil pada lebah madu. Lebah-lebah ini makan sukrosa yang dirawat dengan thiamethoxan, satu lagi racun neonicotinoid yang biasa digunakan. Kemudian mereka membiarkan lebah-lebah ini untuk pergi memburu. Lebah yang telah didedahkan kepada thiamethoxan adalah lebih berkemungkinan untuk tidak kembali ke sarang mereka. "Kami agak terkejut dengan kesan magnitud ini," kata seorang penulis kajian itu, Mickaƫl Henry, daripada Institut Penyelidikan Pertanian Kebangsaan Perancis di Avignon.
Dalam kajian ketiga yang diterbitkan dalam Bulletin of Insectology, koloni lebah madu diberi makan sirap jagung fruktosa tinggi yang telah dirawat dengan imidacloprid. Dalam tempoh enam bulan, 15 daripada 16 koloni lebah yang telah diberi sirap jagung yang dirawat ini telah mati. Dalam operasi pembiakan lebah komersial, lebah diberi makan sirap jagung, dan jagung ini secara rutin disembur dengan neonicotinoid.
"Saya percaya salah satu sebab mengapa penternak lebah komersial mengalami Gangguan Keruntuhan Koloni paling teruk adalah kerana hubungan antara sirap jagung fruktosa tinggi dan neonicotinoid," kata penulis utama kajian itu, Chensheng Lu, seorang profesor di Harvard. (Bayer CropScience, salah satu pengeluar neonicotinoid terbesar di dunia, telah mempertikaikan kertas kajian Lu, serta dua kertas yang lain).
“Sarang lebah menjadi sunyi,” kata Lu, berkenaan dengan kotak sarang lebah yang dirawat dengan racun imidacloprid. “Saya bertanya pada diri sendiri: adakah peristiwa "Silent Spring" telah berulang? Apa lagi yang kita perlukan untuk membuktikan bahawa racun ini telah menyebabkan Gangguan Keruntuhan Koloni?

The world of systemic insecticides is a weird world, surpassing the imaginings of the brothers Grimm. It is a world where the enchanted forest of the fairy tales has become a poisonous forest. It is a world where a flea bites a dog and dies… where a bee may carry poisonous nectar back to its hive and presently produce poisonous honey.
Dalam kajian baharu yang pertama, yang diterbitkan dalam talian dalam jurnal Science, saintis British menternak bumblebee daripada genus Bombus dengan memberi diet debunga, dan beberapa sampel telah dirawat dengan racun neonicotinoid yang digunakan secara meluas dipanggil imidacloprid. Koloni yang telah menerima debunga yang dirawat dengan racun ini mengalami kadar pertumbuhan yang berkurangan dan penurunan kelahiran pemaisuri baharu secara mendadak. Dalam kajian kedua, juga diterbitkan dalam Science, penyelidik Perancis memasang tag frekuensi radio kecil pada lebah madu. Lebah-lebah ini makan sukrosa yang dirawat dengan thiamethoxan, satu lagi racun neonicotinoid yang biasa digunakan. Kemudian mereka membiarkan lebah-lebah ini untuk pergi memburu. Lebah yang telah didedahkan kepada thiamethoxan adalah lebih berkemungkinan untuk tidak kembali ke sarang mereka. "Kami agak terkejut dengan kesan magnitud ini," kata seorang penulis kajian itu, Mickaƫl Henry, daripada Institut Penyelidikan Pertanian Kebangsaan Perancis di Avignon.
Dalam kajian ketiga yang diterbitkan dalam Bulletin of Insectology, koloni lebah madu diberi makan sirap jagung fruktosa tinggi yang telah dirawat dengan imidacloprid. Dalam tempoh enam bulan, 15 daripada 16 koloni lebah yang telah diberi sirap jagung yang dirawat ini telah mati. Dalam operasi pembiakan lebah komersial, lebah diberi makan sirap jagung, dan jagung ini secara rutin disembur dengan neonicotinoid.
"Saya percaya salah satu sebab mengapa penternak lebah komersial mengalami Gangguan Keruntuhan Koloni paling teruk adalah kerana hubungan antara sirap jagung fruktosa tinggi dan neonicotinoid," kata penulis utama kajian itu, Chensheng Lu, seorang profesor di Harvard. (Bayer CropScience, salah satu pengeluar neonicotinoid terbesar di dunia, telah mempertikaikan kertas kajian Lu, serta dua kertas yang lain).
“Sarang lebah menjadi sunyi,” kata Lu, berkenaan dengan kotak sarang lebah yang dirawat dengan racun imidacloprid. “Saya bertanya pada diri sendiri: adakah peristiwa "Silent Spring" telah berulang? Apa lagi yang kita perlukan untuk membuktikan bahawa racun ini telah menyebabkan Gangguan Keruntuhan Koloni?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar