Jumat, 06 April 2012

Nitrogen sintetik memusnahkan karbon tanah

Fertilizer is good for the father and bad for the sons” (peribahasa Belanda)

Dalam entri sebelum ini, Pencemaran nitrogen dalam pertanian, dinyatakan; Penemuan penting oleh Fritz Haber dan Carl Bosch dari Jerman menyelesaikan masalah bekalan nitrogen semulajadi yang terhad dan menjadikan industri tanaman makanan berkembang pesat dengan memulakan industri baja nitrogen. Nitrogen sintetik ini digunakan secara meluas untuk penghasilan baja urea dan ammonium nitrat. Pada hari ini, baja nitrogen merupakan pemacu bagi perkembangan pertanian dan makanan.

Bagi kestabilan ekologi, nitrogen sintetik melakukan satu perbuatan yang baik untuk alam sekitar: ia membantu membina karbon dalam tanah. Itulah andaian saintis selama beberapa dekad.

Jika ini benar, ia akan dikira sebagai manfaat utama alam sekitar daripada penggunaan N sintetik. Pada era iklim yang tidak stabil dan pelepasan gas rumah hijau global yang semakin berkembang, mengembangkan tanah ladang akan membantu menambahkan penggunaan N sintetik bagi menambah karbon dalam tanah sehingga karbon akan menjadi satu kuasa penstabil. Selain itu, tanah yang kaya dengan karbon boleh menyimpan nutrien dan mempunyai potensi untuk terus subur dari masa ke masa - satu rahmat untuk generasi akan datang.

Hujah bagi N sintetik sebagai penstabil iklim; Menambah nitrogen sintetik membuat pokok membesar dengan lebih besar dan cepat. Ketika tumbuh-tumbuhan hidup, mereka akan menarik karbon dioksida dari udara. Beberapa bahagian tanaman akan dituai, tetapi sisa lain (seperti jerami) akan kekal dalam ladang dan akhirnya mereput menjadi tanah. Dengan cara ini, karbon yang dikumpulkan oleh tumbuhan akan kekal di dalam tanah.

Logik ini telah menjadi cabaran sengit untuk pasukan penyelidik dari Universiti of Illinois yang diketuai oleh Profesor Richard Mulvaney, Saeed Khan, dan Tim Ellsworth. Dalam dua kertas kerja baru-baru ini (lihat di sini dan di sini) ketiga-tiga mereka berhujah bahawa penggunaan nitrogen sintetik mengurangkan kandungan bahan organik tanah. Mengapa? Kerana, baja nitrogen merangsang mikrob tanah, yang makan dan mengurai bahan organik. Dari masa ke masa, kesan selera makan mikrob ini dipertingkatkan melebihi manfaat sisa-sisa tanaman yang banyak.

Dan analisis mereka mendapat lebih banyak hasil yang membimbangkan. Penggunaan nitrogen sintetik, hujah mereka, mewujudkan kesan treadmill. Ketika bahan organik mula berkecamuk dengan penggunaan N sintetik, keupayaan tanah untuk menyimpan nitrogen organik menurun. Lebih banyak nitrogen kemudian akan melarut lesap lebih jauh, mencemar air bawah tanah dalam bentuk nitrat, dan memasuki atmosfera sebagai nitrus oksida (N2O), gas rumah hijau dengan kira-kira 300 kali lebih berkuasa memerangkap haba daripada karbon dioksida. Ketika keupayaan tanah untuk menyimpan nitrogen organik merosot, hanya satu perkara yang boleh membantu tanah ladang untuk mengeluarkan hasil: lebih banyak tambahan N sintetik.

Menurut penyelidik, kehilangan bahan organik mempunyai kesan-kesan buruk yang lain. Tanah yang cedera menjadi terdedah kepada pemadatan, yang menjadikannya terdedah kepada aliran dan hakisan dan menghadkan pertumbuhan kestabilan akar tumbuhan. Lebih buruk lagi, tanah sukar untuk menyimpan air, membuatkannya bergantung kepada pengairan. Kerana sumber air semakin kurang, penggunaan N sintetik yang meluas akan menjadikan keadaan lebih mencabar. Tanpa kita sedar, N sintetik sedang "meracun" tanah pertanian.

Secara ringkas, "tanah sedang berdarah," Profesor Richard Mulvaney memberitahu dalam satu temu bual.

Jika pasukan penyelidik dari Illinois betul, kesan nitrogen sintetik terhadap karbon boleh berubah daripada menjadi satu kelebihan ekologi yang penting kepada liabiliti yang berat. Bukan sahaja baja nitrogen akan menyumbang kepada perubahan iklim dengan cara yang tidak diambil kira sebelum ini, tetapi ia juga akan menjejaskan produktiviti jangka panjang tanah.

"Hakikatnya, mesej yang kita sedang sampaikan dalam kertas kami benar-benar adalah satu penemuan semula mesej yang muncul dalam tahun 20-an dan 30-an," kata Mulvaney. Dalam kertas kerja terbaharu mereka, “Synthetic Nitrogen Fertilizers Deplete Soil Nitrogen: A Global Dilemma for Sustainable Cereal Production” yang diterbitkan pada tahun lepas dalam Jurnal Kualiti Alam Sekitar, penyelidik menekankan kepada dua kertas kerja akademik yang menurut Mulvaney, "menyatakan dengan jelas bahawa baja nitrogen sintetik menggalakkan kehilangan karbon tanah dan nitrogen organik. "

Idea yang juga muncul dalam Soil and Health (1947), teks pengasas pertanian organik moden. Dalam buku itu, ahli agronomi British, Sir Albert Howard menyatakan kes ini dengan jelas:

The use of artificial manure, particularly [synthetic nitrogen] … does untold harm. The presence of additional combined nitrogen in an easily assimilable form stimulates the growth of fungi and other organisms which, in the search for organic matter needed for energy and for building up microbial tissue, use up first the reserve of soil humus and then the more resistant organic matter which cements soil particles.
Ringkasnya, N sintetik merosakkan tanah.

Dalam esei penting 2002 antologi Fatal Harvest Reader, petani organik California, Jason McKenney menyatakan:
Penggunaan baja sintetik memulakan kemusnahan biodiversiti tanah dengan mengurangkan peranan bakteria pengikat nitrogen dan memperluaskan peranan semua mikrob yang memakan nitrogen. Pemakan mempercepatkan penguraian bahan organik dan humus. Ketika berlakunya penurunan bahan organik, struktur fizikal tanah juga berubah. Dengan ruang liang yang kurang dan kurang kualiti resapan, tanah menjadi kurang berkesan untuk menyimpan air dan udara. Lebih banyak pengairan diperlukan. Air melarut lesap melalui tanah dan berlaku penyaliran keluar nutrien kerana tidak ada lagi substrat untuk nutrien berpaut. Kekurangan oksigen didapati melambatkan pertumbuhan mikrobiologi tanah dan pertukaran biologi dalam ekosistem tanah menjadi rosak.
Walaupun idea-idea ini berkembang dalam bulatan pertanian organik, kebanyakan idea ini tidak diambil berat di kalangan ahli sains tanah di universiti penyelidikan yang besar. Mulvaney yang memegang PhD dalam kimia dan kesuburan tanah dari University of Illinois, di mana beliau kini seorang profesor di Jabatan Sumber Asli dan Sains Alam Sekitar - tidak pernah terdedah kepada idea bahawa nitrogen sintetik merosakkan tanah. "Saya telah terlepas pandang," katanya. "Saya tidak pernah dengar pun, secara peribadi, sehingga kita mula melakukan penulisan akademik berkenaan hal ini."

Sebelum kesimpulan dibuat, para penyelidik telah menjalankan eksperimen. Mulvaney dan kolaborasinya telah membuat analisis tahunan tanah dan data ujian dalam plot yang dinamakan plot Morrow; yang merupakan plot ujikaji tanah dan tanaman yang mula digunakan sejak tahun 1876. Plot ujian ditanam dengan tiga putaran tanaman: berterusan dengan jagung, jagung-soya dan jagung-oat-rumput kering. Beberapa subplot menerima penggunaan dalam jumlah baja yang sederhana; beberapa subplot menerima jumlah yang tinggi dan beberapa subplot lagi tiada baja diterima. Tanaman yang berkenaan, terutamanya jagung, menjana sejumlah besar sisa tanaman. Plot ini digambarkan sebagai ladang Barat Tengah pada musim panas yang tinggi, penuh dengan tumbuhan jagung tersergam. Hanya tongkol dituai; bahagian tanaman yang lain ditinggalkan di lapangan. Jika penggunaan nitrogen sintetik benar-benar menggalakkan karbon, mereka mengharapkan ladang ini untuk menunjukkan peningkatan yang jelas dalam karbon organik tanah dari masa ke masa.

Sebaliknya, penyelidik mendapati, ketiga-tiga sistem ini menunjukkan penurunan bersih berlaku pada karbon tanah walaupun sisa [karbon] semakin banyak dimasukkan dalam tanah. (Mereka telah menyiarkan penemuan mereka di dalam “The Myth of Nitrogen Fertilization for Soil Carbon Sequestration”, yang diterbitkan di dalam jurnal Kualiti Alam Sekitar pada tahun 2007); dalam erti kata lain, nitrogen sintetik merosak bahan organik dengan lebih cepat daripada sisa tanaman boleh menjananya.

Satu set graf kesan karbon organik tanah (SOC) di lapisan permukaan tanah dalam plot diambil dari 1904 hingga 2005. SOC semakin meningkat sejak beberapa dekad yang pertama, apabila plot telah diberikan tinja ternakan sebagai baja. Selepas 1967, apabila nitrogen sintetik menjadi baja pilihan, SOC semakin menurun.

Dalam kertas kerja utama mereka yang lain, “Synthetic Nitrogen Fertilizers Deplete Soil Nitrogen: A Global Dilemma for Sustainable Cereal Production” (2009), penulis melihat kepada pengekalan nitrogen di dalam tanah. Memandangkan bahawa plot ujian yang menerima nitrogen sintetik, sains pertanian konvensional akan meramalkan pembentukan nitrogen. Yang pasti, beberapa jumlah nitrogen akan dikeluarkan oleh penuaian tanaman, dan beberapa jumlah lagi akan hilang akibat air larian permukaan. Tetapi, tanah yang sihat dan subur sepatutnya mampu menyimpan nitrogen.

Namun begitu, penyelidik mendapati sebaliknya. "Nitrogen tanah menurun dengan ketara dalam subplot setiap sampel, bukannya terkumpul." Mereka menyimpulkan bahawa kehilangan bahan organik mengurangkan keupayaan tanah untuk menyimpan nitrogen. Amalan menanam tahun demi tahun telah memaksa plot Morrow berada pada treadmill kimia: tidak mempunyai kecekapan menyimpan nitrogen dan bergantung kepada N sintetik.

Para penyelidik mendapati data yang serupa dari plot ujian lain. "Bukti sedemikian adalah perkara biasa dalam kajian saintifik tetapi jarang telah diakui, mungkin kerana amalan pembajaan N telah sebahagian besarnya kepada keuntungan ekonomi jangka pendek berbanding kemampanan jangka panjang," mereka menulis, memetik beberapa kajian lain yang mencerminkan corak plot Morrow.

Keterangan yang terkini untuk tesis nitrogen pasukan penyelidik Mulvaney datang daripada pasukan penyelidik di Iowa State University dan USDA. Dalam kertas 2009, kumpulan ini melihat kepada data daripada dua pemerhatian jangka panjang pada tapak eksperimen di Iowa. Dan mereka juga mendapati bahawa karbon tanah telah merosot selepas berdekad-dekad aplikasi nitrogen sintetik. Mereka menulis: "Peningkatan dalam kadar pereputan dengan penggunaan N menyebabkan pemencilan C dalam 78% daripada sistem yang dikaji, walaupun setelah 48 tahun N ditambah."

Apabila ditanya apakah respon industri baja sintetik terhadap penemuan ini, Mulvaney berkata, "Ia semua tentang jualan, dan kesimpulan kami tidak baik untuk jualan." Terdapat banyak perkataan negatif keluar dari mulut ke mulut sebagai reaksi kepada penemuan ini, tambah beliau, tetapi setakat ini, hanya dua jawapan telah diterbitkan: fakta yang menakjubkan, selepas kertas pertama diterbitkan pada tahun 2007.

Yang pertama, yang diterbitkan sebagai surat kepada pengarang dalam Jurnal Kualiti Alam Sekitar, datang daripada D. Keith Reid, pakar kesuburan tanah dari Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Ontario. Reid menulis bahawa kesimpulan kepada pasukan Mulvaney mengenai nitrogen sintetik dan karbon tanah adalah "sensasi" dan "akan menjadi amat penting jika ia adalah benar."

Reid mengakui penurunan karbon organik tanah terjadi, tetapi berpendapat bahawa ianya disebabkan bukan oleh nitrogen sintetik itu sendiri, tetapi oleh perbezaan dalam komposisi antara nitrogen baja organik dan baja sintetik. Baja organik mempunyai kadar pelepasan nitrogen organik dan bahan organik yang perlahan manakala baja nitrogen sintetik mempunyai nitrogen tulen, yang tersedia. "Ia adalah lebih mungkin bahawa penurunan SOC adalah disebabkan oleh perubahan dalam bentuk baja berbanding kadar baja yang digunakan," hujah Reid.

Lalu dia membuat kenyataan yang mengejutkan:
Daripada bukti-bukti yang dibentangkan dalam kertas ini, ia akan menjadi adil untuk membuat kesimpulan bahawa sistem pengurusan tanaman moden tahunan yang berkaitan dengan penurunan dalam kepekatan SOC menunjukkan bahawa input sisa meningkat daripada aplikasi nitrogen yang tinggi tetapi tidak mengurangkan kadar penurunan ini seperti yang kita harapkan.
Kritikan kedua kedua (PDF) datang daripada pasukan yang diketuai oleh DS Powlson di Jabatan Sains Tanah dan Pusat Tanah dan Fungsi Ekosistem di Stesen Penyelidikan Rothamsted yang di United Kingdom. Powlson dan rakan-rakannya menyerang hujahan pasukan Mulvaney bahawa nitrogen sintetik mengurangkan keupayaan tanah untuk menyimpan nitrogen.

"Kami mencadangkan bahawa kesimpulan yang dikeluarkan oleh Mulvaney et al. (2009), penggunaan baja N bukan organik menyebabkan penurunan kepekatan N organik di dalam tanah, adalah palsu dan tidak disokong oleh data dari Plot Morrow atau dari pelbagai kajian di seluruh dunia," mereka menulis.

Kemudian mereka juga, membuat kenyataan: "pemerhatian penting penurunan C dan N tanah dalam lapisan bawah tanah adalah menarik dan patut dipertimbangkan" yang menunjukkan mereka tidak mencabar penemuan pasukan penyelidik Mulvaney bahawa nitrogen sintetik memusnahkan karbon organik dalam lapisan tanah.

Dalam respon mereka, Mulvaney dan rakan-rakannya mempertahankan metodologi mereka. Dan kemudian mereka membuat kesimpulan:
Dalam era moden yang mana pertanian dipergiatkan, tanah umumnya diuruskan sebagai satu komoditi untuk memaksimumkan keuntungan ekonomi jangka pendek. Malangnya, konsep ini sama sekali tidak menghiraukan akibat terhadap proses biotik dan abiotik tanah yang mempengaruhi kualiti udara dan air dan paling penting, tanah itu sendiri.
Jadi siapa yang betul? Buat masa ini, kita tahu bahawa pasukan penyelidik Illinois telah membentangkan bukti kukuh bukti yang mengubah kefahaman selama 50 tahun bagi sains tanah konvensional dan analisis ini diakui oleh ahli sains tanah konvensional sebagai "sensasi" dan "amat penting" jika benar. Kita juga tahu bahawa analisis mereka adalah selaras dengan prinsip-prinsip pengasas pertanian organik yang menggunakan sewajarnya baja organik dan tanaman penutup bumi untuk nitrogen dan tidak menggunakan nitrogen sintetik yang merupakan kunci kepada kesihatan jangka panjang tanah dan kesuburan.

Subjek ini memerlukan kajian dan perdebatan sengit. Tetapi jika Mulvaney dan pasukannya betul, kesihatan masa depan tanah ladang kita akan bergantung kepada peralihan dramatik daripada pergantungan baja nitrogen sintetik.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar