Jumat, 13 April 2012

Lawatan delegasi UPM dan IRRI ke SRI D9

13 April 2012 - Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) menganjurkan kursus Pesticide Resistance Management (pengurusan kerintangan racun perosak). Kursus ini dihadiri oleh peserta dari UPM, UKM, IRRI, MARDI dan syarikat-syarikat pertanian. Peserta kursus dibawa ke Parit 9 Sungai Leman bagi didedahkan kepada kaedah kawalan perosak menggunakan produk organik (IMO). En Aha Jani memberi taklimat bagaimana SRI D9 ditubuhkan diikuti oleh demo membuat IMO oleh Puan Wahidah dan En Aha Jani. Peserta juga dibawa melawat ke sawah dan kebun sayur yang menggunakan produk IMO ini.








Dr. K.L Heong (pakar entemologi IRRI) tidak dapat hadir ke lawatan ini. Namun begitu, tiga pegawai IRRI yang mengikuti lawatan ini dari Los Banos, Filipina menunjukkan minat kepada kaedah kawalan perosak menggunakan produk IMO kerana mereka belum pernah melakukan percubaan di sana.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar