Senin, 21 Februari 2011

Book review : The Sustainability of Rice Farming

 The Sustainability of Rice Farming

Terbitan International Rice Research Institute

Disusun oleh :
D. J. Greenland
© CAB INTERNATIONAL 1997

Buku ini boleh dimuat turun di sini






Buku ini menjadi perhatian saya ketika mencari maklumat berkaitan kelestarian tanaman padi kepada industi makanan. Ditulis dengan padat dan penuh maklumat, buku setebal 288 halaman ini wajib dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu di dalam industri pertanian khususnya tanaman padi.

Buku ini mempunyai 8 bab utama yang menyentuh sejarah tanaman padi, kepentingan tanaman padi kepada benua Asia dan Afrika, tanaman padi pada hari ini, kelestarian tanaman padi kepada alam, mengekalkan nutrien untuk tanaman padi, mengekalkan air untuk tanaman padi, faktor sosial dan ekonomi serta kelestarian tanaman padi, kebimbangan berkaitan mengekalkan kelestarian tanaman padi dan mengekalkan kelestarian industri ini untuk menampung keperluan makanan dunia.

Buku ini ditulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman oleh ramai saintis padi yang melakukan kajian dan penyelidikan di serata dunia. Membawa tema kelestarian tanaman padi, buku ini membincangkan kelestarian dari sudut ekonomi, sosial dan impaknya kepada sekuriti makanan. Buku ini turut membincangkan perkara berkaitan fisiologi dan biofizikal tanaman padi, kepentingan untuk mengekalkan sumber alam semulajadi bagi tanaman padi dan memelihara alam sekitar bagi memastikan generasi akan datang boleh terus mendapat manfaat daripada industri ini.

Sekali lagi saya ingin nyatakan di sini : buku ini merupakan bacaan wajib bagi mereka yang menceburi industri tanaman padi dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu berkaitan tanaman padi. Anda boleh memuat turun buku ini mengikut pautan yang diberikan di atas. Selamat membaca.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar