Kamis, 18 Oktober 2012

Semburan awal membawa padah

Wabak serangan bena perang adalah situasi yang tidak normal dalam ekosistem sawah padi. Wabak serangan merebak terjadi akibat salah urus di dalam amalan pertanian. Kawalan dengan menggunakan racun kimia secara berleluasa hanya akan memburukkan keadaan dan mewujudkan paradoks seperti mana yang pernah diterangkan sebelum ini.

Semburan racun serangga pada awal musim (40 hari selepas tabur) berkait rapat dengan kepercayaan petani bahawa perosak mula menyebabkan kerugian pada peringkat awal. Kawalan serangga seperti ulat lipat daun sering dibuat pada peringkat usia padi yang terlalu muda. Ini mengakibatkan penggunaan racun yang berlebihan dan membawa kepada penyalahgunaan racun. Tanpa disedari, semburan awal membuat sawah padi 10 kali lebih terdedah kepada wabak bena perang seperti mana yang diterangkan di sini. Ini kerana racun serangga akan membunuh serangga predator terutamanya serangga akuatik yang mencari mangsa di pangkal pokok padi. Akibatnya, populasi bena perang akan meningkat secara eksponential dan mengakibatkan kerosakan yang teruk seperti yang ditunjukkan di sini.





Tidak ada komentar:

Posting Komentar