Nota: Penulisan ini agak kontroversi kepada penyokong SRI. Bagi pengkritik, faktor buruh sering menjadi perkara utama yang menjadi bahan kritikan. SRI boleh meningkatkan hasil, tetapi bukannya pendapatan petani, kerana lebih banyak masa diperlukan oleh petani di sawah - menyebabkan kos buruh meningkat.
Ia adalah satu kisah yang menawan: Satu revolusi global padi yang bermula dengan seorang paderi Kristian di Madagascar, berada jauh dari mana-mana pusat inovasi pertanian yang diiktiraf. Sering sekali inovasi yang dibawa oleh paderi ini menjadi popular di dalam media termasuklah baru-baru ini dalam The Guardian, yang pada awal tahun ini menunjukkan seorang petani di satu sudut India menuai hasil padi gergasi tanpa perlu menggunakan racun perosak atau pengubahsuaian genetik.
Rahsia mereka? SRI, yang diperkenalkan oleh seorang paderi, Henri de LaulaniƩ, yang berasal Perancis, dibangunkan 30 tahun lalu. Ia kini digalakkan oleh rangkaian antarabangsa penyebar SRI, yang berpusat di Universiti Cornell. Antara rahsia SRI: pemindahan benih padi ke dalam sawah pada usia muda dengan berhati-hati, menanam mereka dengan jarak yang jauh, dan memperkayakan tanah dengan baja organik. Hasilnya, menurut penyokong SRI, adalah peningkatan sebanyak 50 hingga 100 peratus dalam hasil, menggunakan penggunaan benih sehingga 90 peratus dan mengurangkan penggunaan air untuk pengairan.
Tetapi ada satu misteri yang masih berlegar sekitar SRI, seperti mana Christopher Barrett, seorang pakar ekonomi di Universiti Cornell, berkata "jika ini adalah sesuatu yang sangat baik, mengapa tidak semua orang melakukannya?" Dan satu kajian menunjukkan terdapat 15 hingga 40 peratus daripada petani yang mencuba kaedah ini, telah meninggalkannya.
Barrett bergabung dengan Kazushi Takahashi dari Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Japan External Trade Organization), dan melihat dengan lebih dekat masyarakat petani di Indonesia, di mana sesetengah daripada mereka telah menggunakan SRI. Penemuan mereka, baru-baru ini diterbitkan sebagai kertas kerja, yang boleh membantu menjelaskan misteri ini. (Anda boleh muat turun PowerPoint beliau di sini)
Pertama sekali, Barrett dan Takahashi mendapati bahawa SRI dapat meningkatkan hasil petani sebanyak kira-kira 64 peratus. Tetapi di sini ada berita buruk: Walaupun para petani menuai padi dan menjimatkan kos benih dan bahan kimia, pendapatan isi rumah mereka tidak naik sama sekali.
Percanggahan ini sebenarnya mempunyai penjelasan yang agak mudah, kata Barrett. Keluarga petani di Indonesia - seperti juga petani di seluruh dunia - bukan hanya bekerja di ladang. Apabila mereka mempunyai masa, mereka juga bekerja di tempat lain untuk mendapatkan lebih banyak wang.
Tetapi SRI menuntut lebih banyak masa untuk semua kerja-kerja menanam dan menguruskan tanah. Dan hasilnya, ahli keluarga mempunyai masa yang kurang untuk kerja-kerja di luar, dan ada juga yang kehilangan pendapatan luar kebun. (Menariknya, walaupun SRI tidak menambah pendapatan, ia tidak mengurangkan kadar kehadiran sekolah di kalangan kanak-kanak.)
Norman Uphoff, seorang profesor di Cornell yang telah menjadi "peguam bela" SRI yang paling penting, mengatakan bahawa apa yang Barrett dan Takahashi melihat di Indonesia bukanlah sesuatu yang tipikal di tempat-tempat lain. "Jika anda pergi ke China atau India, anda akan mendapati bahawa petani dapat menjimatkan kos buruh dengan SRI, tidak menggunakan tenaga yang lebih," katanya, kerana petani di negara-negara tersebut telah menghabiskan banyak masa di sawah padi mereka. Di samping itu, beliau berkata, petani yang berpegang dengan SRI sahaja dapat mencari jalan untuk melakukan kerja-kerja dengan lebih cepat. "Ia bukan asasnya intensif buruh, ia adalah pada mulanya intensif buruh," katanya.
Barrett bersetuju bahawa pemerhatian Indonesia tidak membuktikan bahawa perkara yang sama berlaku di mana-mana. Tetapi mereka mewakili "sebuah kisah amaran" tentang kesan-kesan samar inovasi pertanian.
Saintis pertanian cenderung untuk memberi tumpuan kepada cara-cara untuk membuat tanah pertanian yang lebih produktif. Tetapi menurut Barrett, apabila bercakap untuk memperbaiki kehidupan penduduk luar bandar, hasil yang tinggi benar-benar hanya satu bahagian daripada gambaran keseluruhan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar