Minggu, 03 Juni 2012

Mengatasi masalah perosak: wabak perosak dan penyalahgunaan racun

Menyembur racun di sawah seperti meletakkan periuk api kepada serangga predator dan parasitoid. Serangga bermanfaat ini akan menjadi mangsa pertama racun perosak. Akibatnya, serangga perosak berkembang secara eksponential dan menyebabkan serangan wabak atau outbreak. Serangan outbreak perosak seperti bena perang merupakan suatu petanda gangguan kepada keseimbangan ekologikal dan kerosakan biodiversiti dan servis ekosistem. Gangguan dan kerosakan ini distimulasikan oleh penggunaan racun perosak yang tidak terkawal.


Gambar A: Petani membuat kawalan bena perang menggunakan racun serangga. Gambar B: Selepas 2 minggu, "hopperburn" terjadi. (Kredit gambar - RiceHopper.net)

Racun serangga adalah biosid dan membunuh kedua-dua perosak dan haiwan lain dalam sawah yang disembur dengan sewenang-wenangnya. Biasanya perosak dapat mencari perlindungan di antara bilah daun padi dan bertelur di dalam batang, menyebabkannya kurang terjejas oleh semburan racun serangga - yang memihak kepada pertumbuhan secara eksponential yang akhirnya menyebabkan wabak secara besar-besaran. Musuh-musuh semulajadi sebaliknya sangat mudah terjejas, biasanya bersaiz kecil dan hidup di dalam air dan dengan itu lebih terdedah kepada semburan. Kebanyakan petani melakukan semburan racun serangga secara berjadual untuk mengawal masalah-masalah kecil, seperti serangga yang memakan daun. Racun serangga yang digunakan mempunyai ketoksikan yang tinggi kepada labah-labah, parasitoid hymenopteran, lebah dan pemangsa lain yang merupakan pembekal penting perkhidmatan ekosistem. Oleh itu, amalan ini mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan dan ditambah pula dengan kanopi tebal yang dicipta oleh kadar benih dan kadar baja yang tinggi, perkembangan perosak terus meningkat. Walau bagaimanapun, rutin semburan berterusan terus diamalkan walaupun kerajaan mengeluarkan larangan, memberi latihan kepada petani, membangun dan mempromosikan pelbagai varieti yang baharu dan kaedah ekologi.

Tidak seperti negara-negara maju, pemasaran racun perosak di Asia tidak dilindungi oleh kawalseliaan yang ketat menyebabkan racun perosak dijual sebagai barangan harian pengguna yang tidak mematuhi Kod Etika FAO. Petani menjadi mangsa kerana kebergantungan kepada racun serangga dan seterusnya mengalami kegagalan tanaman dan terjerumus ke dalam kancah hutang dan kemiskinan.

Wabak perosak seperti bena perang yang berterusan disebabkan oleh penyalahgunaan racun serangga itu menjadi suatu masalah yang kompleks dengan alam sekitar serta isu-isu sosial yang telah diistilahkan sebagai "masalah jahat" (wicked problem) (Rittel dan Webber 1973). Penyelesaian saintifik berkemungkinan tidak akan berjaya dalam menyelesaikan apa-apa "masalah jahat" kerana sifat masalah yang banyak dan melibatkan kerumitan dari segi sosial dan kompleksiti polisi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Masalah wabak bena perang merupakan sebagai produk saintifik tetapi menghadapi kegagalan; seperti pembangunan varieti rintang untuk tempoh 50 tahun yang lalu telah tidak berjaya; latihan petani untuk mengamalkan kawalan perosak secara ekologikal juga telah gagal untuk dapat dikekalkan; mengharamkan penggunaan racun serangga tertentu telah gagal; dan kempen pengurangan racun serangga secara beransur-ansur terhakis. Penyelesaian saintifik boleh dibangunkan untuk "menjinak" masalah tertentu yang boleh diselesaikan secara bersendirian dan boleh dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang boleh diselesaikan secara bebas oleh kumpulan orang yang berbeza. Untuk penyelesaian kepada bahagian-bahagian yang berlainan bagi masalah yang lebih besar, maka boleh disepadukan ke dalam penyelesaian keseluruhan.

Pepatah lama Jepun (seperti yang digambarkan juga oleh Abraham Maslow), “If all you have is a hammer, then everything looks like a nail” (Jika anda hanya mempunyai tukul, semua benda akan kelihatan seperti paku) - cuba menyelesaikan "masalah jahat" (serangan wabak perosak) dengan kaedah yang sama (menggunakan racun serangga) hanya mengundang kegagalan.

"Masalah jahat" ini sangat kompleks dan tidak boleh bergantung kepada penyelesaian tunggal. Ia sangat dinamik (berubah), sistemik (saling), dan generatif (dengan isu-isu berterusan dan dimensi baharu). Oleh itu, masalah ini tiada pengakhiran mahupun penyelesaian optimal secara one-off tetapi penyelesaian "terbaik" yang boleh dilakukan secara berterusan sebagai dimensi baharu dan saling berhubungan. Oleh kerana perbezaan yang wujud dalam tadbir urus, budaya, motivasi dan sikap di kalangan pihak berkepentingan yang mengelilingi masalah, resolusi akan memerlukan satu pendekatan baharu untuk menjalankan penyelidikan dan membuat keputusan berdasarkan kajian ini. Penyelesaian terbaik akan muncul dengan menggabungkan elemen-elemen yang lebih lestari dan berkesinambungan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar