Padi SRI organik di blok J Sawah Sempadan yang diusahakan oleh En Bien. Beliau membawa saya melihat lot sawahnya. Menurutnya, sawah ini hanya menggunakan baja organik dan semburan IMO yang dibeli dari SRI D9 selain susu kambing, arang dan kawalan biologi menggunakan itik. Serangan ulat pengorek batang agak terkawal, hanya sebilangan kecil sahaja pokok padi diserang. Namun begitu, beliau menimbulkan kerisauan terhadap simptom penyakit bawaan bakteria yang muncul di sawahnya. Beliau juga melakukan beberapa percubaan dan eksperimen sendiri di sawah menggunakan bahan-bahan organik.
En Bien menunjukkan lot sawahnya yang ditanam dengan kaedah SRI secara organik
Padi yang subur dan mengeluarkan >40 anak
Padi SRI yang tumbuh subur
En. Bien menceritakan kepada saya bagaimana petani di India menggunakan sejenis tumbuhan yang dinamakan Gliricidia sepium sebagai baja dan pengawal perosak. Hasil carian di internet, saya menjumpai laman FAO: Gliricidia sepium - a Multipurpose Forage Tree Legume. Satu lagi artikel berkenaan dengan pokok Gliricidia (Kakawate) boleh didapati di sini.
Saya akan melakukan pencarian lebih lanjut berkenaan tanaman Gliricidia (Kakawate) ini.
Saya akan melakukan pencarian lebih lanjut berkenaan tanaman Gliricidia (Kakawate) ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar