Kamis, 09 Februari 2012

Ekonomi Hijau - Terbitan dari UNEP

United Nation Environment Programme (UNEP) melaksanakan program Ekonomi Hijau sebagai inisiatif untuk pertumbuhan ekonomi baharu yang lebih mesra alam dan bernilai tinggi.


Towards a Green Economy: Pathways to Sustainable Development and Poverty Eradication

Buku ini boleh dimuat turun di sini

Laporan Ekonomi Hijau disusun oleh Inisiatif Ekonomi Hijau UNEP dengan kerjasama pakar ekonomi dan pakar-pakar di seluruh dunia. Ia menunjukkan bahawa menghijaukan ekonomi tidak melambatkan pertumbuhan secara amnya tetapi menjana satu enjin pertumbuhan baharu; merupakan penjana peluang bagi tenaga kerja baharu, dan ia juga merupakan satu strategi penting untuk menghapuskan kemiskinan berterusan. Laporan ini juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada pembuat dasar untuk mewujudkan keadaan-keadaan yang membolehkan pelaburan meningkat dalam peralihan kepada ekonomi hijau.


Green Economy in a Blue World Synthesis Report

Laporan ini boleh dimuat turun di sini

Laporan ini menonjolkan cara-cara untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kemampanan alam sekitar, ekonomi dan sosial ekonomi tradisional berorientasikan lautan. Bab-bab yang berikutnya menunjukkan di mana perikanan, pelancongan dan pengangkutan maritim boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan impak mereka terhadap alam sekitar marin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar