Di dalam Laporan 2007 Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), badan itu menyimpulkan lebih daripada 90 peratus penyebab pemanasan global sejak 50-60 tahun lalu adalah disumbangkan oleh manusia. Aktiviti manusia yang menyebabkan perubahan iklim ini termasuklah aktiviti pertanian.
Perubahan iklim dan pertanian adalah proses yang saling berkaitan, yang mana kedua-duanya berlaku pada skala global. Pemanasan global dijangka mempunyai kesan ketara yang mampu menjejaskan pertanian, termasuk suhu, karbon dioksida, pencairan glasier, pemendakan dan interaksi elemen-elemen ini. Keadaan ini menentukan muatan yang boleh dibawa oleh biosfera untuk menghasilkan makanan yang cukup untuk penduduk manusia dan haiwan ternakan. Kesan keseluruhan perubahan iklim ke atas pertanian akan bergantung kepada kesan-kesan tersebut. Penilaian kesan-kesan perubahan iklim global ke atas pertanian mungkin membantu kita menjangka dan menyesuaikan diri untuk memaksimumkan pengeluaran pertanian.
Pada masa yang sama, pertanian telah menghasilkan kesan yang penting terhadap perubahan iklim, terutamanya melalui pengeluaran dan pembebasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana, dan nitrus oksida, tetapi juga dengan mengubah landskap perlindungan tanah. Pertanian menjejas keupayaan tanah untuk menyerap atau memantulkan haba dan cahaya apabila banyak pokok terpaksa ditebang bagi meluaskan kawasan pertanian. Perubahan tanah disebabkan oleh pembasmian hutan dan penggurunan, bersama-sama dengan penggunaan bahan api fosil, adalah sumber utama antropogen karbon dioksida; dan pertanian itu sendiri adalah penyumbang utama peningkatan penghasilan gas metana dan kepekatan nitrus oksida di atmosfera bumi.
Keselamatan makanan di dalam fenomena perubahan iklim
1. Perubahan iklim akan bertindak sebagai pengganda kepada ancaman sedia ada kepada keselamatan makanan: Menjelang 2050, risiko kelaparan dijangka meningkat sebanyak 10 hingga 20 peratus, dan kekurangan nutrisi kanak-kanak dijangka 20 peratus lebih tinggi berbanding dengan senario tanpa perubahan iklim.
2. Mencapai keselamatan makanan di bawah perubahan iklim memerlukan peningkatan yang tinggi dalam pengeluaran makanan, serta akses yang ditambah baik kepada makanan yang mencukupi dan berkhasiat dan kapasiti untuk berdepan dengan risiko yang ditimbulkan oleh perubahan iklim.
3. Kerajaan mesti membantu dalam meningkatkan pengeluaran dan akses kepada makanan, meluaskan sistem perlindungan sosial dan meningkatkan keupayaan mereka untuk bersedia dan bertindak balas terhadap bencana.
4. Pembangunan berasaskan masyarakat perlu ditekankan untuk membolehkan golongan yang paling miskin dan paling terdedah kepada perubahan ikilim membina kehidupan yang mampan dan berdaya tahan dan bergerak keluar dari kemiskinan kronik dan kelaparan.
5. Komuniti kemanusiaan perlu bersedia untuk cuaca yang lebih ekstrem dan melindungi makanan dengan cara yang lebih baik dengan mengukuhkan tindakan kepada krisis dan pencegahan kepada krisis.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar