Negara India dan Sri Lanka dapat mengekalkan tahap sara diri padi pada kos pengeluaran yang ekonomik. Dalam artikel sebelum ini, ada dinyatakan bahawa India merupakan antara pengguna SRI yang terbesar di dunia. Malaysia dalam hal ini agak kebelakang. Dengan kos pengeluaran padi yang tinggi, pengeluaran padi di negara ini masih bergantung kepada campur tangan kerajaan melalui insentif dan bekalan beras negara masih bergantung kepada import.
Secara keseluruhan, pengeluaran padi di Malaysia mencapai purata hasil 4.2 tan per hektar semusim bagi kawasan jelapang. Daripada jumlah itu, jelapang padi di Selangor mencatat purata hasil padi tertinggi, 5.1 tan sehektar semusim. Namun begitu, tahap sara diri bagi padi hanyalah kira-kira 70 peratus.
Antara cabaran yang dikenalpasti bagi industri padi di Malaysia ialah luas usaha yang kecil, kos pengeluaran yang tinggi, infrastruktur tidak lengkap, kekurangan air dan berbagai-bagai lagi. Tidak dinafikan juga golongan pesawah ini juga merupakan antara golongan termiskin. Pada tahun 1990, satu kajian menunjukkan 60 peratus ketua isi rumah pesawah atau pekerja sawah padi merupakan golongan miskin dan miskin tegar. Dengan perkembangan teknologi dan sokongan dalam bentuk insentif oleh kerajaan, pesawah dapat meningkatkan pendapatan mereka sekurang-kurangnya dapat mengeluarkan mereka dari paras kemiskinan.
Setelah 10 tahun berlalu, kajian yang dijalankan pada tahun 2000 menunjukkan anjakan perubahan di dalam penurunan kadar kemiskinan pesawah sehingga ke paras 40 peratus. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat wujudnya pesawah dan kelompok tertentu dapat meraih keuntungan dan hidup dengan senang melalui pekerjaan mereka di sawah. Namun demikian, industri padi ini akan tempang jika campur tangan kerajaan di peringkat pengeluaran padi dihentikan. Kajian dan makmal merasionalisasikan subsidi dan bantuan kerajaan kepada industri padi perlu dijalankan dengan berhati-hati agar tidak menjejaskan pengeluaran padi negara.
Di Selangor, sektor pertanian memainkan peranan penting bagi dua daerah di Selangor; Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Di sini jugalah terdapat Jelapang Padi Selangor yang dikenali sebagai Kawasan Barat Laut Selangor seluas kira-kira 19,000 hektar. Jelapang padi Selangor menyumbang kira-kira 10 peratus pengeluaran beras negara dan hampir 60 peratus pengeluaran benih padi sah.
Tanaman padi di Barat Laut Selangor merupakan nadi kebanyakan penduduk luar bandar di sini. Dengan pekerja dalam sektor ini melebihi dari 9,000 orang, sektor tanaman padi merupakan satu sektor ekonomi dalam guna tenaga penuh. Kajian terbaharu dari MARDI menunjukkan purata kecekapan ladang Barat Laut Selangor berada pada paras 82.37 peratus dan purata produktiviti total pada paras 2.01 (pelaburan RM 1.00 mendapatkan pulangan sebanyak RM 2.01). Kajian ini juga menunjukkan masih banyak lagi ruang untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran padi bagi kawasan Barat Laut Selangor.
Produktiviti tanah, kecekapan ladang dan produktiviti total merupakan perkara penting dalam analisis kajian produktiviti dan kecekapan sektor pertanian. Dalam memberi penilaian kepada penanaman padi SRI, faktor yang sama turut digunakan. Data asas bagi produktiviti total kaedah menanam transplanter ialah 1.52 manakala kaedah tabur terus 2.04 (dalam kajian yang dijalankan oleh MARDI, kaedah menanam secara transplanting hanya digalakkan untuk mengawal padi angin kerana produktiviti totalnya yang rendah berbanding kaedah tabur terus).
Dalam analisis awal yang dijalankan, produktiviti tanah SRI di Sungai Leman ialah 1.88 tan sehektar dan produktiviti totalnya ialah 0.75. (Ini bermakna kerugian sebanyak RM 0.25 bagi setiap RM 1 pelaburan).
Dalam analisis ini juga faktor kecekapan ladang dilihat rendah, hanya berada pada 18 peratus. Dalam analisis Fungsi pengeluaran Cobb Douglas dengan penganggaran Maximum Likehood (MLE), kesemua pembolehubah (buruh, keluasan tanah, input operasi dan susut nilai) tidak signifikan. Daripada keempat-empat pembolehubah tersebut, hanya keluasan tanah, t=0.69 dan input operasi, t=0.31 memberi nilai positif walaupun tidak signifikan. Pembolehubah buruh memberi nilai t=-0.32 dan susut nilai t=-0.23. Ini menunjukkan faktor buruh dan susut nilai peralatan/jentera tidak memberi kesan yang signifikan langsung. (Nota: nilai t melebihi 1 merupakan nilai yang signifikan).
Andaian awal yang boleh dibuat di sini ialah kecekapan ladang mempunyai ruang untuk ditingkatkan dengan meningkatkan kesuburan tanah dan pH tanah. Keluasan tanah juga mempunyai peranan penting dalam meningkatkan kecekapan ladang. Dalam analisis ini, meningkatkan keluasan tanah dan menambah input & operasi boleh membawa perubahan yang signifikan. Selain itu, kita juga perlu memikirkan pengganti baja dan racun kimia bagi meningkatkan nilai pembolehubah input & operasi di dalam penanaman padi SRI ini. Kos pengeluaran yang terlalu tinggi akan mengurangkan produktiviti total.
Secara kesimpulannya, percubaan SRI ini perlu dijalankan dengan skala lebih besar dan perhatian perlu diberi kepada beberapa perkara yang telah dinyatakan di atas untuk meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Label
- ANALISIS
- award
- Baja dan Nutrien
- Bena Perang
- Bengkel dan Forum SRI
- Biodiversiti dan Alam Sekitar
- BIOLOGI
- Bioteknologi Pertanian
- Bisnis
- BUAH
- BUDIDAYA
- BUDIDAYA KARET
- BUDIDAYA KELAPA SAWIT
- BUDIDAYA TANAMAN
- BURUNG
- Dapur
- dasar dasar produksi tanaman pangan
- DDPT
- DDPT2
- E_teks pes 6
- Ekologi dan Diversiti
- Ekologi dan Epidemiologi
- ekologi umum
- Ekonomi Hijau
- Ekonomi Pertanian
- Fisiologi Tanaman
- game angry birds
- Gangguan Keruntuhan Koloni
- HAMA
- hot
- icon folder
- ILMU TANAH
- Infografik
- Inspirasi
- Isu Semasa
- JAMUR
- KATA KATA MUTIARA
- Keselamatan Makanan
- Kesihatan Tanah
- Komik
- kunci gitar
- lanskap
- Lantai Kayu
- Laporan dan Jurnal
- MAKALAH
- Mesin dan Jentera
- Musuh Alami
- Padi dan Beras
- Padi Selangor
- Padi SRI
- PANGAN
- Parquet
- pemupukan
- Pengurusan Air
- Pengurusan Perosak Bersepadu
- PENYAKIT
- Penyakit dan Perosak
- Perataan Tanah
- Perawatan
- Perbaikan
- PERKEBUNAN
- Persidangan dan Forum
- PERTANIAN
- Pertanian dan Makanan
- Pertanian Lestari
- Perubahan Iklim
- pes 2013
- pes 6
- pes 6 2
- Predator dan Parasitoid
- PROPOSAL USAHA
- PUPUK
- Racikan
- Racun Perosak
- Revolusi Hijau
- Santai
- SDA
- sefwere mempercepat copy
- sofwere
- sofwere 2
- sofwere edit foto
- sofwere islami
- sofwere2
- Taman
- TANAMAN
- Tazkirah
- Teknologi Maklumat
- TERNAK
- thema
- thema bola
- thema keren
- Tips
- TOTARIAL
- TOTARIAL2
- TV ONLINE
- Ukuran-ukuran
- Usaha
- USAHA TANI
- Wallpaper
- walpaper bola
- we 8
- we9
Tidak ada komentar:
Posting Komentar