Kamis, 15 November 2012

Bengkel agroekologi di SRI-Lovely Sik 15 Nov 2012 (bahagian 1)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan SRI-Mas mengadakan perjumpaan dengan petani dan anak tani dari Kedah di SRI-Lovely, Kg Lintang (Sik) Kedah pada 15 Nov 2012 untuk menerangkan dan membincang tentang kesihatan tanah, agroekologi dan SRI (System of Rice Intensification). Suatu demonstrasi kit kualiti tanah juga akan diadakan. Dengan cara ini petani akan memahami lebih dekat lagi tentang asas saintifik konsep agroekologi dan SRI. Demonstrasi tersebut akan dijalankan oleh Dr. Habibah Jamil, Prof Madya Dr. Anizan Isahak, Prof Madya Dr. Ruhizan Yassin dan sekumpulan pelajar UKM.

Sekumpulan pelajar UKM akan mengambil data kajian fisiologi tumbuhan pokok SRI, di bawah seliaan Dr. Che Radziah Che Md Zain supaya petani dan anak tani dapat mengambil kesempatan untuk melihat bagaimana kajian saintifik dilakukan. Di samping itu, Prof Madya Dr. Anizan Isahak juga menerangkan betapa pentingnya sawah padi dipelihara sebagai warisan geo-asset Kedah.

Padi SRI dari varieti MR253 yang berusia 28 hari

Alat penguji sistem fotosintesis

Data fotosintesis sedang diambil

Prof. Madya Dr. Ruhizan Yassin diberi penerangan berkenaan alat fotosintesis

Mengira jumlah anak pokok dan mengambil ukuran tinggi pokok

Kucing SRI turut hadir membantu

Kucing SRI membuat demonstrasi minum air dari sawah yang tidak dicemari bahan kimia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar