Rabu, 28 November 2012

Pertalian makanan dengan ekonomi dalam masa 12 minit

Persembahan dalam bentuk animasi yang menarik daripada David Mc William yang menunjukkan pertalian makanan dengan ekonomi.



Intipati penting daripada animasi ini:
  • Pengeluaran makanan perlu ditingkatkan bagi menampung keperluan 7 billion penduduk dunia pada masa ini. Keperluan akan bertambah disebabkan peningkatan jumlah penduduk dunia menjelang dekad akan datang.
  • Masalah yang berlaku di negara maju ialah bukannya kekurangan makanan, tetapi terlalu banyak makanan. Ini mengakibatkan masalah kesihatan seperti obesiti, diabetis dll penyakit yang berkaitan.
  • Pertumbuhan populasi dunia yang pesat memberi tekanan kepada pengeluaran makanan. Ini termasuk perubahan diet kepada makanan mewah yang meningkatkan permintaan kepada produk daging dan tenusu.
  • Cabaran yang besar bagi memberi makan kepada dunia ialah mengedarkan makanan kepada yang memerlukan dan membasmi kemiskinan. Dunia memang boleh membekalkan banyak kalori. Tetapi makanan tidak berada di mana ia diperlukan.

Senin, 26 November 2012

MAHA 2012

MAHA


Pameran MAHA sedang berlangsung bermula 23 November hingga 2 Disember 2012. Jika anda ke MAHA, jangan lupa lawati Pavillion Selangor. Ada pelbagai pameran di sana; padi SRI, produk-produk natural farming dan demo bagi menyediakan baja natural farming. Tahniah kepada semua pasukan Pavilion Selangor kerana telah ditabalkan juara landskap terbaik.

Beberapa jenis varieti padi

Penerangan cara membuat IMO

Demo membuat baja natural farming

Pak Tam dengan bahan-bahan natural farming

Landskap Pavilion Selangor


Selamat datang ke Pavillion Selangor

Kami nombor 1!!

Buah-buahan di sektor tanaman

Y.B Dr. Haji Yaakop Safari, Exco Pertanian Selangor diberi penerangan berkenaan IMO

Padi SRI di Pavillion Selangor

Semua gambar di atas adalah hak cipta Mak Tam. Anda boleh lawati blog Pertanian Selangor untuk lebih banyak gambar.

Jumat, 23 November 2012

Bengkel agroekologi di SRI-Lovely Sik 15 Nov 2012 (bahagian 3)

Belum habis lagi bercerita berkenaan dengan bengkel agroekologi di SRI-Lovely Sik yang diadakan pada 15 November 2012. Bengkel tamat pada jam 3.00 petang dan selepas itu disambung dengan perbincangan dua hala bersama petani. Selesai perbincangan, kami beramai-ramai terjun ke sungai. Tiada gambar sebab kamera saya murah dan tidak kalis air. Jam 4.30 petang kami bertolak ke Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, Sik. Jika anda biasa dengan SRI-Lovely, sekolah ini berada di sebelah kanan ketika anda memasuki jalan ke SRI-Lovely.

Cuma sedikit anomali yang berlaku pada bacaan GPS saya. Jika anda mengikuti entri sebelum ini, kordinat GPS sekolah ini ialah N 06 03.030, E100 49.494. Tetapi kordinat tersebut telah tersasar lebih kurang 300 meter daripada titik asal ketika saya menandanya pada 19 Mei 2012. Saya mula berimiginasi yang bukan-bukan. Adakah plat benua telah bergerak dan berlaku perubahan benua seperti dalam filem 2012? Ataupun bumi sedang mengubah medah magnet dan kutubnya seperti dalam filem Absolute Zero? Atau alat GPS saya yang demam? Jadi ini kordinat baharu yang saya ambil pada hari itu;

N06 03.55 E100 49.643

Sampai di sekolah, kami diberi taklimat oleh Guru Besar dan seorang cikgu. Terima kasih pada pihak sekolah yang sudi melayan kami walaupun sedang cuti Awal Muharam. Persembahan multimedia berkenaan dengan sekolah ditayangkan dalam sesi taklimat.

Sesi taklimat oleh Guru Besar. Duduk dari kiri: Tuan Haji Marzuki, Dr. Anizan, Kapten (B) Zakaria dan Dr. Ruhizan

Setelah sesi taklimat dan penerangan dalam bentuk multimedia, baru saya sedar.

Sekolah ini sangat COOL!

Walaupun berada di dalam kawasan kampung, jauh daripada bandar, tiada talian Maxis (cuma talian Celcom sahaja yang ada, itu pun hidup segan, jumpa Malaikat Maut tak mahu) - berada pada jarak 33 km daripada pekan Sik dan 126 km daripada bandar Alor Setar, sekolah ini mempunyai pasukan pancaragam sendiri yang telah memenangi tempat kedua Pertandingan Pancaragam Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kedah. Sekolah ini juga memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Selain itu, sekolah ini mempunyai bengkel membuat kompos dan plot bagi tanaman padi SRI organik.

Sangat COOL!!!! Kenapa sekolah rendah saya tak buat macam ni?

Plot Projek Inovasi Pertanian Organik

Padi SRI organik

Di akhir lawatan, Guru Besar sekolah memberi cenderamata yang unik. Ikan pekasam asli buatan Sik. Ikan pekasam yang dibuat menggunakan beras goreng. Ramuan tradisi orang Utara.

Ikan jelawat dibuat pekasam dan cenderamata dari pihak sekolah

Ikan pekasam Sik sangat sedap. Mungkin sebab diberi percuma dan benda percuma memang sedap. Saya akan memborong pekasam bila saya ke sini lagi. Terima kasih kepada pihak Sekolah Seri Ampang Muda, Sik di atas layanan yang baik. Kami doakan sekolah ini terus maju jaya seperti nama kelas di sekolah ini; 1 Maju dan 1 Jaya.

Ikan jelawat dibuat pekasam,
Pekasam dimakan bercicah tempoyak,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..

Hoi! Pantun apa ni? Ritma salah, pembayang dengan maksud pun tak betul!

Senin, 19 November 2012

Kawalan perosak peringkat awal (bahagian 2)

Semasa berada di SRI-Lovely Kampung Lintang, Sik kami mengadakan perbincangan dua hala bersama-sama petani yang sedang mempelajari kaedah agroekologi. Banyak input didapati daripada petani-petani dari Kedah ini. Perbincangan ini banyak memberi fokus kepada kawalan perosak pada peringkat awal tanaman. Dalam entri sebelum ini, beberapa kaedah alternatif telah diberi bagi kawalan perosak tanpa kimia pada peringkat 40 hari pertama.

Bagi kawalan ulat layar dan kutu beruang yang biasa menyerang pada pangkal tanaman padi, petani hanya perlu menaikkan aras air sawah bagi mengelakkan serangan serangga ini.

Bagi kawalan ulat lipat daun dan ulat pengorek batang, tabur sekam bakar yang dicampur dengan sedikit garam kasar. Selain daripada menghindar perosak, sekam bakar juga dapat menyuburkan tanah.

Daun pokok Gliricidia (kacang kayu atau gamal) juga boleh digunakan bagi menghindar ulat pengorek batang. Selain itu, ubi gadung, seperti mana yang pernah ditulis sebelum ini berkesan mengurangkan serangan ulat pengorek batang. Daun kacang kayu atau ubi gadong dihiring atau dihancurkan dan ditaburkan ke sawah.

Kaedah orang tua-tua dahulu juga boleh diamalkan bagi mengawal perosak. Antaranya membakar rumpun serai wangi di atas batas sawah bagi menghalau perosak dan menabur abu dapur kepada tanaman padi.

Itulah serba sedikit ilmu yang dapat dikongsi bersama petani di Kedah. SRI-Lovely juga sangat positif dengan amalan agroekologi yang akan dibawa ke sana. Kami sedang mendapatkan benih-benih tanaman berbunga yang sesuai ditanam di atas batas sawah bagi menggalakkan perkembangan spesis serangga parasitoid dan predator.

Jumat, 16 November 2012

Bengkel agroekologi di SRI-Lovely Sik 15 Nov 2012 (bahagian 2)

Prof. Madya Dr. Anizan Isahak memberi ceramah

Pelajar dan anak tani diberi penerangan di sawah

Pelajar UKM bersama Kapten (B) Zakaria

Pelajar dan anak tani melihat demonstrasi penanaman padi SRI

Tenaga kerja pelatih yang menanam padi SRI

Prof. Madya Dr. Anizan Isahak menerangkan penggunaan kit kualiti tanah

Dr. Habibah Jamil memberi penerangan dan demonstrasi

Hidayat (R.A Dr. Anizan) menerangkan berkenaan kulat trichoderma

Berkongsi cerita dan lawak jenaka bersama petani

Kucing SRI tertidur kepenatan

Kamis, 15 November 2012

Bengkel agroekologi di SRI-Lovely Sik 15 Nov 2012 (bahagian 1)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan SRI-Mas mengadakan perjumpaan dengan petani dan anak tani dari Kedah di SRI-Lovely, Kg Lintang (Sik) Kedah pada 15 Nov 2012 untuk menerangkan dan membincang tentang kesihatan tanah, agroekologi dan SRI (System of Rice Intensification). Suatu demonstrasi kit kualiti tanah juga akan diadakan. Dengan cara ini petani akan memahami lebih dekat lagi tentang asas saintifik konsep agroekologi dan SRI. Demonstrasi tersebut akan dijalankan oleh Dr. Habibah Jamil, Prof Madya Dr. Anizan Isahak, Prof Madya Dr. Ruhizan Yassin dan sekumpulan pelajar UKM.

Sekumpulan pelajar UKM akan mengambil data kajian fisiologi tumbuhan pokok SRI, di bawah seliaan Dr. Che Radziah Che Md Zain supaya petani dan anak tani dapat mengambil kesempatan untuk melihat bagaimana kajian saintifik dilakukan. Di samping itu, Prof Madya Dr. Anizan Isahak juga menerangkan betapa pentingnya sawah padi dipelihara sebagai warisan geo-asset Kedah.

Padi SRI dari varieti MR253 yang berusia 28 hari

Alat penguji sistem fotosintesis

Data fotosintesis sedang diambil

Prof. Madya Dr. Ruhizan Yassin diberi penerangan berkenaan alat fotosintesis

Mengira jumlah anak pokok dan mengambil ukuran tinggi pokok

Kucing SRI turut hadir membantu

Kucing SRI membuat demonstrasi minum air dari sawah yang tidak dicemari bahan kimia

Rabu, 07 November 2012

Pertimbangan jual-beli rumah dan properti

Pertimbangan jual-beli rumah dan properti
Pertimbangan jual-beli rumah dan properti. Pertimbangan makin tingginya harga jual-beli tanah, rumah dan properti di lokasi yang baik menuntut kita harus memutar otak dalam mempertimbangkan membeli rumah yang di idam-idamkan. Untuk anda yang sedang dalam Pertimbangan membeli rumah dan properti, Ada beberapa hal yang harus anda ketahui sebelum memutuskan untuk membeli rumah dan properti.

Kapan Saat yang tepat Membeli Rumah?

Teorinya memang sangat mudah untuk menyatakan bahwa kita membeli rumah dan properti di saat harga sedang turun atau saat mencapai harga terendah. Yang menjadi persoalan justru pertimbangan menentukan kapan rumah mencapai harga terendah adalah pekerjaan rumah yang komplek dan sulit.

Dalam sejarahnya menyatakan investasi properti dan rumah akan mendapatkan keuntungan yang baik dalam jangka waktu yang panjang. Di saat perekonomian sedang bagus harga properti dan rumah biasanya melambung. Tetapi dapat menjadi sebaliknya di saat perekonomian jatuh, anda perlu jeli memperhatikan Harga Properti yang biasanya ikut turun.

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga tanah, rumah dan properti lainnya:
  1. Kenaikan tingkat populasi penduduk
  2. Tingkat pertumbuhan ekonomi
  3. Kenaikan penghasilan per kapita
  4. Tingkat suku bunga dari bank
Tingkat kenaikan harga properti biasanya sangat dipengaruhi oleh meningkatnya angka pertumbuhan penduduk di sebuah negara atau daerah. Di negara dengan kenaikan angka populasi yang tinggi, angka pertambahan jumlah keluarga di masa yang akan datang juga bertambah tinggi yang pada akhirnya berakibat tingginya permintaan akan properti berupa tanah dan rumah. Jika tanah dan rumah yang ada tidak dapat mencukupi semua permintaan pembelian rumah dan properti yang datang, maka akibat lansung selanjutnya adalah kenaikan harga jual-beli  properti, rumah dan tanah.

Sebaliknya, jika tingkat pertumbuhan penduduk sebuah negara atau tempat menurun, yang akan mengakibatkan berlebihnya jumlah properti, tanah atau rumah daripada yang bisa dibeli oleh masyarakat, harga properti pun akan ikut turun. Tentunya bukan angka pertumbuhan atau tingkat populasi saja yang mempengaruhi harga beli rumah dan properti, akan tetapi banyaknya dana yang ada di miliki masyarakat juga sangat mempengaruhi. Ditambah lagi laju pertumbuhan ekonomi sebuah negara, juga ikut mempengaruhi pergerakan Harga beli rumah dan properti.

Apabila perkonomian tumbuh dengan baik dan tingkat pengangguran ikut menurun, banyak anggota masyarakat yang akan mampu membeli rumah sehingga pasar properti akan tumbuh dengan pesat. Sebaliknya bila perekonomian menurun seperti pada masa resesi, dan lapangan pekerjaan sulit diperoleh, masyarakat akan menunda untuk membeli rumah dan properti sehingga trend harga perumahan akan menurun.

Harga properti biasanya cenderung akan naik di saat pendapatan perkapita juga naik. Ini terjadi dalam perekonomian yang maju pesat, di mana lapangan pekerjaan yang tersedia cukup banyak, semakin banyaknya pasangan suami-istri yang bekerja.

Oleh karena tingkat ketergantungan para pembeli rumah saat ini sangat terkait dengan kredit kepemilikan rumah dari bank, berakibat meningkatnya permintaan akan kredit rumah sangat berpengaruh terhadap perkembangan tingkat suku bunga bank. Jika semakin tinggi tingkat suku bunga yang dibebankan bank, semakin tinggi besarnya dana yang harus di bayarkan untuk kredit tersebut setiap bulannya dan semakin kurang kemampuan masyarakat untuk membeli rumah dan properti saat itu. Untuk alasan ini harga jual-beli properti cenderung akan turun di saat tingkat suku bunga meningkat demikian juga sebaliknya.[properti.gangsir.com]

Selasa, 06 November 2012

Lawatan pakar UKM ke bengkel SRI

Lawatan pakar dari UKM diketuai oleh Prof Dr Syarifah Mastura ke Bengkel SRI D'Dorani dan SRI D9. Banyak perkara dibincangkan dan akan dilaksanakan. Antaranya kejuruteraan ekologi di sawah. Beberapa spesis tumbuhan berbunga telah dikenalpasti dan akan disemai bagi ditanam di ban-ban sawah terpilih sebagai pilot project.

Prof Dr Syarifah Mastura

Prof Dr Syarifah Mastura sekali lagi



Prof Dr Salmijah Surif



Mak Tam seperti biasa penuh semangat

Tn Haji Anuar Bujang

Perbincangan bersama petani

Jumat, 02 November 2012

Memerangi perosak dengan biodiversiti

Kepelbagaian biodiversiti dalam pertanian sangat penting dalam memerangi perosak. Satu kertas kajian yang diterbitkan baru-baru ini; Tooker, J., & Frank, S. (2012). Genotypically diverse cultivar mixtures for insect pest management and increased crop yields Journal of Applied Ecology memberi pencerahan berkenaan biodiversiti dalam pertanian dalam mengawal perosak.

Banyak bukti yang menyokong potensi variasi intra-spesis untuk menyumbang kepada kawalan serangga perosak yang berkesan tetapi sangat sedikit usaha dibangunkan bagi sokongan empirikal atau amalan pelaksanaan yang berdaya maju dalam sistem pertanian. Oleh itu, pelaksanaan amalan ini adalah terhad.

Dan ada pelbagai bukti yang menunjukkan bahawa kepelbagaian genotip (variasi antara varieti) dan kepelbagaian genetik (perubahan di peringkat pelbagai populasi) umumnya mengurangkan kesan perosak. Mungkin persoalan yang timbul ialah mengapa tidak ada penyelesaian yang berkesan dalam cara pelaksanaan. Kesannya mungkin bermula dari bawah ke atas (bottom up), dengan menggunakan pelbagai mekanisme yang boleh mengurangkan keupayaan perosak untuk mencari perumah yang sesuai, atau dari atas ke bawah (top down), iaitu menggunakan pelbagai mekanisme yang bertindak melalui musuh semulajadi perosak.


Rajah 1: Kepelbagaian varieti memberi peluang kepada serangga predator menekan populasi serangga perosak (herbivor) yang merosakkan tanaman. Rajah ini menunjukkan secara konsep bagaimana kepelbagaian varieti mengurangkan serangan perosak berbanding tanaman monokultur. Kaedah ini lebih berkesan pada populasi perosak yang besar.

Masih banyak lagi yang perlu dipelajari tentang peranan kepelbagaian genotip dalam interaksi ekologi dan fungsi ekosistem, bukti yang sedia ada telah memberi harapan kepada pertanian kerana produktiviti, rintangan kepada herbivor (perosak) dan daya tahan kepada tekanan abiotik yang merupakan ciri-ciri penting dalam pengeluaran tanaman yang mampan. Selain itu, kepelbagaian genotip boleh dilaksanakan dengan perubahan yang agak kecil kepada amalan pertanian. Jika teori dan keputusan empirikal terus menyokong kesan baik kepelbagaian genotip bagi produktiviti tumbuhan, pendekatan mudah yang baharu untuk pertanian boleh mengubah strategi menanam dan produktiviti pertanian. Selain daripada penekanan terhadap "intensifikasi mampan" (sustainable intensification), sistem pengeluaran pertanian boleh menimbangkan penggunaan kepelbagaian biodiversiti bagi membantu pengeluaran pertanian yang tinggi dan mampan.