Kamis, 02 Agustus 2012

Kontroversi berterusan berkaitan racun dan keruntuhan koloni lebah

Satu kajian kontroversi baharu berkenaan kematian lebah telah mendalamkan pertikaian pahit sama ada racun perosak yang paling popular di dunia menyebabkan malapetaka ekologi.

Penyelidik yang diketuai oleh ahli biologi Chensheng Lu dari Universiti Harvard menghasilkan laporan hubungan langsung antara kesihatan koloni lebah dan pendedahan pemakanan kepada imidacloprid, racun perosak neonicotinoid yang dikaitkan dengan Gangguan Keruntuhan Koloni (CCD), kematian misteri secara besar-besaran lebah di seluruh Amerika Utara dan Eropah.

Kajian ini telah dikritik hebat, yang mengatakan dos yang digunakan dalam kajian ini mungkin tinggi dan tidak realistik. Tetapi tahap dos yang realistik juga merupakan perkara yang kontroversi, dan pengkritik turut berkata penemuan ini membimbangkan.

"Hasil kajian merupakan replikasi Gangguan Keruntuhan Koloni akibat pendedahan kepada racun perosak," kata Lu, yang pakar dalam pendedahan alam sekitar kepada racun perosak. "Kita perlu melihat kepada dasar pertanian kita dan lihat jika apa yang kita lakukan sekarang adalah amalan yang lestari."

Dibangunkan pada tahun 1990-an sebagai alternatif yang agak kurang toksik kepada racun perosak yang menjejaskan kesihatan manusia, racun perosak kelas neonicotinoid menjadi racun yang paling pesat berkembang di dunia dan merupakan sebahagian daripada strategi pertanian untuk industri. Di Amerika Syarikat sahaja, tanaman jagung yang disembur neonicotinoid kini meliputi jumlah kawasan yang hampir sama besar dengan Montana.

Seperti racun perosak sebelum ini, neonicotinoid mengganggu sistem saraf pusat serangga. Tetapi tidak seperti racun perosak sebelum ini, yang menjejaskan serangga semasa dengan serta-merta selepas semburan, neonicotinoid merebak melalui tisu vaskular tumbuhan. Racun ini toksik sepanjang musim, termasuk musim bunga apabila lebah memakan debunga tumbuhan.

Laporan pertama Gangguan Keruntuhan Koloni datang pada pertengahan 2000-an daripada penternak lebah komersial, yang mengalami kerugian koloni antara 30 hingga 90 peratus. Kos pendebungaan komersil meningkat dengan mendadak, disebabkan gangguan ini juga menimpa populasi lebah liar, mengancam pendebungaan semulajadi.

Mengukur penurunan lebah lebih mudah daripada menjelaskan mengapa perkara ini terjadi. Antara penyebab yang berpotensi termasuk kulat, hama, virus, bakteria dan racun perosak, kajian gagal untuk mencari punca yang jelas, tetapi, sedikit demi sedikit, bukti yang menjurus kepada neonicotinoid telah semakin nyata.

Lebah madu terdedah kepada racun sepanjang tahun dan melalui pelbagai laluan alam sekitar. Pada masa-masa tertentu, terutama pada musim bunga, kematian sering berlaku berikutan pendedahan kepada racun, dan pendedahan yang tidak maut boleh mengganggu navigasi dan komunikasi lebah. Neonicotinoid juga muncul untuk membuat lebah lebih mudah terdedah kepada ancaman parasit tertentu dan tekanan lain.

Beberapa negara Kesatuan Eropah termasuk Perancis, Jerman dan Itali telah mengharamkan neonicotinoid, walaupun syarikat racun mempertahankan tahap racun ini yang selamat kepada ekologi dan mengatakan kajian yang dibuat tidak meyakinkan dan kurang matang.

Kajian Lu, cuba untuk meniru sejarah hidup lebah komersil, yang diberi makan makanan tambahan sirap jagung fruktosa tinggi yang mungkin mengandungi sisa-sisa neonicotinoid yang masih ada walaupun selepas diproses.

"Kami cuba untuk meniru amalan penternak lebah komersil". Saya percaya salah satu sebab penternak lebah komersil sedang mengalami Gangguan Keruntuhan Koloni adalah kerana hubungan antara sirap jagung fruktosa tinggi dan neonicotinoid," Lu berkata.

Pada musim bunga tahun 2010, penyelidik telah memasang empat kumpulan koloni komersil yang dibeli. Setiap koloni terkandung lima sarang, dan musim panas telah diberi makan diet yang mengandungi imidacloprid, apa yang dianggap dos kecil sebanyak 20 bahagian per bilion, dan dos yang lebih tinggi daripada 400 bahagian per bilion.

Gangguan Keruntuhan Koloni dicirikan sebahagian oleh lebah meninggalkan sarang mereka semasa musim sejuk, yang dilaporkan oleh kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Lu terhadap 15 daripada 16 sarang yang menerima imidacloprid. Simptom Gangguan Keruntuhan Koloni lain, seperti permaisuri tinggal dalam sarang manakala pekerja lari, tidak dilaporkan. Lu menganggap uji kaji menjadi realistik seperti dalam kes sebenar.



Bayer, gergasi kimia dan farmaseutikal yang menghasilkan imidacloprid, mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk penemuan sebagai "tidak betul" dan "berdasarkan parameter kajian tiruan dan tidak realistik yang tidak konsisten dengan keadaan penggunaan sebenar di ladang."

Tetapi Jeffery Pettis, seorang ahli biologi lebah daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, menyatakan keputusan ini sebagai "mengujakan tetapi tidak muktamad." Dengan hanya empat koloni yang digunakan bagi setiap tahap dos, kepentingan statistik kajian itu adalah terhad, “but I would love to see this study replicated such that the trends … they observed could be actually validated,” tulis Pettis di dalam emel.

Antara kritikan Bayer menyatakan imidacloprid, yang merupakan neonicotinoid generasi pertama, hanya sedikit digunakan di Amerika Syarikat. Sebahagian besarnya telah digantikan dengan rumusan baharu - tetapi ini, menurut pakar racun perosak Charles Benbrook daripada The Organic Center, sebuah firma perunding penyelidikan makanan organik, bahan kimianya sama dengan imidacloprid.

"Hampir semua benih jagung telah dirawat dengan racun yang sangat serupa dengan neonicotinoid," kata Benbrook. Jika kajian telah dijalankan dengan clothianidin, satu lagi neonicotinoid yang kontroversi, "mereka akan hampir pasti telah mendapati perkara yang sama."

Menurut Bayer, "analisis daripada sampel ladang sebenar jagung yang ditanam telah menunjukkan tiada sisa baki imidacloprid dikesan" dalam sirap jagung fruktosa tinggi. Tetapi Benbrook berkata bahawa ujian meluas oleh The Organic Center mendapati wujud kesan sisa baki imidacloprid, tetapi mustahil untuk diukur.

"Ia adalah amat sukar untuk menguji bahan kimia ini khususnya dalam sirap jagung fruktosa tinggi. Banyak makmal telah menghabiskan banyak masa cuba untuk melakukannya, tetapi sirap jagung tinggi fruktosa adalah sangat melekit, matriks tebalnya melekat ke atas mesin ujian, "kata Benbrook. "Itulah sebabnya agak sedikit sahaja diketahui tentang imidacloprid dalam sirap jagung fruktosa tinggi."

Isu yang berasingan daripada sirap jagung adalah bagaimana perbezaan dos imidacloprid eksperimen berbanding dengan pendedahan dunia sebenar neonicotinoid dari debunga dan sisa baki tanaman. Pakar biologi lebah Dave Goulson Scotland daripada University of Stirling, penulis bersama kertas terkini neonicotinoids dan kesihatan sarang lebah, berkata dos "seolah-olah menjadi tinggi dan tidak realistik," kritikan yang sama disampaikan oleh Bayer.

Tetapi Pettis berkata dos kajian lebih rendah, yang cukup memusnahkan koloni lebah, "adalah apa lebah hadapi dalam persekitaran." Pendapat beliau dipersetujui oleh ahli biologi Kristian Krupke daripada Purdue University, yang berkata dos tersebut "adalah pasti dalam julat yang lebah mungkin hadapi dalam ladang."

Salah satu cara di mana lebah lebih kerap terdedah kepada neonicotinoid adalah melalui titisan dalam bentuk sap di hujung bahagian tumbuhan. Kajian kepada titisan ini telah mendapati tahap neonicotinoid lebih tinggi daripada yang digunakan dalam kajian baru-baru ini, dan titisan boleh membawa maut kepada lebah (lihat video di atas).

Satu lagi laluan utama pendedahan terhadap racun ini adalah melalui debu yang dilepaskan oleh jentera penanam benih berkuasa angin. Beberapa tahun sebelum kemunculan Gangguan Keruntuhan Koloni, pengeluar neonicotinoid menyelaput lapisan racun perosak kepada benih, dan meningkatkan jumlah yang digunakan dalam ladang. Lapisan sebahagian terhancur di dalam jentera penanam benih dan dilepaskan dalam gumpalan yang menjadi sangat toksik. Neonicotinoid kekal aktif secara biologi dalam tanah selama bertahun-tahun dan mungkin dekad, dan ia mungkin meresap ke dalam akar dan seluruh bahagian tumbuh-tumbuhan dengan cara yang belum diukur, kata Krupke.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar sedang menilai keselamatan neonicotinoid, dan lebih daripada 1.25 juta orang telah menandatangani petisyen meminta agar racun ini diharamkan. Beberapa negara Eropah telah pun mengharamkan neonicotinoid, dan Gangguan Keruntuhan Koloni diperlahankan, walaupun Krupke berkata laporan ini terlalu anekdot untuk dipertimbangkan dan dipercayai secara saintifik.

"Jika hubungan itu adalah semudah itu, kita akan dapat tahu terlebih dahulu. Terdapat kawasan di mana neonicotinoids digunakan, tetapi tidak mempunyai Gangguan Keruntuhan Koloni," Krupke berkata. "Tetapi apa yang kajian ini tunjukkan ialah neonicotinoid berada di mana-mana, dan kita sedang melihat kesan sub-maut, kerana racun ini menjadi punca tekanan. Tekanan daripada racun ini menyebabkan lebah terdedah kepada parasit lain."

Analisis risiko racun di Amerika Syarikat telah memberi tumpuan terlalu banyak kepada sama ada bahan kimia itu bertindak segera, yang jelas toksik, kata Krupke. "Cara pemikiran kami pada asasnya pincang," katanya. "Kita perlu melihat kesan sub-maut, dan untuk tempoh masa yang lebih lama. Racun perosak berada di mana-mana, digunakan setiap tahun. Kita tidak pernah gunakan racun perosak sebelum ini dengan cara yang kita gunakan sekarang."

Sumber: “In situ replication of honey bee colony collapse disorder.” By Chensheng Lu, Kenneth M. Warchol, Richard A. Callahan. Bulletin of Insectology, June 2012.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar