Minggu, 12 Agustus 2012

Ke Arah Revolusi Hijau Sebenar Untuk Keselamatan Makanan (bahagian 7)

Sokongan teknikal dan perkhidmatan pengembangan

Tonggak kedua strategi yang berkesan untuk mempromosikan pendidikan, sains dan teknologi dalam bidang pertanian adalah penyebaran maklumat dan teknologi, yang semasa Revolusi Hijau, dijalankan oleh pekerja pengembangan pertanian. Dalam konteks semasa, sebilangan besar pemain (organisasi-organisasi masyarakat sivil, sektor swasta, petani dan pertubuhan pelbagai hala) menyumbang ke arah okongan teknikal.

Satu tinjauan yang dijalankan oleh Persidangan Global Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian (GCARD) menganggarkan bahawa kira-kira setengah bilion pekerja pengembangan pertanian wujud di seluruh dunia, kebanyakan mereka menjadi pekerja organisasi awam. Walaupun jumlah ini besar, persepsi umum menunjukkan jumlah ini tidak mencukupi, terutama sekali apabila diukur terhadap keperluan pengusaha ladang kecil-kecilan yang sebahagian besarnya tidak menerima perkhidmatan pengembangan (Lele dan lain-lain, 2010).

Meminggirkan wanita dari perkhidmatan dan sokongan teknikal perlu ditangani. Di Afrika, wanita menerima 7 peratus daripada perkhidmatan pengembangan pertanian dan kurang dari 10 peratus kredit yang ditawarkan kepada pemegang ladang kecil-kecilan. Selain itu, kerana pendidikan kurikulum cenderung untuk menyisihkan topik tertentu untuk wanita (seperti pemakanan, sanitasi, kebersihan dan pengurusan), analisis yang khusus kepada jantina perlu disasarkan sebagai inisiatif ke dalam perkhidmatan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan pertanian (Davis dan lain-lain, 2007).

Di Ethiopia dan Mozambique, sebagai contoh, sumber-sumber yang tidak mencukupi untuk mengembangkan kemudahan penyelidikan dan latihan dan mengekalkan pakar telah menjejaskan kualiti pendidikan pelajar-pelajar. Siswazah pendidikan hanya boleh menyampaikan konsep bukannya pengurusan yang berorientasikan praktikal dan dengan itu telah gagal untuk memupuk keupayaan inovatif kalangan petani dalam pelbagai perkhidmatan yang diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran dan pemasaran, termasuk keupayaan mereka untuk bertindak secara kolektif (ibid.).

Di India, sebuah negara dengan tradisi yang panjang menggalakkan R&D pertanian, Hall dan lain-lain (1998) mendapati berlaku sedikit interaksi antara saintis dan agen perkhidmatan pengembangan, atau di antara saintis pengeluaran dan selepas tuai. Pengasingan institusi berdasarkan disiplin (subjek) dan pengurusan yang sangat berpusat menyebabkan sokongan teknikal untuk petani dan pembangunan perkongsian di kalangan institusi R&D pertanian awam, sektor swasta, persatuan petani dan organisasi masyarakat sivil menjadi kabur. Saintis dan pekerja perkhidmatan pengembangan sering mempunyai perspektif yang agak berbeza-beza pada pengeluaran dan pemasaran dan gagal untuk menjadikan hasil penyelidikan dan pengetahuan sebagai praktikal.

Satu komitmen jangka panjang untuk menyediakan dana yang mencukupi untuk penyelidikan awam dan latihan perlu disertai dengan pendekatan baharu bagi pendidikan teknikal yang lebih praktikal dan berorientasikan penyelesaian masalah dan membuat keputusan, dan dengan kapasiti yang lebih besar untuk melibatkan petani dan organisasi masyarakat sivil dalam mencari disiplin dan penyelesaian kreatif kepada masalah baharu.

Tonggak ketiga sistem inovasi pertanian yang mampan yang berkesan adalah pendidikan asas dan latihan dewasa. Keupayaan petani untuk berinovasi, belajar daripada satu sama lain dan menyesuaikan diri dengan perubahan sebahagian besarnya bergantung kepada keupayaan untuk mengakses dan memproses maklumat termasuk melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan pesat kualiti pendidikan di kawasan luar bandar, termasuk kadar celik huruf dewasa dan latihan, harus mendapat keutamaan tertinggi dalam mana-mana strategi yang bertujuan untuk mengukuhkan kapasiti responsif petani supaya berubah mengikut keadaan agroekologikal dan pasaran. Pengurusan yang fleksibel dan kapasiti untuk inovasi dalam amalan dan teknik pengeluaran, penyimpanan dan pemasaran memerlukan penggunaan maklumat dan teknologi yang sesuai sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran berterusan (Davis dan lain-lain, 2007).

Mekanisma yang lebih inovatif dalam penyampaian pengetahuan dan latihan juga perlu diperkukuhkan. Pengalaman Sekolah Latihan Petani di 87 buah negara menunjukkan bahawa inovasi dan pengurusan sumber asli yang fleksibel boleh maju melalui pembelajaran petani-petani, dengan penyertaan dari institusi penyelidikan formal dan tidak formal. Perkhidmatan dan latihan serta pendidikan jarak jauh juga telah terbukti berkesan dalam melengkapi perkhidmatan pengembangan.

Kerjasama serantau dan global bagi keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar

Komuniti antarabangsa telah banyak menyumbang kepada agenda global bagi keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar. Dalam kes pertanian dan pengurusan tanah yang lestari, menyampaikan sandaran atau bantuan kewangan yang dibuat selepas krisis makanan 2007-2008 boleh menjadi bayaran pendahuluan yang baik pada merealisasikan komitmen kepada matlamat membasmi kebuluran. Bidang lain di mana tindakan antarabangsa boleh diharapkan termasuk:
  • Pembaharuan subsidi pertanian di negara-negara OECD, termasuk subsidi kepada biofuel, dan sokongan kepada biofuel generasi baharu untuk mengurangkan peralihan penggunaan tanah pertanian daripada pengeluaran makanan.
  • Peningkatan pelaburan antarabangsa dalam R&D pertanian untuk keselamatan makanan dengan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan. Pembiayaan yang mencukupi untuk supaya fungsi CGIAR berkesan semasa Revolusi Hijau adalah kritikal untuk memudahkan inovasi pesat melalui adaptasi dan penyebaran proaktif, sokongan dan kemudahan (subsidi) peruntukan awam, infrastruktur dan lain-lain input yang diperlukan. Pembinaan kapasiti global, serantau dan nasional untuk R&D pertanian dengan sokongan kewangan antarabangsa boleh menyumbang kepada peningkatan yang pesat dalam produktiviti pertanian.
  • Pembiayaan bagi mekanisme baharu untuk memperluaskan pembayaran kepada pengusaha ladang kecil di negara-negara membangun untuk perkhidmatan alam sekitar (PES) yang membantu melindungi sumber semulajadi, memelihara biodiversiti dan meningkatkan pemencilan karbon dalam pertanian dan perhutanan.
  • Penghapusan halangan kepada perdagangan makanan bagi perkembangan pasaran termasuk kepada pengeluar kecil-kecilan di negara-negara membangun.
  • Penerimaan piawaian jejak hijau/ekologi.
  • Peraturan berkesan bagi mengawalselia pasaran hadapan komoditi untuk mengelakkan spekulasi dengan harga makanan.
Dalam jangka masa yang singkat, memansuhkan pengharaman eksport ke atas tanaman makanan dan pembelian panik sebagai respons kepada malapetaka yang berkaitan dengan cuaca akan membantu untuk mengurangkan pancang harga yang besar (kenaikan harga secara mendadak). Di samping itu, mekanisme untuk melindungi populasi yang terdedah kepada krisis menggunakan jaringan keselamatan dan bantuan makanan adalah perlu untuk mengurangkan kesan kenaikan harga makanan. Rizab bijirin global boleh menjadi satu pilihan untuk bertindak balas terhadap kecemasan makanan tetapi pengurusan dan penempatan bantuan memerlukan penelitian yang lebih dekat untuk memastikan tindak balas kecemasan yang berkesan dan untuk mengelakkan kesan negatif jangka panjang ke atas sistem pengeluaran makanan tempatan.


Ini adalah bahagian akhir Ke Arah Revolusi Hijau Sebenar Untuk Keselamatan Makanan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar