Jumat, 13 Januari 2012

Pendekatan agro ekologi bagi kawalan perosak

Agro ekosistem yang sihat merupakan "barisan depan pertahanan" daripada serangan penyakit dan perosak. Pendekatan ekosistem telah menyumbang kepada kejayaan strategi pengurusan perosak besar-besaran dalam pelbagai sistem tanaman. Namun demikian, pendekatan "urusan seperti biasa" (business as usual) di dalam pengurusan perosak masih diikuti oleh petani di kebanyakan negara dan menghadkan potensi mereka untuk meningkatkan pengeluaran tanaman.

Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)

Lebih 50 tahun yang lalu, Integrated Pest Management (IPM) menjadi strategi terkemuka di dunia dan kekal holistik untuk perlindungan tumbuhan. Dari penampilan pertama pada tahun 1960-an, IPM telah berdasarkan ekologi, konsep ekosistem dan matlamat mengekalkan fungsi ekosistem. IPM diasaskan pada idea bahawa barisan pertahanan yang pertama dan yang paling utama terhadap perosak dan penyakit dalam pertanian ialah agro-ekosistem yang sihat, di mana proses biologi yang menyokong pengeluaran dilindungi, digalakkan dan dipertingkatkan. Meningkatkan proses-proses tersebut boleh meningkatkan hasil dan kelestarian, di samping mengurangkan kos input.

Penambahbaikan dalam pengurusan ekosistem pertanian boleh membantu mengelakkan wabak perosak, memberi respon yang lebih baik kepada serangan perosak dan mengurangkan risiko daripada racun perosak kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Pendekatan untuk ekosistem yang lebih baik berasaskan kawalan perosak termasuklah:
  • perosak utama atau wabak penyakit yang mengancam keselamatan makanan; 
  • kebimbangan keselamatan makanan yang timbul daripada tahap sisa racun serangga yang tinggi di dalam produk ladang; 
  • kejadian pencemaran alam sekitar atau keracunan manusia; 
  • kerugian akibat pengurangan populasi spesies berfaedah, seperti pendebunga (seperti lebah) atau burung; 
  • salah urus racun perosak, seperti percambahan daripada stok simpanan racun perosak usang.
Dalam setiap kes-kes di atas, terdapat keperluan untuk strategi kawalan perosak yang boleh dikekalkan dan tidak menghasilkan kesan sampingan yang buruk. Setelah IPM terbukti berkesan secara langsung mengawal perosak, pembuat dasar dan kakitangan teknikal biasanya lebih terbuka kepada pendekatan, dan juga lebih bersedia untuk membuat perubahan dasar yang perlu untuk menyokong IPM dalam jangka masa panjang. Perubahan mungkin termasuk penghapusan subsidi racun perosak, penguatkuasaan yang lebih ketat kepada peraturan-peraturan racun perosak, dan insentif untuk pengeluaran input IPM tempatan, seperti insectaries untuk pemangsa semulajadi.

Negara-negara pengeluar harus memberikan keutamaan kepada racun perosak yang kurang berbahaya dalam proses pendaftaran. Mereka juga perlu memastikan bahawa maklumat ekologi diguna pakai di dalam membuat keputusan untuk menentukan racun perosak yang boleh dijual dan digunakan, oleh siapa dan dalam apa situasi. Selain itu, perlaksanaan fi racun perosak atau cukai racun perosak, yang dipelopori di India pada tahun 1994, boleh digunakan untuk membiayai pembangunan amalan pengurusan perosak alternatif dan menyediakan subsidi untuk aplikasi IPM daripada hasil cukai racun perosak.

IPM sebagai pendekatan agro ekologi

Sebagai satu strategi berasaskan ekosistem, IPM telah mencapai beberapa kejayaan yang ketara dalam pertanian dunia. Hari ini, program kerajaan IPM secara besar-besaran beroperasi di lebih daripada 60 buah negara, termasuk Brazil, China, India dan negara-negara yang maju. Terdapat konsensus saintifik am - ditekankan oleh Penilaian Antarabangsa Sains dan Teknologi Pertanian Untuk Pembangunan baru-baru ini - IPM menyediakan asas bagi melindungi SCPI (System of Crop Production Intensification).

Berikut merupakan prinsip-prinsip am untuk menggunakan pengurusan perosak bersepadu dalam reka bentuk program-program untuk intensifikasi yang lestari (sustainable intensification).
  • Gunakan pendekatan ekosistem bagi membuat jangkaan masalah perosak berpotensi yang dikaitkan dengan pengeluaran tanaman yang padat. Sistem pengeluaran perlu menggunakan, sebagai contoh, pelbagai varieti tanaman tahan perosak, kitaran tanaman, tanaman selingan, masa penanaman dioptimumkan dan pengurusan rumpai. Untuk mengurangkan kerugian, strategi kawalan perlu mengambil kesempatan spesis pemangsa berfaedah, parasit, perosak dan pesaing, bersama-sama dengan biopestisid dan racun perosak sintetik terpilih yang berisiko rendah. Pelaburan akan diperlukan dalam mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran petani.
  • Melaksanakan pelan kontingensi apabila ancaman perosak yang ketara muncul. Ini akan memerlukan pelaburan dalam sistem benih melalui penggunaan varieti yang rintang, dan tempoh bebas tanaman untuk menghalang populasi perosak di bawa bersama untuk musim berikut. Racun perosak selektif dengan pengawalseliaan yang mencukupi perlu dikenal pasti supaya salah urus racun perosak dapat dihindari.
  • Menganalisis jenis pembawa wabak perosak apabila masalah berlaku, dan membangunkan strategi pengurusan yang sewajarnya. Masalah mungkin disebabkan oleh kombinasi pelbagai faktor - sebagai contoh, kepadatan tanaman tidak sesuai atau kaedah membajak yang menyebarkan benih rumpai - akan perlu diubah suai. Dalam kes pencerobohan oleh perosak seperti serangga, kaedah kawalan biologi boleh digunakan.
  • Tentukan berapa banyak pengeluaran yang berisiko, dalam usaha untuk menubuhkan skala yang sesuai bagi aktiviti-aktiviti atau kempen kawalan perosak. Infestasi (bukan nilai kerugian) lebih daripada 10 peratus daripada kawasan tanaman perlu tindak balas dasar yang cepat. Walau bagaimanapun, risiko dari perosak sering terlebih anggaran dan tanaman boleh menyediakan sedikit pampasan secara fisiologi bagi kerosakan akibat serangan perosak.
  • Menjalankan pengawasan untuk mengesan corak perosak dalam masa sebenar, dan menyesuaikan tindak balas. Sistem Georeferenced (rujukan geografi) untuk pengawasan perosak tumbuhan menggunakan data dari plot tetap, bersama-sama dengan data ukur keliling dan pemetaan serta alat analisis.
Tanaman padi tropika tidak memerlukan penggunaan racun serangga di bawah intensifikasi. Kadar hasil telah meningkat daripada 3 tan per ha kepada 6 tan melalui penggunaan varieti yang lebih baik, baja dan pengairan. Indonesia secara drastik mengurangkan perbelanjaan racun perosak dalam pengeluaran padi di antara tahun 1988 dan 2005 (Carta 1). Walau bagaimanapun, dalam tempoh lima tahun yang lalu, kewujudan racun perosak kos rendah dan kekurangan sokongan untuk pendidikan petani berasaskan bidang kajian ekologi, telah membawa kepada penggunaan racun perosak yang meningkat dan serangan wabak besar-besaran, terutamanya di Asia Tenggara.


Carta 1: Perubahan kepada penggunaan racun terhadap hasil tanaman padi di Indonesia.

Penggunaan pendekatan ekosistem secara meluas akan menyediakan peluang bagi industri kecil tempatan. Meningkatkan skala amalan pengurusan perosak ekologi dijangka dapat meningkatkan permintaan bagi alat pemantauan komersil, ejen-ejen kawalan biologi seperti pemangsa, parasitoid atau organisma steril, perkhidmatan pendebungaan, mikroorganisma dan biopestisid. Dari perspektif industri pemprosesan makanan, ekosistem pertanian lebih stabil dan lestari akan memberikan bekalan hasil pertanian yang bebas daripada sisa racun serangga yang lebih konsisten dan boleh dipercayai. Selain itu, pelabelan produk makanan dengan label IPM atau serupa boleh membantu memastikan akses kepada pasaran baharu untuk pengeluar. Mengekalkan strategi IPM memerlukan khidmat nasihat yang berkesan, pautan penyelidikan yang responsif terhadap keperluan petani, sokongan kepada peruntukan input IPM, dan kawalan yang berkesan terhadap peraturan pengagihan dan penjualan racun perosak kimia.

Salah satu cara yang paling berkesan menggalakkan IPM di peringkat tempatan adalah Sekolah Latihan Petani, satu pendekatan yang menyokong pembelajaran tempatan dan menggalakkan petani untuk menyesuaikan diri dengan teknologi IPM. Petani perlu mendapatkan maklumat ke atas input-input IPM yang sesuai. Penggunaan IPM boleh dipercepatkan dengan menggunakan, sebagai contoh, komunikasi melalui telefon bimbit sebagai tambahan kepada kaedah jangkauan tradisional, seperti sistem pengembangan, kempen-kempen media tempatan dan peniaga input.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar