Jumat, 06 Januari 2012

Analisis komponen hasil lot SRI Sg Burong

Padi SRI di Sungai Burong telah masuk musim kedua. Percubaan "berani gagal" yang kedua ini memberi pengalaman yang "unik dan "berbeza". Dengan tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, padi SRI Sg Burong dituai pada 4 Januari 2012 dalam usia 120 hari. Analisa data pertama yang dibuat sebelum ini menunjukkan beberapa kelemahan yang mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki. Namun begitu, beberapa halangan awal menyebabkan kelemahan ini tidak dapat diperbaiki, malah wujud kelemahan lain akibat beberapa masalah teknikal.

Hasil yang diperolehi ialah 1,050 kg, jauh ketinggalan daripada musim sebelum; 1,300 kg. Hasil telah dijangka menurun disebabkan oleh bilangan anak yang terhad, masalah saliran yang menyebabkan banjir dan kerja melandak tergendala. Malah ujian strip harvest yang dijalankan oleh Pak Tam menunjukkan trend yang sama.

Penanaman dibuat lewat - kelewatan hampir dua minggu akibat banjir menjejaskan jadual penanaman. Akibatnya padi dituai lewat, dua minggu selepas semua orang selesai menuai. Namun begitu, penanaman lewat bukannya satu masalah tetapi anak pokok yang ditenggelami air di peringkat beranak aktif merencatkan potensinya untuk mengeluarkan tillers. Ini mengakibatkan bilangan anak yang berkesan (effective tillers) menjadi kurang. Rata-rata rumpun padi mempunyai <20 anak.

Pada peringkat usia >45 hari pula, ketika air diperlukan untuk melembabkan tanah bagi menggalakkan panicle initiation dan grain filling, air pula tiada. Parit menjadi kering kontang menyebabkan air tidak dapat disimpan dalam sawah. Akibatnya, biji padi menjadi ringan kerana tidak diisi sepenuhnya.

Data asas yang digunakan ialah produktiviti tanah di lot En. Raja:
Luas bertanam - 0.3417 ha
Musim 1/2010 - 1.18 mt (konvensional)
Musim 2/2010 - 1.20 mt (konvensional)
Musim 1/2011 - 1.30 mt (SRI)
Musim 2/2011 - 1.05 mt (SRI)

Menggangar hasil dengan komponen hasil

Purata berat bagi 1,000 biji padi: 19 gram
Purata effective tillers bagi satu pokok padi SRI: 15
Purata jumlah bulir (spiklet) dalam satu effective tiller: 120
Jumlah bulir padi dalam satu pokok: 15 x 120 = 1,800 bulir
Berat (dalam gram) bulir padi bagi setiap pokok:
= 1800/1000
= 1.800
= 1.8 x 19 g = 34.2 g/pokok

Bagi jarak tanaman 30cm x 30 cm, jumlah pokok ialah 111,111/ha
= 36 x 111,111
= 3,799,962 g
~ 3.79 tan/ha (kasar) atau 3.27 tan/ha (bersih).
atau 1.12 tan bagi lot seluas 0.3417 ha

Anggaran hasil menggunakan kaedah komponen hasil mendapat hasil 1.12 tan; melebihi tetapi menghampiri hasil sebenar iaitu 1.05 tan.

Menilai Fungsi Pengeluaran Padi SRI di Sg Burong

Faktor pengeluaran yang biasa menggunakan Fungsi Pengeluaran Cobb-Douglas dinilai ialah buruh, kapital (nilai wang mesin, peralatan dan bangunan), teknologi dan lain-lain (seperti sumber semulajadi; tanah dan air). Di dalam ekonomi, Fungsi Pengeluaran Cobb-Douglas digunakan bagi mewakili hubungan diantara input dan output.

Analisis yang dibuat daripada faktor pengeluaran padi di lot SRI Sg Burong menunjukkan:
Faktor buruh: -0.471
Faktor input (baja): -0.301
Faktor jentera: -0.0887

Dalam penilaian yang dibuat di lot SRI Sg Burong, nilai α (buruh) = -0.471 maka peningkatan 1 peratus buruh akan menyebabkan output merosot sebanyak 0.47 peratus. Selain buruh, kesemua faktor pengeluaran juga memberi nilai negatif. Kecekapan Faktor Pengeluaran (Total Efficiency, TE) hanya sekitar 61.56 peratus.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar