Kamis, 11 Oktober 2012

Menyembur racun meningkatkan hasil?

Rajah 1: Senarai beberapa racun serangga yang masih digunakan untuk tanaman padi

Kepercayaan bahawa racun serangga mesti digunakan untuk penanaman padi dan penggunaan racun serangga akan meningkatkan hasil berkait rapat dengan penggunaan racun serangga yang tinggi di kalangan petani di kebanyakan negara Asia (Heong dan Escalada 1997). Satu lagi ciri yang berpotensi merangsang penggunaan racun serangga yang tinggi adalah kepercayaan petani bahawa ulat lipat daun merupakan perosak serius dan terpaksa disembur. Ulat lipat daun biasanya tidak memberi akibat buruk terhadap hasil dan semburan ini akan melakukan lebih banyak kemudaratan dan memusnahkan perkhidmatan ekosistem (Heong dan Schoenly 1998).

Malah semburan racun serangga awal membuat sawah padi 10 kali lebih terdedah kepada wabak bena perang. Di Vietnam, kerajaan terus menggalakkan program "3 pengurangan, 3 keuntungan" yang menggalakkan petani untuk tidak menggunakan sebarang racun serangga dalam tempoh 40 hari pertama selepas menyemai. Program ini sangat berjaya dalam mengurangkan masalah bena perang di Delta Mekong dan kini sedang dipromosikan di Thailand.

Empat kepercayaan utama berkenaan racun serangga bagi tanaman padi:
  1. Racun serangga MESTI digunakan bagi tanaman padi.
  2. Penggunaan racun serangga BIASANYA meningkatkan hasil.
  3. Dalam tempoh 40 hari lepas semaian, racun serangga PERLU digunakan.
  4. Ulat lipat daun adalah perosak serius dan racun serangga PERLU digunakan.
Peratusan yang tinggi dalam jumlah petani dengan kepercayaan yang kuat dalam empat pernyataan di atas amat membimbangkan. Negara Myanmar yang membuka ekonomi dalam beberapa tahun akan datang, bakal meningkatkan import racun serangga dan promosi penggunaannya. Jika pemasaran racun perosak tidak dikawalselia dan racun perosak dibenarkan untuk dijual sebagai FMCGs (fast moving consumer goods), ia akan meningkatkan ancaman dan penyalahgunaan yang boleh mencetuskan wabak bena perang, seperti di Thailand, Indonesia dan China.

Selain itu, kebergantungan kepada racun perosak menyebabkan petani terus terperangkap dalam belenggu hutang dan hasil yang rendah. Pesticide trap atau pesticide treadmill adalah kesan penggunaan racun yang berterusan dan terus meningkat menyebabkan petani terpaksa membayar lebih banyak kos dengan keuntungan kepada hasil yang berkurangan.

Memandangkan tiada perbezaan yang signifikan dalam hasil antara ladang, petani yang telah menyembur racun serangga akan mempunyai peningkatan produktiviti negatif. Disamping itu, racun serangga dan peralatan semburan yang digunakan tidak berkesan. Banyak bahan kimia yang juga mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan manusia dan alam sekitar, jadi, adalah lebih baik tidak menggunakan sebarang racun serangga pada tanaman padi.

Minggu, 07 Oktober 2012

Menguruskan perosak dengan alam semulajadi

Perosak harus dinilai semula secara kritikal dan dibuktikan bersalah sebelum penggunaan racun serangga difikirkan perlu. Ini adalah kesimpulan yang dibuat oleh Dr. K.L Heong dalam kajian meluas berkenaan dengan peranan biodiversiti dalam pengurusan serangga perosak padi. Penerbitan ini membuka jalan kepada pengurusan perosak yang mampan oleh biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem.

Beratus-ratus spesies Artropod dalam ekosistem padi mempunyai pelbagai fungsi ekologi seperti herbivori (memakan tanaman padi), pemangsa, parasitization, pendebungaan, penguraian, dan kitaran nutrien. Herbivor sering dilabel sebagai "perosak" kerana mereka makan tumbuh-tumbuhan. Daripada lebih daripada 100 spesis, kurang daripada 10 spesis boleh menghasilkan kerugian (jika ia berlaku dalam jumlah yang cukup besar). Pemangsa dan parasitoid yang menyerang perosak akan memastikan populasi mereka terkawal. Hubungan jaringan makanan yang rumit diantara tumbuh-tumbuhan, serangga, dan biodiversiti yang kaya dengan spesis musuh semulajadi sentiasa berusaha ke arah keseimbangan untuk mencegah perkembangan dalam populasi spesis perosak.

Kejuruteraan ekologi adalah satu pendekatan untuk memulihkan atau meningkatkan biodiversiti spesies bunga dan fauna, landskap padi, supaya sumber dalam bentuk perlindungan dan makanan untuk musuh semulajadi dipertingkatkan. Ia adalah "rekabentuk masyarakat manusia dengan persekitaran semulajadi untuk manfaat kedua-duanya."

Menyelamatkan habitat

Dalam landskap padi, ban sawah dan habitat bukan padi menduduki sebahagian besar tanah. Ada yang dihuni dengan pokok buah-buahan dan pokok renek, atau ditanam dengan sayur-sayuran. Tetapi, petani sering menjadikannya sebagai kawasan sebagai tanah terbiar dan menyemburnya dengan racun perosak, kerana beranggapan kawasan ini menjadi perumah perosak. Kebanyakan perosak utama padi adalah monophagous (makanan mereka terhad kepada padi sahaja). Mereka hanya bergerak dari sawah ke sawah yang lain. Habitat bukan padi boleh menyediakan perlindungan, makanan, dan rumah untuk musuh semulajadi perosak padi.

Ban sawah dengan rumput saka Brachiaria adalah rumah kepada dua spesies cengkerik yang merupakan pemangsa yang "ganas" terhadap telur perosak yang diletakkan di atas daun. Mereka bergerak ke sawah padi mencari makanan pada waktu malam dan kembali ke rumah berumput mereka pada waktu siang. Banyak spesies labah-labah juga bergantung kepada habitat berumput ini.

Bunga vs perosak

Selain daripada memulihara habitat semulajadi, kejuruteraan ekologi boleh menambah biodiversiti melalui penanaman bunga yang kaya dengan nektar di atas ban sawah. Bunga-bunga ini menarik spesis lebah madu dan spesies lain yang menjalankan pendebungaan tanaman buah-buahan dalam landskap padi. Nektar juga merupakan makanan kepada banyak hymenopteran parasitoid, terutama yang mengawal spesies serangga perosak padi, seperti bena perang, pengorek batang dan ulat lipat daun.

Di Vietnam, kejuruteraan ekologi sawah, yang telah diperkaya dengan bunga yang kaya dengan nektar, mempunyai parasitisme lebih tinggi dan pemangsaan telur bena perang yang tertanam di dalam pokok padi meningkat dengan ketara. Tanpa menggunakan racun serangga, petani menuai hasil lebih tinggi tetapi dengan peningkatan besar dalam keuntungan daripada pengurangan penggunaan racun serangga. Perkara yang serupa telah diperhatikan dalam sawah padi hibrid di Jin Hua, China.

Tidak kepada racun

Gunakan racun serangga hanya apabila benar-benar perlu dan sebagai pilihan terakhir. Ini adalah satu rukun yang penting kejuruteraan ekologi. Racun serangga, adalah biosid. Organisma yang lebih berkemungkinan untuk dibunuh dalam sawah yang disembur racun serangga adalah yang mempunyai saiz kecil, badan lembut, dan mobiliti yang tinggi. Ironinya, spesis perosak cenderung untuk menjadi lebih besar dan kurang bergerak, maka mereka kurang terdedah kepada semburan.

Di samping itu, penyembur yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan semburan titisan jatuh di atas tanah atau ke dalam air yang menjejaskan banyak spesis predator. Memandangkan padi adalah habitat tidak kekal, semua spesies yang hidup di dalamnya adalah pendatang, termasuk perosak dan musuh semulajadi. Pada peringkat awal tanaman, perosak dan spesis musuh semulajadi bergerak di dalam sawah dan di mendudukinya. Ban sawah dengan bunga yang berkhidmat sebagai rumah musuh semulajadi menjadi sumber pemangsa seperti labah-labah dan cengkerik. Pemangsa akan makan penduduk awal, detritivore (organisma yang memakan sisa organik), seperti agas dan lalat dalam sistem akuatik padi sebelum perosak tiba. Juga dalam sistem akuatik padi, wujud pemangsa seperti microvelids - serangga yang menyerang perosak seperti jerung yang kelaparan.

Cabaran di dalam kejuruteraan ekologi

Spesis pemangsa dan parasitoid merupakan pengawal selia penting terhadap populasi perosak. Walau bagaimanapun, racun serangga digunakan semasa rutin semburan awal musim adalah sangat toksik, yang memusnahkan pemangsa dan parasitoid. Oleh itu, perosak dibiarkan tidak terkawal dan populasinya boleh membangun dengan pesat sehingga ke tahap yang merosakkan.

Sawah padi adalah secara semulajadi dikurniakan dengan kepelbagaian spesis pemangsa dan parasitoid; dan biodiversiti boleh dipertingkatkan dengan menanam bunga berdekatan dengan sawah. Tetapi, cabaran terbesar adalah untuk mendorong berjuta-juta petani untuk mengamalkan konsep-konsep ini, menghentikan rutin semburan awal musim, dan memperkayakan ban sawah dengan tanaman berbunga yang kaya dengan nektar.

Parasitization bukan merupakan satu konsep yang mudah bagi petani memahaminya dan parasitoid terlalu kecil untuk diperhatikan. Salah satu pendekatannya adalah dengan menggunakan lebah sebagai spesies petunjuk petani perhatikan. Lebah dan parasitoid tergolong kepada order hymenoptera, yang mempunyai ciri-ciri yang agak sama. Petani boleh memerhatikan dan memelihara "lebah dan saudara-mara mereka" dan menahan diri dari semburan racun serangga berbahaya kepada mereka.

Akhir sekali, etika dalam pemasaran racun serangga perlu diperbaiki dan mematuhi Kod Etika FAO bagi pengedaran dan penggunaan yang betul racun perosak di dalam iklan dan promosi. Di negara-negara pengeluar utama beras, racun perosak masih dan sedang dijual sebagai barangan pengguna, yang membawa kepada penggunaan yang berlebihan dan penyalahgunaan.