Minggu, 22 Juli 2012

Ke Arah Revolusi Hijau Sebenar Untuk Keselamatan Makanan (bahagian 6)

Bersambung dari bahagian 5

Menghidupkan semula R&D pertanian

Antara cabaran keselamatan makanan adalah sokongan pelaburan yang tidak mencukupi, dan petani yang mengeluarkan makanan secara kecil-kecilan san kebanyakannya untuk penggunaan tempatan. Sejak tahun 1980-an, sokongan antarabangsa untuk penyelidikan pertanian telah menurun dan pusat penyelidikan pertanian kebangsaan telah mengurangkan program mereka bagi pengeluaran dan pengagihan benih (Dubin dan Brennan, 2009). Perbelanjaan untuk R&D pertanian di Afrika, Timur, Asia Tenggara (kecuali China) dan Tengah Timur kekal rendah (Rajah 1).

Rajah 1: Pembiayaan awam bagi penyelidikan pertanian 1981-2008

Selain itu, pelaburan R&D pertanian sebahagian besarnya hanya tertumpu di beberapa negara. Pada tahun 2000, negara-negara maju menyumbang 57 peratus daripada jumlah R&D pertanian melalui pembiayaan awam. Bagi negara-negara membangun di Asia dan Pasifik, China dan India menyumbang 67 peratus daripada jumlah pelaburan tersebut; dan di Amerika Latin, Brazil sahaja menyumbang 45 peratus daripada jumlah keseluruhan. Di sub-Sahara Afrika, pelaburan tahunan R&D pertanian berkembang sebanyak 0.6 peratus pada 1981-2000, dengan sedikit penurunan pada tahun 1990-an (Beintema dan Elliott, 2009).

Walaupun sektor korporat swasta telah menjadi pemain besar dalam R&D pertanian, terutamanya dalam pengeluaran input kimia pertanian, jentera dan bioteknologi, sebahagian besar fokusnya hanya tertumpu kepada penyelidikan yang menguntungkan disasarkan bagi memenuhi permintaan pengguna yang kaya dan ke atas input perantaraan bagi petani berskala besar (Ervin, Glenna dan Jussaume, 2010).

Walaupun pengetahuan semasa dan teknologi pertanian menyediakan pelbagai alternatif untuk mencapai pertanian mampan, penggunaan amalan dan teknologi baharu memerlukan pelaburan tambahan dalam penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan adaptasi kepada kepelbagaian keadaan agroekologikal bagi ladang kecil-kecilan. Di samping itu, corak iklim yang berubah dengan pesat dan pasaran makanan memerlukan penyelidikan yang berterusan dan pembangunan teknologi baharu dan pengurusan tanaman. Pendidikan kebangsaan, strategi sains dan teknologi adalah penting untuk mempercepatkan pertumbuhan produktiviti dan kemampanan alam sekitar dan terdapat tiga bidang pembangunan yang perlu ditangani oleh mana-mana sains kebangsaan dan strategi teknologi untuk keselamatan makanan: penyelidikan dan pembangunan pertanian, termasuk melalui sektor swasta; bantuan teknikal yang lebih baik kepada pengusaha ladang kecil-kecilan, terutamanya melalui perkhidmatan pengembangan; dan pendidikan petani diperbaiki, termasuk mekanisme inovatif untuk pembelajaran sesama rakan petani.

Penyelidikan dan pembangunan pertanian untuk keselamatan makanan

Dalam merangka strategi kebangsaan bagi pendidikan, sains dan teknologi, ia adalah penting untuk mempunyai gambaran yang jelas tentang seni bina penyelidikan pertanian supaya dapat mengenal pasti institusi kini terlibat, kepentingan mereka, dan jenis penyelidikan yang boleh dijalankan oleh institusi. Perspektif sedemikian akan memudahkan reka bentuk insentif yang bersesuaian untuk memudahkan kerjasama yang berkesan di kalangan saintis, petani, sektor swasta korporat dan pertubuhan bukan kerajaan. Hubungan jelas antara objektif, pemain industri dan sumber akan membantu untuk memanfaatkan kapasiti yang sedia ada untuk memudahkan proses membina dinamik Sistem Inovasi Pertanian Lestari.

R&D pertanian awam untuk keselamatan makanan

Penyelidikan pertanian harus mempertimbangkan keadaan iklim, tanah dan air rantau agroekologikal yang relevan, teknologi dan pengetahuan bukan sesuatu yang mudah untuk dipindahkan di seluruh kawasan tanpa pelaburan tambahan dalam adaptasi (Pardey dan Beintema, 2001). Oleh itu, adaptasi teknologi kepada keadaan pertanian tertentu harus menjadi pusat kepada agenda institusi penyelidikan awam di negara-negara membangun.

R&D pertanian adalah contoh klasik perkhidmatan awam yang baik: dalam ketiadaan penglibatan sektor awam, pelaburan dalam R&D pertanian akan berkurangan, terutamanya di kawasan-kawasan di mana pasaran adalah kecil dan pengguna miskin (kes di negara-negara membangun adalah amat relevan dalam hal ini). Kepentingan kapasiti untuk inovasi dan penyesuaian teknologi untuk keperluan tertentu petani hsruslah diiktiraf secara meluas, tetapi perlu diperlengkapkan dan dipandu oleh R&D pertanian yang formal.

Institusi awam akan terus menjadi sumber utama R&D pertanian formal di negara-negara membangun kerana saiz ekonomik yang signifikan, skala dan skop yang dicapai dalam penyelidikan pertanian menyebabkan penyelidikan swasta bergantung kepada penyelidikan asas dan inovasi yang berasal di institusi awam (ibid.). Dengan beberapa pengecualian, institusi penyelidikan kebangsaan di negara-negara membangun kekurangan sumber yang mencukupi untuk beroperasi dengan cekap melalui prasarana yang sesuai, gaji yang kompetitif dan dana penyelidikan. Ketidakstabilan dalam belanjawan operasi menyebabkan berlaku kompromi terhadap ketelusan mereka dan keupayaan untuk beroperasi dengan cekap. Penyelidikan pertanian adalah kumulatif dan mempunyai kitaran kematangan panjang; ketakselanjaran dalam pembiayaan dan proses dokumentasi yang lemah memburukkan keadaan. Pembangunan pelbagai varieti baharu gandum, padi atau jagung, sebagai contoh, memerlukan 7-10 tahun penyelidikan pembiak bakaan (ibid.).

Peruntukan tetap sumber awam adalah penting untuk mengekalkan infrastruktur penyelidikan dan gaji yang mencukupi untuk kakitangan saintifik. Dana yang dijana secara dalaman daripada penjualan produk dan perkhidmatan (seperti benih dan perkhidmatan makmal) menjadi penting di negara-negara seperti Chile, China dan Indonesia dan boleh melengkapkan belanjawan tetap. Namun persaingan yang bertujuan untuk mendapatkan sumber-sumber dari sumber-sumber yang berbeza, yang sering didorong oleh kepentingan komersial atau oleh pilihan penderma, dan bukannya oleh kebimbangan sosial dan alam sekitar, membawa kepada kecelaruan kepada objektif penyelidikan. Sumber dana perlu dinilai dengan berhati-hati bagi membantu menghalang pemesongan penyelidikan jauh dari tumpuan kepentingan awam (Echeverría dan Beintema, 2009).

Tambahan kepada sumber-sumber kewangan yang stabil, institusi penyelidikan awam juga memerlukan perubahan radikal dalam model semasa operasi yang berbentuk herarki linear supaya mereka lebih responsif kepada keperluan petani, termasuk melalui eksperimen bersama dan pembelajaran.

Institusi penyelidikan awam juga perlu mengembangkan tatatertib tradisional mereka melalui pendekatan yang merangkumi fokus disiplin sebagai respon kepada keperluan petani yang semakin banyak. Transformasi ekonomi luar bandar yang mempunyai kepelbagaian agroeologi memerlukan kepakaran biologi, ahli agronomi, jurutera air, pemakanan, ekonomi dan saintis sosial dan politik (Lipton, 2010). Penyertaan wanita, terutama di sub-Sahara Afrika di mana wanita membentuk sebahagian besar daripada tenaga buruh pertanian juga akan menjadi kritikal untuk meningkatkan tahap perwakilan dan membuat keputusan dalam penyelidikan pertanian serta perkhidmatan pengembangan dan untuk menangani keperluan khusus mereka.

Membina kapasiti pusat penyelidikan kebangsaan awam adalah satu proses jangka panjang yang memerlukan pelaburan yang besar dan mampan dan perubahan radikal dalam budaya organisasi mereka. Kebanyakan sumber R&D pertanian di negara-negara membangun tertumpu kepada beberapa buah negara seperti Brazil, China dan India yang telah membangunkan sistem inovasi dinamik dengan kapasiti untuk melibatkan diri dalam penyelidikan ke hadapan. Dalam kes negara-negara kecil dan miskin, pengumpulan sumber-sumber untuk mengukuhkan agenda penyelidikan serantau mungkin pilihan yang paling berkesan untuk meningkatkan kapasiti kolektif mereka. Pengalaman yang diperolehi daripada kerjasama pertanian serantau dan Selatan-Selatan misalnya, perjanjian antara institusi penyelidikan Brazil dan China dan institusi penyelidikan di Afrika.


[bersambung bahagian 7]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar