Selasa, 31 Juli 2012

Gangguan Keruntuhan Koloni Lebah

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarang-sarang di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang mereka dirikan. Kemudian makanlah daripada segala jenis buah-buahan, serta turutlah jalan Tuhanmu dengan merendahkan diri. (Dengan itu) akan keluarlah daripada perutnya (lebah itu) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi kaum yang mahu berfikir.

Surah an-Nahl (lebah) Ayat 68-69
Pada 2006, penternak lebah di Amerika Syarikat melaporkan sarang lebah mereka mengalami penurunan populasi lebah yang ketara. Pelbagai andaian dan teori dibuat bagi menerangkan apa yang sedang berlaku. Antaranya lebah mengalami jangkitan virus, atau kulat, atau pepijat, atau stress dan satu lagi hipotesis yang mendapat publisiti lebah mengalami gangguan akibat gelombang talian telefon bimbit (yang mengganggu keupayaan navigasi mereka).

Penternak lebah di Pennsylvania Dave Hackenberg adalah yang pertama menarik perhatian kepada masalah Gangguan Keruntuhan Koloni (Colony Collapse Disorder), atau CCD, dan, hasilnya, dia menjadi selebriti, di kalangan mereka yang berkaitan dengan lebah. Dalam satu temuramah dengan Hackenberg pada musim bunga tahun 2007, beliau memberitahu yang dia tidak percaya bahawa pelakunya adalah virus atau kulat atau tekanan. Sebaliknya, beliau menyalahkan racun perosak kelas baharu yang dipanggil neonicotinoid.

Sejak beberapa minggu lepas, beberapa kajian baharu telah dikeluarkan menghubungkan neonicotinoid dengan penurunan lebah. Kajian-kajian ini menunjukkan perkara terdapat dalam buku "Silent Spring," benar-benar berlaku. Buku ini merupakan kajian Rachel Carson berkenaan kesan racun perosak ke atas hidupan liar, yang kini telah berusia 50 tahun; diterbitkan sebagai satu siri daripada tiga bahagian di The New Yorker, dalam Jun, 1962. Adalah sukar untuk mengelakkan rasa bahawa kita tidak belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini seperti mana yang terdapat dalam tulisan Rachel Carson.

Dalam buku “Silent Spring,” Rachel Carson menulis berkenaan racun sistemik dengan nada yang menakutkan:
The world of systemic insecticides is a weird world, surpassing the imaginings of the brothers Grimm. It is a world where the enchanted forest of the fairy tales has become a poisonous forest. It is a world where a flea bites a dog and dies… where a bee may carry poisonous nectar back to its hive and presently produce poisonous honey.

Dalam kajian baharu yang pertama, yang diterbitkan dalam talian dalam jurnal Science, saintis British menternak bumblebee daripada genus Bombus dengan memberi diet debunga, dan beberapa sampel telah dirawat dengan racun neonicotinoid yang digunakan secara meluas dipanggil imidacloprid. Koloni yang telah menerima debunga yang dirawat dengan racun ini mengalami kadar pertumbuhan yang berkurangan dan penurunan kelahiran pemaisuri baharu secara mendadak. Dalam kajian kedua, juga diterbitkan dalam Science, penyelidik Perancis memasang tag frekuensi radio kecil pada lebah madu. Lebah-lebah ini makan sukrosa yang dirawat dengan thiamethoxan, satu lagi racun neonicotinoid yang biasa digunakan. Kemudian mereka membiarkan lebah-lebah ini untuk pergi memburu. Lebah yang telah didedahkan kepada thiamethoxan adalah lebih berkemungkinan untuk tidak kembali ke sarang mereka. "Kami agak terkejut dengan kesan magnitud ini," kata seorang penulis kajian itu, Mickaël Henry, daripada Institut Penyelidikan Pertanian Kebangsaan Perancis di Avignon.

Dalam kajian ketiga yang diterbitkan dalam Bulletin of Insectology, koloni lebah madu diberi makan sirap jagung fruktosa tinggi yang telah dirawat dengan imidacloprid. Dalam tempoh enam bulan, 15 daripada 16 koloni lebah yang telah diberi sirap jagung yang dirawat ini telah mati. Dalam operasi pembiakan lebah komersial, lebah diberi makan sirap jagung, dan jagung ini secara rutin disembur dengan neonicotinoid.

"Saya percaya salah satu sebab mengapa penternak lebah komersial mengalami Gangguan Keruntuhan Koloni paling teruk adalah kerana hubungan antara sirap jagung fruktosa tinggi dan neonicotinoid," kata penulis utama kajian itu, Chensheng Lu, seorang profesor di Harvard. (Bayer CropScience, salah satu pengeluar neonicotinoid terbesar di dunia, telah mempertikaikan kertas kajian Lu, serta dua kertas yang lain).

“Sarang lebah menjadi sunyi,” kata Lu, berkenaan dengan kotak sarang lebah yang dirawat dengan racun imidacloprid. “Saya bertanya pada diri sendiri: adakah peristiwa "Silent Spring" telah berulang? Apa lagi yang kita perlukan untuk membuktikan bahawa racun ini telah menyebabkan Gangguan Keruntuhan Koloni?

Minggu, 29 Juli 2012

Ketoksikan imidacloprid kepada lebah

Imidacloprid ialah racun serangga sistemik berasaskan nikotin, yang berasal daripada kumpulan racun perosak yang dipanggil neonicotinoid. Racun ini bertindak sebagai neurotoksin kepada serangga yang bertindak mengganggu sistem saraf serangga. Secara spesifiknya, bahan kimia ini menghalang nicotinergic (sejenis reseptor dalam sistem saraf) dan menyebabkan pengumpulan acetylcholine, neurotransmitter yang penting yang menyebabkan kelumpuhan dan kematian. Imidacloprid merupakan racun serangga yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Racun ini boleh diaplikasi dengan pelbagai kaedah; rawatan tanah, disuntik ke dalam batang tanaman, disembur menggunakan penyembur konvensional, ditabur dalam bentuk granul atau formulasi cecair dan dibuat dalam rawatan biji benih. Walaupun telah tamat tempoh paten, pengeluar utama imidacloprid adalah firma kimia Jerman, Bayer CropScience. Imidacloprid dijual dengan nama dagangan seperti Gaucho, Admire, Merit, Advantage, Confidor, Provado, dan Winner.

Imidaclorprid merupakan salah satu racun yang paling toksik kepada lebah. Ini menyebabkan beberapa negara mengawal penggunaannya dan beberapa racun jenis neonicotinoid yang lain. Menurut pakar, imidacloprid mungkin telah menyebabkan kemusnahan koloni lebah yang digelar colony collapse disorder (CCD). Tahap ekstrem oral LD50 diantara 0.005 µg a.i./lebah hingga 0.07 µg a.i./lebah menjadikan imidacloropid lebih toksik kepada lebah berbanding organophosphate dimethoate (oral LD50 0.152 µg/lebah) atau pyrethroid cypermethrin (oral LD50 0.160 µg/lebah).

Imidacloprid merupakan salah satu racun yang paling toksik kepada lebah madu, Apis mellifera. Tahap ekstrem oral LD50 ialah 0.024 µg a.i./lebah. Racun ini dikatakan menyebabkan lebah dewasa tidak kembali ke sarang mereka yang akhirnya mengakibatkan gangguan kemusnahan/keruntuhan koloni lebah (CCD). Racun lain yang mempunyai tahap ketoksikan yang sama atau melebihi imidacloprid ialah Spinosad, emamectin benzoate, Fipronil, dan neonicotinoid Clothianidin, Thiamethoxam, dan Dinotefuran.

Sekumpulan lebah memasuki sarang. Gambar: Wikipedia

Bayer CropScience dalam kajian mereka menunjukkan bahawa dos maksimum imidacloprid yang mana tiada kesan buruk telah diperhatikan dalam lebah adalah 20 ppb (bahagian per billion). Bayer mendakwa bahawa tahap sisa baki biasanya di bawah 5 ppb dalam debunga dan nektar, dan berhujah bahawa imidacloprid menimbulkan risiko yang rendah kepada lebah.

Gerard Eyries, pengurus pemasaran untuk bahagian pertanian Bayer di Perancis, menyatakan bahawa kajian mengesahkan bahawa imidacloprid meninggalkan sisa baki yang kecil dalam nektar dan debunga, tetapi tiada bukti yang mengaitkan dengan penurunan dalam populasi lebah Perancis, sambil menambah, "Ia adalah mustahil untuk mempunyai sisa baki sifar. Apa yang penting ialah untuk mengetahui sama ada kuantiti yang sangat kecil yang telah didapati mempunyai kesan negatif pada lebah." Beliau juga menambah bahawa produk ini telah dijual di 70 negara dengan tiada kesan sampingan yang dilaporkan.

David Goulson dari University of Stirling dapat menunjukkan bahawa kesan akibat penggunaan imidacloprid dalam eksperimen makmal dan rumah hijau boleh diterjemahkan kepada kesan yang besar dalam ladang. Kajian mendapati bahawa lebah yang memakan racun perosak imidacloprid mengalami kemerosotan 85% dalam bilangan permaisuri dalam sarang yang dihasilkan, dan dua kali ganda bilangan lebah yang gagal untuk kembali dari perjalanan mencari makanan.

Penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam Universiti Harvard menulis bahawa kajian baharu memberikan "bukti yang meyakinkan" kaitan antara imidacloprid dan fenomena yang dikenali sebagai Gangguan Keruntuhan Koloni, Colony Collapse Disorder (CCD). Diketuai oleh penulis kajian, Chensheng (Alex) Lu, menyatakan bahawa eksperimen menunjukkan dos 20 bahagian per bilion imidacloprid (dos yang kurang daripada kepekatan lebah hadapi ketika mereka mencari makanan di tanaman yang disembur), sudah cukup untuk membawa kepada CCD di dalam 94% koloni dalam tempoh 23 minggu. Sarang lebah didapati adalah hampir kosong dan penyelidik tidak menjumpai tanda-tanda serangan virus Nosema atau hama Varroa. Terdapat dua sumber pendedahan imidacloprid kepada lebah. Pertama adalah melalui nektar pokok yang disembur dengan racun perosak itu sendiri, yang diramalkan oleh penyelidik di Universiti Stirling, UK, mempunyai impak yang meluas seperti imidacloprid didaftarkan untuk digunakan pada lebih 140 tanaman di sekurang-kurangnya 120 buah negara. Kedua ialah melalui sirap jagung fruktosa tinggi yang paling banyak digunakan oleh penternak lebah di Amerika Syarikat untuk memberi makan kepada lebah mereka. Sejak aplikasi imidacloprid terhadap tanaman jagung di Amerika Syarikat bermula pada tahun 2005 kes Gangguan Keruntuhan Koloni telah meningkat dengan ketara: dari kerugian 17% hingga 20% sepanjang tahun 1990-an kepada antara 30% dan 90% daripada koloni di Amerika Syarikat sejak 2006.

Pada bulan Mei 2012, penyelidik di Universiti San Diego mengeluarkan satu kajian yang menunjukkan bahawa lebah madu yang diberi dos yang kecil imidacloprid, setanding dengan apa yang mereka terima melalui nektar yang dahulunya dianggap sebagai amaun yang selamat, menjadi teragak-agak untuk makan nektar yang kurang manis dan lebih suka untuk makan hanya pada nektar manis. Ia juga mendapati bahawa lebah yang terdedah kepada imidacloprid kurang melakukan "tarian mengibaskan," pergerakan yang lebah gunakan untuk memberitahu rakan-rakan yang ditugaskan mencari makanan lokasi tumbuhan.

Jumat, 27 Juli 2012

Plinth

Plinth lantai
Plinth, Tips Rumah. Plinth adalah istilah untuk bagian lantai yang dipasang pada dinding secara vertikal. Sudah ada sejak jaman Romawi kuno, Plinth saat itu dipakai sebagai perlindungan bagian bawah kolom yang berbatasan lansung dengan lantai.

Plinth pada umumnya dibuat dengan tinggi 7-10 cm. Plinth dibuat agar bagian bawah dinding yang berbatasan lansung dengan lantai tidak menjadi kotor karena noda dan kelembaban terutama saat menyapu dan mengepel lantai. Selain untuk menghindari noda kotoran dan lembab, Plinth juga berfungsi untuk perlindungan dinding dari lecet karena benturan, karena bagian terbawah dinding adalah salah satu tempat yang paling rentan benturan saat menggeser dan memindahkan perbot atau furnitur.

Kadang-kadang disebut juga sebagai ubin Plinth. Istilah ini tidak cukup tepat karena material bahan Plinth saat ini tidak terbatas pada ubin saja. Plinth bisa saja dibuat dari kayu, water proofing, cat kolam, alumunium dan bahkan sampai kaca.

Selain hadir dengan fungsi dasarnya untuk melindungi lantai dari kotoran noda, kelembaban dan benturan. Plinth juga memiliki fungsi estetis sebagai border pemisah antara lantai dan dinding, dengan menggunakan permainan warna tertentu plinth bisa menimbulkan kesan kontras dan menjadi bingkai untuk lantai anda.

Pada umumnya Plinth keramik, ubin dan kayu dipasang keluar dari dinding tepat diatas lantai, karena posisinya yang keluar dari dinding, bagian sisi Plinth tidak boleh tajam.

Sebelumnya Plinth ubin dibuat dengan cara memotong ubin utuh, namun untungnya saat ini sebagian merk keramik telah menyediakan ubin keramik khusus untuk Plinth.

Anda tertarik menggunakan plinth pada lantai rumah anda?

Kamis, 26 Juli 2012

Pendekatan servis ekosistem untuk keselamatan air dan makanan

Laporan ringkas ini boleh dimuat turun di sini
Laporan penuh boleh dimuat turun di sini

Dengan pertambahan populasi dunia sebanyak 9 billion menjelang 2050, peningkatan impak perubahan iklim dan penggunaan sumber air dan ekosistem untuk pengeluaran makanan menjadikan cabaran kepada keselamatan makanan menjadi semakin meruncing. Sistem pengeluaran pertanian perlu dikenalpasti dan diuruskan bersama dengan jaringan agroekosistem yang berpotensi untuk pelbagai kegunaan. Pendekatan ini memerlukan anjakan asas dalam perspektif dan pemahaman yang lebih mendalam kepentingan ekonomi ekosistem yang besar dan sesuai dengan perkhidmatan yang mereka sediakan. Servis ekosistem perlu digunakan dengan kaedah yang mampan bagi membantu memenuhi keperluan makanan dan air kepada manusia. Sebagai contoh, agroekosistem yang diurus dengan baik bukan sahaja menyediakan makanan, serat dan produk haiwan, mereka juga menjana perkhidmatan seperti tebatan banjir, aliran masuk air bawah tanah, kawalan hakisan dan habitat tumbuh-tumbuhan, burung, ikan dan haiwan lain. Ia juga memerlukan kerjasama antara sektor, kerana melibatkan perubahan dasar dan amalan.


Syor-syor yang disintesiskan menunjuk ke arah kelestarian masa depan yang memerlukan pendekatan bersepadu bagi menguruskan agroekosistem pelbagai guna dalam landskap atau lembangan sungai. Ekosistem ini sama ada tanah lembap atau hutan, tanah gersang atau sawah padi mewakili masa depan keselamatan makanan dan daya tahan terhadap kejutan di samping menawarkan jalan ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) dan seterusnya ke hadapan.

Untuk berkongsi sumber terhad dan menghadkan alam sekitar kerosakan, ia adalah penting untuk menghadkan penggunaan air di masa hadapan. Laluan penting untuk pertumbuhan makanan yang mencukupi dengan air yang terhad adalah untuk meningkatkan produktiviti air di dalam kawasan pengairan dan luar pengairan, haiwan ternakan dan akuakultur; meningkatkan pengurusan air dalam kawasan luar pengairan yang berhasil rendah; perubahan corak penggunaan makanan dan (mungkin) membolehkan perdagangan air di antara negara yang kaya dan dan kawasan air yang terhad. Meningkatkan kecekapan penggunaan air bagi tanaman, ternakan dan pengeluaran akuatik, disamping mengekalkan fungsi sumber air dalam konteks peningkatan permintaan untuk makanan dan tenaga, adalah cabaran sebenar. Pertimbangan bagi pelbagai fungsi ekosistem dalam pengairan dan luar pengairan adalah penting, seperti tadbir urus air yang berkesan pada skala yang berbeza dan sesuai bagi membantu memastikan penggunaan sumber air yang mampan.


Laporan sintesis ini tidak datang secara berasingan. Ia juga merupakan satu sumbangan kepada kerja yang lebih luas UNEP dengan kerjasama Ekonomi Ekosistem dan Biodiversiti (TEEB) dan peralihan kepada rendah karbon, sumber cekap ekonomi hijau bagi mencapai matlamat pembangunan yang mampan.

Selasa, 24 Juli 2012

The world is closer to a food crisis than most people realise

Unless we move quickly to adopt new population, energy, and water policies, the goal of eradicating hunger will remain just that

In the early spring this year, US farmers were on their way to planting some 96m acres in corn, the most in 75 years. A warm early spring got the crop off to a great start. Analysts were predicting the largest corn harvest on record.

The United States is the leading producer and exporter of corn, the world's feedgrain. At home, corn accounts for four-fifths of the US grain harvest. Internationally, the US corn crop exceeds China's rice and wheat harvests combined. Among the big three grains – corn, wheat, and rice – corn is now the leader, with production well above that of wheat and nearly double that of rice.

The corn plant is as sensitive as it is productive. Thirsty and fast-growing, it is vulnerable to both extreme heat and drought. At elevated temperatures, the corn plant, which is normally so productive, goes into thermal shock.

As spring turned into summer, the thermometer began to rise across the corn belt. In St Louis, Missouri, in the southern corn belt, the temperature in late June and early July climbed to 100F or higher 10 days in a row. For the past several weeks, the corn belt has been blanketed with dehydrating heat.

Weekly drought maps published by the University of Nebraska show the drought-stricken area spreading across more and more of the country until, by mid-July, it engulfed virtually the entire corn belt. Soil moisture readings in the corn belt are now among the lowest ever recorded.

While temperature, rainfall, and drought serve as indirect indicators of crop growing conditions, each week the US Department of Agriculture releases a report on the actual state of the corn crop. This year the early reports were promising. On 21 May, 77% of the US corn crop was rated as good to excellent. The following week the share of the crop in this category dropped to 72%. Over the next eight weeks, it dropped to 26%, one of the lowest ratings on record. The other 74% is rated very poor to fair. And the crop is still deteriorating.

Over a span of weeks, we have seen how the more extreme weather events that come with climate change can affect food security. Since the beginning of June, corn prices have increased by nearly one half, reaching an all-time high on 19 July.

Although the world was hoping for a good US harvest to replenish dangerously low grain stocks, this is no longer on the cards. World carryover stocks of grain will fall further at the end of this crop year, making the food situation even more precarious. Food prices, already elevated, will follow the price of corn upward, quite possibly to record highs.

Not only is the current food situation deteriorating, but so is the global food system itself. We saw early signs of the unraveling in 2008 following an abrupt doubling of world grain prices. As world food prices climbed, exporting countries began restricting grain exports to keep their domestic food prices down. In response, governments of importing countries panicked. Some of them turned to buying or leasing land in other countries on which to produce food for themselves.

Welcome to the new geopolitics of food scarcity. As food supplies tighten, we are moving into a new food era, one in which it is every country for itself.

The world is in serious trouble on the food front. But there is little evidence that political leaders have yet grasped the magnitude of what is happening. The progress in reducing hunger in recent decades has been reversed. Unless we move quickly to adopt new population, energy, and water policies, the goal of eradicating hunger will remain just that.

Time is running out. The world may be much closer to an unmanageable food shortage – replete with soaring food prices, spreading food unrest, and ultimately political instability– than most people realise.

• Lester R. Brown is the president of the Earth Policy Institute and author of Full Planet, Empty Plates: The New Geopolitics of Food Scarcity, due to be published in October

Minggu, 22 Juli 2012

Ke Arah Revolusi Hijau Sebenar Untuk Keselamatan Makanan (bahagian 6)

Bersambung dari bahagian 5

Menghidupkan semula R&D pertanian

Antara cabaran keselamatan makanan adalah sokongan pelaburan yang tidak mencukupi, dan petani yang mengeluarkan makanan secara kecil-kecilan san kebanyakannya untuk penggunaan tempatan. Sejak tahun 1980-an, sokongan antarabangsa untuk penyelidikan pertanian telah menurun dan pusat penyelidikan pertanian kebangsaan telah mengurangkan program mereka bagi pengeluaran dan pengagihan benih (Dubin dan Brennan, 2009). Perbelanjaan untuk R&D pertanian di Afrika, Timur, Asia Tenggara (kecuali China) dan Tengah Timur kekal rendah (Rajah 1).

Rajah 1: Pembiayaan awam bagi penyelidikan pertanian 1981-2008

Selain itu, pelaburan R&D pertanian sebahagian besarnya hanya tertumpu di beberapa negara. Pada tahun 2000, negara-negara maju menyumbang 57 peratus daripada jumlah R&D pertanian melalui pembiayaan awam. Bagi negara-negara membangun di Asia dan Pasifik, China dan India menyumbang 67 peratus daripada jumlah pelaburan tersebut; dan di Amerika Latin, Brazil sahaja menyumbang 45 peratus daripada jumlah keseluruhan. Di sub-Sahara Afrika, pelaburan tahunan R&D pertanian berkembang sebanyak 0.6 peratus pada 1981-2000, dengan sedikit penurunan pada tahun 1990-an (Beintema dan Elliott, 2009).

Walaupun sektor korporat swasta telah menjadi pemain besar dalam R&D pertanian, terutamanya dalam pengeluaran input kimia pertanian, jentera dan bioteknologi, sebahagian besar fokusnya hanya tertumpu kepada penyelidikan yang menguntungkan disasarkan bagi memenuhi permintaan pengguna yang kaya dan ke atas input perantaraan bagi petani berskala besar (Ervin, Glenna dan Jussaume, 2010).

Walaupun pengetahuan semasa dan teknologi pertanian menyediakan pelbagai alternatif untuk mencapai pertanian mampan, penggunaan amalan dan teknologi baharu memerlukan pelaburan tambahan dalam penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan adaptasi kepada kepelbagaian keadaan agroekologikal bagi ladang kecil-kecilan. Di samping itu, corak iklim yang berubah dengan pesat dan pasaran makanan memerlukan penyelidikan yang berterusan dan pembangunan teknologi baharu dan pengurusan tanaman. Pendidikan kebangsaan, strategi sains dan teknologi adalah penting untuk mempercepatkan pertumbuhan produktiviti dan kemampanan alam sekitar dan terdapat tiga bidang pembangunan yang perlu ditangani oleh mana-mana sains kebangsaan dan strategi teknologi untuk keselamatan makanan: penyelidikan dan pembangunan pertanian, termasuk melalui sektor swasta; bantuan teknikal yang lebih baik kepada pengusaha ladang kecil-kecilan, terutamanya melalui perkhidmatan pengembangan; dan pendidikan petani diperbaiki, termasuk mekanisme inovatif untuk pembelajaran sesama rakan petani.

Penyelidikan dan pembangunan pertanian untuk keselamatan makanan

Dalam merangka strategi kebangsaan bagi pendidikan, sains dan teknologi, ia adalah penting untuk mempunyai gambaran yang jelas tentang seni bina penyelidikan pertanian supaya dapat mengenal pasti institusi kini terlibat, kepentingan mereka, dan jenis penyelidikan yang boleh dijalankan oleh institusi. Perspektif sedemikian akan memudahkan reka bentuk insentif yang bersesuaian untuk memudahkan kerjasama yang berkesan di kalangan saintis, petani, sektor swasta korporat dan pertubuhan bukan kerajaan. Hubungan jelas antara objektif, pemain industri dan sumber akan membantu untuk memanfaatkan kapasiti yang sedia ada untuk memudahkan proses membina dinamik Sistem Inovasi Pertanian Lestari.

R&D pertanian awam untuk keselamatan makanan

Penyelidikan pertanian harus mempertimbangkan keadaan iklim, tanah dan air rantau agroekologikal yang relevan, teknologi dan pengetahuan bukan sesuatu yang mudah untuk dipindahkan di seluruh kawasan tanpa pelaburan tambahan dalam adaptasi (Pardey dan Beintema, 2001). Oleh itu, adaptasi teknologi kepada keadaan pertanian tertentu harus menjadi pusat kepada agenda institusi penyelidikan awam di negara-negara membangun.

R&D pertanian adalah contoh klasik perkhidmatan awam yang baik: dalam ketiadaan penglibatan sektor awam, pelaburan dalam R&D pertanian akan berkurangan, terutamanya di kawasan-kawasan di mana pasaran adalah kecil dan pengguna miskin (kes di negara-negara membangun adalah amat relevan dalam hal ini). Kepentingan kapasiti untuk inovasi dan penyesuaian teknologi untuk keperluan tertentu petani hsruslah diiktiraf secara meluas, tetapi perlu diperlengkapkan dan dipandu oleh R&D pertanian yang formal.

Institusi awam akan terus menjadi sumber utama R&D pertanian formal di negara-negara membangun kerana saiz ekonomik yang signifikan, skala dan skop yang dicapai dalam penyelidikan pertanian menyebabkan penyelidikan swasta bergantung kepada penyelidikan asas dan inovasi yang berasal di institusi awam (ibid.). Dengan beberapa pengecualian, institusi penyelidikan kebangsaan di negara-negara membangun kekurangan sumber yang mencukupi untuk beroperasi dengan cekap melalui prasarana yang sesuai, gaji yang kompetitif dan dana penyelidikan. Ketidakstabilan dalam belanjawan operasi menyebabkan berlaku kompromi terhadap ketelusan mereka dan keupayaan untuk beroperasi dengan cekap. Penyelidikan pertanian adalah kumulatif dan mempunyai kitaran kematangan panjang; ketakselanjaran dalam pembiayaan dan proses dokumentasi yang lemah memburukkan keadaan. Pembangunan pelbagai varieti baharu gandum, padi atau jagung, sebagai contoh, memerlukan 7-10 tahun penyelidikan pembiak bakaan (ibid.).

Peruntukan tetap sumber awam adalah penting untuk mengekalkan infrastruktur penyelidikan dan gaji yang mencukupi untuk kakitangan saintifik. Dana yang dijana secara dalaman daripada penjualan produk dan perkhidmatan (seperti benih dan perkhidmatan makmal) menjadi penting di negara-negara seperti Chile, China dan Indonesia dan boleh melengkapkan belanjawan tetap. Namun persaingan yang bertujuan untuk mendapatkan sumber-sumber dari sumber-sumber yang berbeza, yang sering didorong oleh kepentingan komersial atau oleh pilihan penderma, dan bukannya oleh kebimbangan sosial dan alam sekitar, membawa kepada kecelaruan kepada objektif penyelidikan. Sumber dana perlu dinilai dengan berhati-hati bagi membantu menghalang pemesongan penyelidikan jauh dari tumpuan kepentingan awam (Echeverría dan Beintema, 2009).

Tambahan kepada sumber-sumber kewangan yang stabil, institusi penyelidikan awam juga memerlukan perubahan radikal dalam model semasa operasi yang berbentuk herarki linear supaya mereka lebih responsif kepada keperluan petani, termasuk melalui eksperimen bersama dan pembelajaran.

Institusi penyelidikan awam juga perlu mengembangkan tatatertib tradisional mereka melalui pendekatan yang merangkumi fokus disiplin sebagai respon kepada keperluan petani yang semakin banyak. Transformasi ekonomi luar bandar yang mempunyai kepelbagaian agroeologi memerlukan kepakaran biologi, ahli agronomi, jurutera air, pemakanan, ekonomi dan saintis sosial dan politik (Lipton, 2010). Penyertaan wanita, terutama di sub-Sahara Afrika di mana wanita membentuk sebahagian besar daripada tenaga buruh pertanian juga akan menjadi kritikal untuk meningkatkan tahap perwakilan dan membuat keputusan dalam penyelidikan pertanian serta perkhidmatan pengembangan dan untuk menangani keperluan khusus mereka.

Membina kapasiti pusat penyelidikan kebangsaan awam adalah satu proses jangka panjang yang memerlukan pelaburan yang besar dan mampan dan perubahan radikal dalam budaya organisasi mereka. Kebanyakan sumber R&D pertanian di negara-negara membangun tertumpu kepada beberapa buah negara seperti Brazil, China dan India yang telah membangunkan sistem inovasi dinamik dengan kapasiti untuk melibatkan diri dalam penyelidikan ke hadapan. Dalam kes negara-negara kecil dan miskin, pengumpulan sumber-sumber untuk mengukuhkan agenda penyelidikan serantau mungkin pilihan yang paling berkesan untuk meningkatkan kapasiti kolektif mereka. Pengalaman yang diperolehi daripada kerjasama pertanian serantau dan Selatan-Selatan misalnya, perjanjian antara institusi penyelidikan Brazil dan China dan institusi penyelidikan di Afrika.


[bersambung bahagian 7]

Sabtu, 21 Juli 2012

Memilih Rumah Baru atau Bekas

Memilih rumah baru atau bekas
Memilih rumah baru atau bekas sebelum membeli rumah. Di jaman sekarang ini dalam mencari rumah idaman anda, iklan perumahan banyak kita jumpai. Baik media cetak maupun dunia maya. Rumah yang ditawarkan tidak hanya rumah baru namun juga rumah yang telah dihuni sebelumnya atau rumah bekas.

Memilih rumah baru atau bekas masing-masing memiliki kelebihan maupun kekurangan yang perlu diperhatikan.

Berikut ini beberapa kelebihan dan kekurangan bagi anda yang sedang berburu rumah idaman anda dan bimbang memilih rumah baru atau bekas :

Rumah baru

Kelebihan :

  • Bahan bangunan dapat diketahui dari spesifikasi
  • Desain dan bentuk bangunan dapat dipilih sesuai dengan yang diinginkan
  • Membutuhkan biaya penyempurnaan yang sedikit
  • Lebih mudah dirawat
  • Fasilitas lingkungan baru
  • Pembelian lebih murah. hanya ke pengembangan dan bank, atau membeli langsung dari penjual secara tunai.
  • Nilai investasi baik.

Kekurangan :

  • Lokasinya cendrung jauh dari pusat aktivitas
  • Saat membeli, bangunan belum berdiri.
  • Lingkungan baru biasanya belum terbentuk dan membutuhkan waktu lumayan lama untuk benar-benar hidup.
  • Fasilitas umum dan kawasan bisnis belum tentu tersedia
  • Pajak relatif lebih mahal.
  • Resiko inverstasi lebih besar.
  • Sosialisasi belum berjalan normal.

Rumah bekas

Kelebihan :

  • Bangunan sudah berdiri
  • Lingkungan sosial sudah terbentuk
  • Infrastruktur kawasan sudah tersedia.
  • Harga bangunan dan rumah dapat ditawar, terutama jika pemilik butuh uang
  • Bangunan dapat langsung ditempati setelah transaksi.
  • Pajak relatif lebih murah
  • Resiko investasi kecil
  • Pembeli lebih cepat beradaptasi dikarenakan fasilitas yang sudah ada

Kekurangan :

  • Tidak banyak pilihan pada tipe, lokasi, harga jual. 
  • Desain banguan sudah ketinggalan zaman
  • Mengeluarkan biaya perbaikan dan perawatan.
  • Dibutuhkan renovasi untuk mengubahnya.
  • Kekuatan kontruksi rumah jika suidah melebihi 20 tahun akan menurun.
  • Nilai bangunan munurun dalam waktu 20 tahun
  • Pembeliannya sedikit lebih rumit daripada rumah baru, dikarenakan sertifikat serta legalitas tanah dan bangunan perlu dicek terlebih dahulu. 
Selamat berburu rumah idaman anda dan memilih rumah baru atau bekas anda.
3EWDUKE475GY

Jumat, 20 Juli 2012

Zakat fitrah dan sedekah jariah di bulan Ramadhan

21 Julai - 1 Ramadhan 1433H. Syukur kerana kita telah dipertemukan Allah swt dengan Ramadhan tahun ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang dimuliakan oleh Allah swt kerana di sepanjang bulan Ramadhan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu-pintu neraka ditutup. Ganjaran pahala kurniaan Allah swt untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan pembebasan diri dari azab neraka. Pada bulan ini Allah menurunkan lailatul qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan. Di dalamnya penuh keberkatan dan kesejahteraan sampai terbit fajar.

Ada lima keistimewaan bagi umat Nabi Muhammad saw pada bulan Ramadhan. Pertama, Allah swt datang melihat mereka, jika ini yang terjadi maka untuk selamanya dia tidak disentuh azab. Kedua, bau mulut mereka bagaikan minyak kasturi. Ketiga, para malaikat memohonkan keampunan siang dan malam untuknya. Keempat, Allah memerintahkan syurga menghiasi diri sebagai balasan orang yang puasa. Kelima, pada akhir bulan Ramadhan Allah mengampuni dosa mereka semua.

Selain kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan, umat Islam juga diwajibkan berzakat iaitu zakat fitrah. Zakat itu ibarat baja yang menyuburkan harta. Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu.

Bahan makanan yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya. Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/8 cupak malaysia atau 3 liter atau 2.56 kilogram.

Diriwayatkan oleh As-syaikhani dari Ibnu Umar r.a beliau berkata yang bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sa' kurma atau satu sa' gandum keatas setiap orang yang merdeka, hamba lelaki atau perempuan, besar atau kecil dari kaum muslimin."

Hikmah disyariatkan zakat fitrah
  1. Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara (percakapan/perbuatan) yang lagha dan tidak ada manfaat."
  2. Zakat dapat memenuhi keperluan orang-orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah saw yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud: "Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini."  
  3. Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah.
  4. Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal.

Hikmah berzakat
  1. Dapat mensucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat mazmuzah (tercela) seperti kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, mementingkan diri sendiri, cintakan dunia dan sebagainya.
  2. Membentuk akhlak mahmudah (mulia) seperti infaq, sedekah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang tidak bernasib baik dan miskin dan sebagainya.
  3. Mengembangkan harta dan mensucikannya.
  4. Merupakan manifestasi terbesar kesyukuran diatas nikmat Allah Yang Maha Kaya.

Bersedekah

Disamping itu juga, umat Islam digalakkan memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan. Umum mengetahui satu hadis sahih yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Firman Allah SWT :

Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. ( Al-Hadid:18)

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh biji, pada tiap-tiap biji itu pula ditumbuhkan lagi dengan seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah: 261)

Bersedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana sabda Rasulullah; “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis riwayat Tirmidzi, di sahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614). Diampuninya dosa dengan sebab sedekah di sini tentu sahaja perlu disertai taubat atas dosa yang dilakukan.

Bersedekah merupakan salah satu amalan yang menghidupkan Ramadhan. Memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan merupakan amalan kesukaan Nabi Muhammad saw. Marilah kita semua mempertingkatkan amalan ibadah serta bersedekah semoga kita semua beroleh rahmat Allah swt di bulan Ramadhan ini.

Rabu, 18 Juli 2012

National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-visiting IPM

National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-visiting IPM

Download brochure
Download registration form
Hotel and Accommodation

Enquiry: ipmworkshop@srimas.org or +6 012 537 1623 (Miss Ju Li Tan)

Date:
12-13 September 2012

Venue:
Dewan Tun Abdullah Salleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi


View Larger Map

Details at: IPM Workshop

Kamis, 12 Juli 2012

Superweed - ancaman kepada keselamatan makanan


Superweed (rumpai super) adalah terma yang digunakan bagi menggambarkan rumpai yang resistan kepada racun. Superweed merupakan tumbuhan hibrid yang mengandungi gen untuk resistan kepada racun: dihasilkan secara tidak sengaja oleh kacukan silang diantara tanaman yang diubahsuai secara genetik dengan tumbuhan liar.



Superweed kini merupakan ancaman terbesar dalam industri pengeluaran makanan

Superweed yang resistan kepada racun perosak mengancam ladang tanaman di dunia amnya dan Amerika Syarikat khususnya dalam kadar yang terlalu pantas. Pada hari ini, dianggarkan 12 juta ekar tanaman makanan di AS menghadapi masalah superweed. Ini menyebabkan generasi tumbuhan baharu mempunyai genetik untuk menahan dos berganda serta tambahan toksik bahan kimia di dalam racun pembunuh rumpai.

Rumpai ini boleh pergi setapak lagi daripada sekadar mampu bertahan satu atau dua atau tiga jenis racun pembunuh rumpai tertentu. Tekanan kimia yang sengit boleh menyebabkan mereka berubah untuk beradaptasi dan membina kerintangan kepada semua kelas bahan kimia.

"Jenis rintangan yang dipilih oleh tumbuhan ini akan berbeza daripada apa yang kita lihat pada masa lalu," kata pakar agroekologi Bruce Maxwell dari Montana State University. "Tumbuhan akan memilih jenis rintangan yang lebih berasaskan metabolisma, dan mungkin menjadi rintang kepada semua jenis racun rumpai."

Superweed dilihat sebagai wabak yang cepat merebak yang mampu mengambil alih tanah ladang AS tidak lama lagi dan sukar untuk dihentikan dengan mudah; dan petani dan pegawai-pegawai kerajaan perlu mengubah amalan sedia ada jika pengeluaran makanan hendak dilindungi, menurut pakar industri. "Ini adalah masalah yang kompleks," kata saintis rumpai David Shaw dalam ucapan Sidang Kemuncak Kebangsaan Pakar Rumpai di Washington yang merumuskan satu pelan untuk mengatasi masalah superweed.

Generasi baharu tanaman bioteknologi mencetuskan kontroversi kepada Jabatan Pertanian AS (USDA) apabila Dow memperkenalkan jagung yang "dikurniakan" dengan gen yang membolehkan ia bertolak ansur dengan racun glifosat pada dos yang tinggi yang dikenali sebagai Roundup dan racun 2,4-D.

Kembali kepada pertengahan tahun 1990-an, apabila Roundup-ready seed membenarkan petani untuk menyembur racun Roundup terus ke ladang tanpa perlu takut ia akan merosakkan tanaman, 2,4-D dan lain-lain bahan kimia menjadi tidak popular. Mereka adalah lebih toksik dan kurang berkesan daripada glifosat dan petani dengan senang hati menggantikan mereka dengan rawatan tunggal Roundup bagi semua kegunaaan.

Tanaman yang dicipta untuk bertahan glifosat (Roundup-ready variety) yang dicipta oleh Monsanto kini terdiri daripada 94 peratus kacang soya, 73 peratus daripada kapas, dan 72 peratus daripada jagung yang ditanam di AS. Glifosat diaplikasikan pada kadar tujuh kali lebih tinggi daripada semua racun herba lain yang digabungkan dalam ladang kacang soya dan 1.6 kali kadar dalam ladang kapas, menurut Cropnosis sebuah syarikat perunding pertanian.

Bagi tanaman padi, tiga syarikat gergasi kimia pertanian mencipta varieti padi yang resistan kepada racun. Monsanto pada 2000-2001 telah memperkenalkan Roundup Ready rice, yang resistan kepada glifosat (Roundup). Bayer memperkenalkan LibertyLink rice yang merupakan padi transgenik yang mempunyai kerintangan kepada glufosinate (Libertylink). BASF mengeluarkan produk yang popular kini iaitu Clearfield (kod nama IMITR - imidazolinone tolerant rice) yang dihasilkan melalui proses mutagenesis dengan kaedah kacukan silang. Clearfield rice resistan kepada racun imidazolinone (nama dagangan: On Duty).

Di AS, sebanyak 20 tanaman ubahsuaian genetik berada di bawah pertimbangan peraturan persekutuan, dimana 13 daripadanya direka untuk menentang pelbagai jenis racun rumpai. Mereka mencadangkan pada masa depan di mana lebih banyak tanah ladang dirawat dengan racun rumpai dalam dos yang semakin tinggi, dan telah dikritik oleh para aktivis dan penyelidik yang bimbang mengenai bahaya bahan kimia kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

"Kerintangan berlaku, terutamanya apabila wujud tekanan pemilihan kepada tumbuhan; sebahagian besarnya dari satu atau dua taktik untuk mengatasi bahan kimia racun perosak," kata ahli ekologi rumpai Daud Mortensen dari Penn State University. "Tumbuhan diprogramkan untuk melindungi diri mereka dari sebatian memudaratkan dalam beberapa cara yang menarik."

Januari lalu, Mortensen dan Maxwell bersama menulis "Navigating a Critical Juncture for Sustainable Weed Management," yang menerangkan dua kaedah bagaimana superweed terhasil.

Pertama, selepas mutasi genetik membantu enzim rumpai memecahkan komponen sebatian kimia tertentu daripada racun rumpai A atau mencegah bahan kimia daripada memasuki sel-sel, tumbuhan tersebut melakukan kacukan silang dengan tumbuhan yang lain yang resistan kepada racun rumpai B. Keturunannya mewarisi kedua-dua pertahanan (A+B).

Kira-kira 108 strain daripada 38 spesies rumpai telah menjadi resistan kepada pelbagai jenis racun rumpai. Adaptasi ini jauh lebih sukar untuk dikendalikan, kata Mortensen dan Maxwell.


Jumlah global bagi populasi rumpai yang resistan kepada dua atau lebih jenis racun rumpai. Gambar: Mortensen et al./BioScience

Tumbuhan boleh menjalani perubahan dalam bagaimana mereka menyahtoksik sendiri atau menjalankan proses metabolisme bagi penguraian bahan-bahan asing, menjadikannya lebih cekap membuang toksin atau toksin tersebut tersangkut di dalam struktur sel pembendung yang dipanggil vacuoles. Penyesuaian yang terhasil menyediakan pertahanan spektrum luas terhadap bahan kimia yang banyak, bukan hanya mereka yang mengalami mutasi.

Penambahbaikan kepada sistem kerintangan tidak berlaku dengan mudah, memerlukan mutasi yang banyak dan sering menjejaskan kadar pertumbuhan dan kesihatan am tumbuhan. Tetapi Mortensen dan Maxwell mengatakan bahawa, secara paradoks, peningkatan penggunaan racun rumpai berganda secara serentak akan menjadikan mereka lebih cenderung untuk mewujudkan kerintangan.

Dalam ladang yang dirawat dengan satu racun rumpai, sebagai contoh, rumpai memperlahankan pertumbuhannya untuk menjana kerintangan metabolik yang lebih baik. Tetapi jika ladang yang dirawat dengan racun rumpai yang pelbagai, rumpai yang spesifik akan terhapus, meninggalkan mutan metabolik untuk bersaing dengan satu sama lain. Ekstrapolasi dinamik ini yang berlaku di kawasan yang luas, tahun demi tahun, memberi implikasi yang dahsyat. Walaupun situasi ini jarang berlaku, pakar rumpai tidak memandang rendah terhadap potensi rumpai ini.


Maklumat pada pakej benih jagung Pioneer yang mempunyai kerintangan kepada racun rumpai dan racun serangga. (Orin Hargraves/Flickr)

Di Australia, penyelidik telah mengenal pasti strain Lolium, rumpai yang biasa dikenali sebagai ryegrass, dengan penyesuaian detoksifikasi yang memberi kerintangan kepada tujuh mod tindakan racun rumpai yang berbeza. Penyesuaian ini dibangunkan secara semulajadi dan bukannya sebagai akibat daripada penggunaan racun rumpai, tetapi menunjukkan petanda ia boleh dilakukan.

Kesan kerintangan ini tidak dapat disambungkan kepada tekanan racun rumpai, Maxwell berpendapat ia mungkin tidak dapat dikesan kerana rumpai yang disembur akan kelihatan layu dan hampir mati. Mereka yang mencari rumpai dengan ketahanan semulajadi memberi tumpuan kepada strain yang kelihatan sihat. Maxwell mencadangkan persampelan dibuat dengan mengambilkira rumpai yang terjejas oleh racun kerana menurut beliau; "jenis rintangan lain yang tidak meyakinkan wujud di dalam tumbuhan. Mutan ini adalah di luar sana. Mereka menjadi lebih kerap. Tidak lama selepas itu, jika kita mula pensampelan dengan betul, kita akan menemui mereka dengan lebih kerap."

Ketika penggunaan racun rumpai pengganti meningkat, begitu juga risiko membunuh tanaman berdekatan secara tidak sengaja. Ketika musim panas, aplikasi racun rumpai Dicamba (BASF) dan 2,4-D (Dow) kedua-dua cenderung untuk meruapkan, menukar bahan kimia ke dalam wap yang boleh hanyut ke tanah yang berdekatan. (Volatiliti bukan suatu masalah dengan glifosat, yang juga kurang memberi ancaman kepada air daripada racun rumpai lain kerana ia mengikat kepada tanah). Itulah risiko yang besar untuk tanaman berturut-turut, seperti anggur, sayur-sayuran, dan bunga. Untuk menangani kebimbangan ini, Dow telah mencipta 2,4-D yang kurang meruap - mengkehendaki racun diaplikasi bersama benih sebagai satu pakej, kata Tim Hassinger, Naib Presiden Perniagaan Tanaman Global Dow. BASF juga sedang membangunkan produk Dicamba yang kurang meruap untuk disesuaikan dengan produk tanaman Monsanto, kata Nevin McDougall, Naib Presiden Kanan BASF. Dari kaca mata penganalisa pertanian, kerintangan rumpai kepada Roundup membuka peluang syarikat lain seperti Dow, Dupont, Bayer, BASF dan Syngenta menghidupkan semula produk lama mereka untuk bersaing dengan Monsanto.

Stephen Powles Pengarah Australian Herbicide Resistance Initiative dianggap sebagai salah seorang daripada pakar-pakar terkemuka di dunia pada kerintangan racun rumpai berkata, "adalah tidak mungkin bagi racun perosak menekan evolusi tumbuhan kepada pembangunan gen yang resistan kerana mutasi merupakan proses yang terlalu rumit." Tetapi Pat Tranel dari University of Illinois, pakar kerintangan racun rumpai terkemuka, berkata "ia (kerintangan kepada racun) kelihatan munasabah. Idea corak kerintangan luas telahpun didokumenkan."

"Ia benar-benar sukar untuk meramalkan apakah rintangan balas anda akan dapat jika anda menggunakan tanaman yang resistan secara besar-besaran dan menggunakannya setiap tahun, seperti yang dilakukan dengan tanaman yang resistan kepada glifosat, kerana anda akan lebih cenderung untuk mendapatkan rintangan metabolik, "kata pakar fisiologi tumbuhan USDA Stephen Duke. "Ia membuatkan evolusi (kerintangan kepada racun rumpai) yang akan berlaku menjadi lebih mudah."

Pakar mencadangkan tanaman yang resistan kepada racun tidak digunakan berulang kali - musim ke musim dan tahun ke tahun. Kerintangan akan lebih mudah terjadi dalam amalan mono kultur seperti tanaman padi, jagung, kacang soya dan gandum. Duke memberi amaran bahawa sukar untuk menyatakan berapa lama masa yang diambil untuk rintangan metabolik berkembang. Beliau menambah, apabila rintangan metabolik terhasil, amat sukar untuk mengatasinya.

"Hanya kerana tumbuhan menghasilkan rintangan metabolik tidak bermakna ia secara automatik akan menjadi resistan kepada semua racun rumpai. Masih ada perbezaan dari segi keupayaan untuk menangani bahan kimia yang berbeza, kata Mark Peterson dari Dow Agro Science.

Peterson mempertahankan pendekatan yang digunakan Enlist (racun rumpai keluaran Dow), dan berkata evolusi rumpai berpandukan bagaimana racun rumpai digunakan, tanpa mengira sama ada tanaman konvensional atau tanaman yang resistan. "Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan segala peralatan dalam kotak alatan, sama ada ia racun rumpai yang berbeza atau racun rumpai dalam bentuk kombinasi dengan amalan yang lain yang akan menyukarkan rumpai untuk membentuk kerintangan" kata Peterson.

Reformis pertanian industri mengesyorkan apa yang dikenali sebagai pengurusan rumpai bersepadu, satu set taktik kitaran penanaman yang diubahsuai, penggunaan herbisid yang bijak, pilihan benih yang khusus pada lokasi - bertujuan untuk mengawal rumpai dengan kos kepada alam sekitar yang minima. Kerana teknik kawalan rumpai akan berbeza-beza di antara tahun dan musim, rintangan akan berubah secara perlahan-lahan.


Penggunaan racun rumpai dalam tanaman kacang soya di Amerika Syarikat. Gambar: Mortensen et al./BioScience

"Sebagai ahli agronomi dan petani, kita telah melupakan prinsip asas kawalan perosak bersepadu dan pengurusan," kata James Gray, pengarah eksekutif pertanian industri menyokong Pasukan Petugas 2,4-D. Menurut Gray, industri telah mengambil iktibar akibat kebergantungan kepada glifosat, dan Dow akan membuat pengurusan rumpai bersepadu sebagai sebahagian daripada sistem Enlist.

"Akan ada usaha untuk mengingatkan pengamal untuk memikirkan mekanisme terbaik bagi setiap ladang dan tidak hanya bergantung kepada penggunaan yang berubah-ubah dari satu racun rumpai kepada racun rumpai yang lain," katanya. "Adalah penting untuk kami menguruskan penggunaan yang wajar bagi sebatian ini."

Buat masa ini, bagaimanapun, penyelidik bukan industri kelihatan sangsi dengan perubahan syarikat korporat ini.

Maxwell dan Mortensen menyedari penyelidikan pertanian dan industri berat yang berat sebelah ke arah penyelesaian berasaskan racun rumpai, dengan pengaruh yang boleh diramal kepada penyelidik akademik dan kerajaan yang sering bergantung kepada sokongan industri. Satu survey yang dijalankan oleh penyelidik saintis rumpai menemui bagi setiap dua orang yang bekerja bagi racun rumpai, hanya seorang bekerja mengkaji pendekatan kawalan bersepadu.

"Terus terang, mereka tidak mendapat wang apabila mereka memperkenalkan strategi kawalan bersepadu," kata Tranel. "Monsanto atau Syngenta tidak lagi membuat wang daripada seorang petani yang menanam tanaman penutup bumi. Paradigma semasa kami begitu banyak bergantung kepada racun kimia. Itulah alat yang kita gunakan, yang paling kos efektif sekarang. Sehingga masalah ini (resistan kepada racun rumpai) belum wujud, mereka akan terus bergantung kepada racun kimia dan tidak akan beralih".

Tips Menata Rumah Mungil

Tips cara menata rumah mungil
Tips Menata Rumah Mungil. Jika memiliki rumah mungil (biasanya benar-benar dengan desain rumah minimalis) bukan berarti anda tidak bisa membuat rumah tersebut menjadi rumah yang nyaman. Rumah mungil dapat dibuat menjadi terasa lapang dan nyaman jika anda mengetahui kiat-kiat Tips Menata Rumah Mungil.

Tips Rumah mendasar untuk cara Menata Rumah Mungil dengan lahan yang sempit adalah anda harus mencermati pembagian dari ruangan berdasarkan funsinya dan konsisten dengan fungsi tersebut dalam menata ruangan, perabot dan furnitur.

Berikut beberapa Tips Menata Rumah Mungil yang bisa dilakukan adalah :

1. Manfaatkan ruangan seefisien mungkin. Cermati ruangan-ruangan yang kosong di dalam rumah dengan memanfaatkan rungan tersebut untuk meletakkan barang, misalnya ruangan pada bawah tangga, anda dapat menjadikannya lemari, atau bofet.

2. Pencahayaan harus diperhatikan. Ruangan yang terang akan terasa lapang, Sinar lampu yang baik digunakan adalah kuning dan putih, lampu berwarna kuning dapat memberikan kesan hangat alami dan romantis sedangkan lampu berwarna putih memberikan kesan formal, luas dan bersahabat. selain itu perhatikan juga jarak dan penempatan lampu pada setiap ruangan rumah.

3. Atur letak jendela dan gunakan kaca yang tepat. Pilih jendela dengan ukuran tidak besar, dipasang dengan posisi tepat untuk menyuplai cahaya, memberi kesan hangat, dan membantu sirkulasi udara. gunakan kaca yang tidak bermotif.

4, Pilih cat dinding dengan warna terang. jika memilih cat berwarna gelap akan memberi kesan sempit. Jika menyukai dinding dengan pemakaian wallpaper, pilihlah dengan motif yang tidak terkesan berat misalnya garis-garis dan kotak-kotak yang kecil atau tipis agar mata tidak merasa cepat jenuh.

5. Bila memiliki rumah dengan dua lantai sebaiknya tangga yang digunakan dengan bahan yang terkesan ringan agar tidak menimbulkan kesan sempit pada ruangan.

6. Dalam memilih furnitur sebaiknya pilih dengan desain sederhana dan warna yang terkesan lembut dengan tujuan menghasilkan efek luas dan ringan. agar terlihat natural masukkan tanaman dalam pot atau bunga pada ruangan.

7. Pakailan cermin yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu banyak pada sudut tertentu didalam rumah agar ruangan terkesan luas.

Sekian Tips Rumah Menata Rumah Mungil dari Tips Seputar Rumah.

Sabtu, 07 Juli 2012

Infografik: Apa yang anda tahu tentang beras?

Beras adalah bijirin yang menjadi makanan ruji bagi penduduk di negara ini dan Asia Tenggara. Apa yang anda tahu tentang beras yang menjadi menu harian anda? Infografik ini memberi gambaran berkenaan beras yang kita makan setiap hari.