Minggu, 20 Mei 2012

SRI LOVELY Sik Kedah (bahagian 1)

19 Mei 2012 - Perjalanan melihat padi SRI di Lintang Organic Valley (LOVELY) di Kampung Belantek, Sik, Kedah. Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam dari Kuala Selangor. Mak Tam ada mencerita serba sedikit berkenaan Lembah Organik Sik di blog beliau di sini dan di sini. Memandangkan ini kali pertama perjalanan saya ke sini, hanya bantuan GPS sahaja yang diharapkan. Talian telefon tiada di sana, jika sesat jalan, rajin-rajinlah bertanya orang kampung. Saya berjaya sampai di LOVELY, Sik pada jam 6.00 petang.

Kami bersama SRI LOVELY meraikan kegigihan pejuang SRI di sana. Pelbagai anugerah telah dimenangi oleh SRI LOVELY dan yang paling baharu SRI LOVELY bersama UUM telah memenangi pingat emas untuk projek mereka "Innovation In Green Technology: Case In Rural Area at Lovely Farm (SRI LOVELY)" dalam The 23rd International Invention, Innovation and Technology Exhibition yang diadakan di KLCC, Kuala Lumpur.

Google Map - SRI Lovely tiada dalam peta, cuma koordinat sahaja.

Dari Lebuhraya PLUS, menghala ke exit Gurun/Sik.

Kordinat GPS LOVELY, Sik.

Selamat datang ke Sik Lovely. Di belakang adalah chalet penginapan.

Tuan Haji Marzuki Mat Zain dan Kapt (B) Zakaria Kamantasha menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra. Rombongan dari UKM tiba sekitar jam 6.30 petang manakala Mak Tam, Dr. Anizan, Dr Anni dan Prof Maimon tiba jam 9.00 malam.

Sawah organik SRI LOVELY yang ditanam dengan varieti MR263.


[bersambung bahagian 2]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar