Jumat, 03 Juni 2011

Keracunan ferum pada tanah sawah

"Tambiazana," dalam bahasa Malagasy (bahasa utama Madagascar) bermaksud kepingan bewarna perang kemerahan yang terapung di dalam sawah padi. Kita biasa melihat kepingan-kepingan ini terapung di sudut-sudut sawah setelah beberapa hari air dinaikkan. Air dalam sawah akan kelihatan "berkarat".




Kepingan atau karat ini sebenarnya merupakan indikator tanah kekurangan oksigen dan kalsium. Memandangkan kalsium merupakan nutrien mikro dan tidak diperlukan dalam jumlah yang banyak, keracunan ferum sangat signifikan kepada kekurangan oksigen dalam tanah. Tanah yang kekurangan oksigen akan menjadi "faktor pengurang" dan zat besi (ferum) di dalam tanah akan menjadi toksik. Ketoksikan ferum akan bertambah buruk jika tanah sawah terdiri daripada kandungan gambut yang tinggi. Amalan merendam tanah di dalam air didapati mengurangkan oksigen dan mengakibatkan ketoksikan ferum. Tanah secara semulajadi memerlukan pengudaraan yang cukup bagi memberikan produktiviti yang baik. Ketoksikan ferum akan menyebabkan kematian anak benih, mengganggu fisiologi tanaman padi dan mengurangkan pembentukan akar disamping mengurangkan nutrien penting seperti potassium (K) dalam tanah. 

Pengairan dengan air yang kurang


Kaedah terbaik bagi mengurangkan ketoksidan ferum dalam tanah ialah mengurangkan air. Tanaman padi tidak memerlukan standing water yang tinggi. Tanaman padi dengan kaedah SRI mempromosikan tanaman padi dalam keadaan tanah yang sekadar lembab atau tepu air sahaja. Ini akan memberi pengudaraan yang cukup kepada tanah disamping menjimatkan penggunaan sumber air.


Satu lagi kaedah dalam mengurangkan insiden ketoksidan ferum ialah penggunaan paip yang kecil dari palung/taliair bagi memastikan air yang disalur masuk mendapat pengudaraan. Ban sawah tidak perlu dibina terlalu tinggi supaya aras air dapat dikawal jika hujan turun. Petani perlu mengawal paras air dan hanya menyalurkan air cukup sekadar keperluan tanaman.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar