Kamis, 27 Oktober 2011

Pulangan yang Berkurangan

Dalam entri sebelum ini ada dibincangkan secara ringkas berkaitan dengan inflasi tolakan kos. Peningkatan kos pengeluaran yang tinggi semakin membimbangkan petani kerana kos yang tinggi akan mengurangkan pendapatan mereka. Dalam ekonomi, faktor ini disebut sebagai Hukum Pulangan Berkurangan; The Law of Diminishing Returns.

Dalam ekonomi, pulangan berkurangan (juga dipanggil pulangan marginal berkurangan) adalah pengurangan dalam margin (seunit) output daripada proses pengeluaran sebagai jumlah satu faktor pengeluaran tunggal meningkat, manakala jumlah faktor-faktor pengeluaran lain kekal malar. Hukum pulangan berkurangan (juga hukum mengurangkan pulangan marginal atau mana-mana hukum meningkatkan kos relatif) menyatakan bahawa dalam semua proses produktif, sambil menambah lebih daripada satu faktor pengeluaran, sementara yang lain malar, pada satu masa nanti akan menghasilkan setiap unit pulangan lebih rendah. Hukum pulangan berkurangan tidak membayangkan bahawa menambah lebih banyak faktor akan mengurangkan jumlah pengeluaran, keadaan yang dikenali sebagai pulangan negatif, walaupun sebenarnya, ini adalah perkara biasa. Jumlah pengeluaran biasanya bertambah, tetapi kos pengeluaran yang tinggi akan mengurangkan margin dan keuntungan per unit output.

Sebagai contoh, penggunaan baja meningkatkan pengeluaran hasil tanaman, tetapi pada suatu tahap, menambah lebih banyak baja tidak akan meningkatkan hasil, dan kuantiti yang berlebihan juga boleh mengurangkan hasil. Satu lagi contoh ialah di kilang pemasangan kenderaan, menambah lebih ramai pekerja menyebabkan masalah seperti menunggu bahagian komponen kenderaan untuk dipasang, atau pekerja seringkali menunggu untuk akses ke bahagian lain. Dalam semua proses ini, menghasilkan satu unit pengeluaran per unit masa akhirnya meningkatkan kos, kerana input yang digunakan kurang cekap dan kurang berkesan.

Hukum pulangan berkurangan adalah salah satu hukum yang paling terkenal dalam ekonomi dan memainkan peranan utama dalam teori pengeluaran.

Kajian kes di kawasan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam

Kajian kes yang dijalankan di Sekinchan memberi fokus kepada pulangan hasil dan pendapatan petani. 87 sampel diambil (65 lelaki dan 22 perempuan) dan kos pengeluaran beserta hasil pengeluaran direkodkan. Kajian Sosioekonomi Petani Barat Laut Selangor 2010 akan dijadikan panduan dan rujukan asas. Data kos pengeluaran dan pendapatan petani Sekinchan akan dibandingkan dengan kos pengeluaran 2007 hingga 2010.

Carta 1 : Purata hasil padi Sekinchan (tan/ha) dari tahun 2007 hingga 2010.


Carta 2 : Kos pengeluaran padi sehektar dari tahun 2007 hingga 2010. Kenaikan mendadak kos pengeluaran pada tahun 2008 disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan kos-kos lain.



Carta 3 : Pecahan kos pengeluaran. Input baja dan racun (termasuk racun rumpai, serangga, tikus, siput dan kulat) merangkumi 51% jumlah kos pengeluaran.


Carta 4 : Pendapatan bulanan bersih petani Sekinchan bagi 1 hektar sawah

* Faktor harga padi memainkan peranan yang penting kepada pendapatan petani. Harga padi pada tahun 2007 di Sekinchan sekitar RM 1,100.00 hingga 1,150.00 bagi setiap tan. Menjelang tahun 2008, harga padi naik kepada RM 1,250.00 bagi setiap tan dan kekal sehingga kini.

* Data pendapatan bulanan petani bagi petani yang mengusahakan sendiri tanah sawah.

Andaian awal yang dibuat ialah rata-rata hasil petani di Sekinchan telah mencapai tahap maksimum pengeluaran padi. Menambahkan input dalam bentuk baja atau racun tidak akan memberi perubahan hasil yang signifikan mahupun menambahkan pendapatan petani. Trend pendapatan didapati mulai menurun kerana pertambahan kos pengeluaran, sedangkan harga padi kekal malar. Apa yang dibimbangi ialah petani di Sekinchan akan sampai pada suatu tahap pulangan negatif - menambah input hanya akan mengurangkan hasil padi dan pendapatan petani.


Output Table

 Jadual 1 : Purata kos pengeluaran sehektar

Jadual 2 : Purata pendapatan sebulan



Jadual 3 : Purata kos pengeluaran tahun 2010 (tidak termasuk subsidi)

Kos input (baja dan racun) dan kos upah yang tinggi menyebabkan kenaikan kos pengeluaran padi. Jadual 3 menunjukkan kos pengeluaran purata tahun 2010 bagi petani yang mengusahakan sendiri sawah mereka. Bagi yang menyewa sawah, kadar sewaan sawah di Sekinchan kini menjangkau RM 5,000.00 semusim.


[bersambung - Padi Selangor: Economies of scale and returns to scale]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar