Sabtu, 08 Oktober 2011

Hawar Daun Bakteria

Hawar daun bakteria (bacterial leaf blight) merupakan penyakit bawaan bakteria Xanthomonas oryzae pv. oryzae (Ishiyama) Swings et al.

Hos utama : Padi, spesis padi liar (Oryza sativa, O. rufipogon, O. australiensis), dan rumpai, Leersia oryzoides and Zizania latifolia di kawasan suhu sederhana, Leptochloa spp. dan Cyperus spp. di kawasan tropika.

Simptom : Bintik kecil yang meresap air muncul pada hujung dan margin daun yang dewasa, dan seterusnya merebak di sepanjang urat daun, membentuk klorotik dan seterusnya nekrotik berbentuk bujur, berwarna putih atau kelabu bermula dengan hujung daun dan merebak di sepanjang urat dan margin daun menyebabkan daun menjadi kering. Serangan yang teruk menyebabkan daun cepat menjadi kering dan daun berubah menjadi warna kelabu akibat pertumbuhan kulat saprofitik. Panikel biji menjadi tidak berisi tetapi tidak terbantut. Penyakit hawar daun bakteria dan penyakit jalur daun bakteria (bacterial leaf streak) boleh terjadi bersama dan sukar untuk dibezakan. Gambar kanan : Simptom serangan penyakit hawar daun bakteria (http://www.knowledgebank.irri.org).

Kerosakan : Pokok menjadi layu, daun menjadi kekuningan dan kering, mengurangkan hasil.

Kitaran hidup : Bakteria masuk melalui hydathodes di hujung atau margin daun, kemudian membiak dan berkembang dalam ruangan intercellular dan merebak melalui xilem. Ini adalah berbeza dengan pencerobohan dan perkembangan bakteria X. oryzae.pv. oryzicola yang menyebabkan penyakit jalur daun bakteria. Bakteria boleh masuk ke dalam pokok melalui luka atau bukaan lain. Bakteria bergerak menegak dan selari di sepanjang urat dan ooze keluar dari hydathodes, seperti manik pada permukaan daun. Suhu panas dan lembab mempercepatkan jangkitan. Angin dan hujan boleh menyebarkan bakteria, musim tengkujuh adalah masa terburuk untuk jangkitan. Tunggul jerami yang tercemar, biji benih atau anak pokok yang berpenyakit, air pengairan, manusia, serangga dan burung juga merupakan sumber-sumber jangkitan. Bakteria boleh hidup pada musim sejuk walaupun di kawasan-kawasan beriklim sederhana di dalam rumpai atau tunggul dan boleh hidup di dalam tanah untuk 1-3 bulan.

Hawar daun bakteria adalah salah satu penyakit padi yang paling serius yang dikenali di seluruh dunia. Penyakit ini merupakan perkara biasa di negara-negara tropika dan beriklim sederhana. Strain di kawasan tropika adalah lebih virulent (getir) daripada di rantau temperat. Kerugian hasil yang disebabkan oleh penyakit ini sepadan dengan peringkat pertumbuhan tumbuh-tumbuhan di mana tanaman padi dijangkiti. Lebih awal penyakit ini berlaku, semakin tinggi kehilangan hasil. Jangkitan di peringkat pengisian tidak mempengaruhi hasil tetapi menjejaskan kualiti dan sebahagian besar daripada biji patah.

Kepentingan ekonomi : Hawar daun bakteria dilaporkan telah mengurangkan pengeluaran padi tahunan di Asia sebanyak 60%. Kerugian hasil terjadi diantara 6 hingga 60% mengikut tahap jangkitan.

Pengurusan : Pengamalan sanitasi ladang seperti menghapuskan rumpai perumah, jerami padi, dan benih yang tumpah selepas menuai adalah penting untuk mengelakkan jangkitan disebabkan oleh penyakit ini. Selain itu, amalan mengekalkan air cetek di peringkat nurseri, menyediakan perparitan yang baik semasa banjir, membajak tunggul padi dan menuai jerami merupakan amalan pengurusan yang boleh diikuti. Pembajaan yang tepat terutama sekali baja berunsur nitrogen dan menjarakkan tanaman disyorkan dalam pengurusan penyakit hawar daun bakteria. Penggunaan varieti rintang merupakan pencegahan yang paling berkesan dan amalan pengurusan yang paling biasa digunakan oleh petani di negara-negara berkembang di Asia. Pengurusan air dan tanah juga memainkan peranan yang penting dimana sawah perlu dikeringkan secara menyeluruh ketika musim menuai. Rawatan awal biji benih dengan serbuk peluntur (100μg/ml) dan zink sulfat (2%) mengurangkan risiko penyakit hawar daun bakteria. Kawalan penyakit dengan sebatian tembaga, antibiotik dan bahan-bahan kimia yang lain telah tidak terbukti berkesan.

Gambar-gambar serangan penyakit hawar daun bakteria di sawah




Tidak ada komentar:

Posting Komentar