Sabtu, 14 Mei 2011

Padi SRI - mesin transplanter bagi menanam 1 anak benih

11 Mei 2011 - saya bersama-sama Puan Noorazimah dan En Wan Yusoff melawat pengusaha tanaman padi secara transplanting di Sekinchan bagi mendapatkan idea berkaitan mesin transplanter. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pandangan dan kaedah bagaimana mengubahsuai implement pada mesin transplanter supaya hanya satu anak pokok dengan jarak yang sesuai dapat ditanam menggunakan mesin.


Beberapa ciri mekanikal mesin transplanter ini diperhatikan bagi mendapat idea bagaimana ia berfungsi dan boleh diubahsuai untuk tanaman padi SRI.


Claw (kuku) yang terdapat pada mesin transplanter untuk memilih dan menanam anak benih padi. Bukaan pada claw ini boleh diubahsuai bagi mendapatkan satu anak benih berbanding kaedah konvensional 4 hingga 8 anak benih. Kuku ini berfungsi secara berputar (juga dikenali sebagai rotating claw) dimana terdapat 2 kuku pada satu alat kuku berputar ini. Kuku yang berputar ini juga boleh dilaraskan mengikut jarak anak pokok (between heel) yang dikehendaki (12/14/16/18/21/24 cm) manakala jarak antara baris (between row) tetap pada 30 cm. Mesin transplanter biasanya mempunyai 4, 6 atau 8 kuku berputar. Penanaman ini juga dikenali sebagai rotary forced planting.


Platform benih dan kuku berputar ini boleh dilaraskan mengikut kesesuaian. Kedalaman anak benih juga boleh diubahsuai diantara 1 hingga 10 cm dan ketinggian anak benih yang boleh digunakan diantara 10 hingga 25 cm.


Kebanyakan peralatan pada mesin transplanter ini mudah diselenggara dan alat ganti tulen dijual oleh pengeluar dan pembekal. Bagi memastikan mesin ini berfungsi dengan baik, pengguna perlu sentiasa memeriksa dan menyelenggara 8 bahagian jentera ini.

Gambar-gambar penanaman padi secara transplanting di Sungai Burong, Tanjong Karang




Tidak ada komentar:

Posting Komentar