Kamis, 05 Mei 2011

Diversiti beras dari koleksi IRRI (koleksi bergambar)

Dalam simpanan International Rice Research Institute (IRRI) terdapat lebih kurang 110,000 jenis varieti padi. Diversiti padi ini dikumpulkan dari pelbagai negara terutama sekali Asia. Ini termasuklah varieti padi hibrid, hasil kacukan dan tradisional. Di dalam penyelidikan varieti dan pembiak bakaan padi, kepelbagaian varieti ini akan digunakan dalam membentuk varieti baru melalui proses-proses membiak baka, mengacuk mahupun mengubah secara genetik.


Pautan kepada gambar IRRI Gene Bank - Rice Diversity

Minggu, 01 Mei 2011

Serangan Ulat Pengorek Batang


Gambar menunjukkan simptom "white head" akibat serangan ulat pengorek batang (anak panah) di Sawah Sempadan. Lawatan dibuat baru-baru ini (dalam musim 1/2011 di Sawah Sempadan) bagi mengenalpasti jumlah kerosakan yang diakibatkan oleh ulat pengorek batang. Sepanjang Musim 1/2010, jumlah serangan ulat batang meliputi kawasan menunjukkan Sawah Sempadan dan kawasan Sabak Bernam Tengah menghadapi insiden serangan yang tinggi:

Sawah Sempadan - 101.72 ha
Sg.Burong - 6.50 ha
Sekinchan - 5.74 ha
Sg. Leman - 8.98 ha
Pasir Panjang - 12.8 ha
Sg. Nipah - 7.00 ha
Bagan Terap - 51.52 ha
Pancang Bedena - 69.31 ha

Gambar kupu-kupu dewasa ulat pengorek batang adalah seperti di sini