Kamis, 30 Desember 2010

Krisis Harga Makanan Global 2008

Isu dan persoalan krisis makanan yang melanda dunia sejak kebelakangan ini menjejaskan banyak negara. Permintaan yang meningkat secara mendadak kepada bijirin utama dunia seperti gandum, beras dan jagung menyebabkan berlaku krisis yang tidak dapat dibendung. Kebimbangan global tercetus akibat krisis ini terhadap kenaikan harga bahan makanan dan kekurangan bekalan di seluruh dunia.

Food and Agriculture Organization (FAO) menyatakan Asia dan negara Pasifik yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 3.7 billion yang majoritinya bergantung kepada sektor pertanian terutama sekali bagi negara yang berada di dalam lingkungan negara defisit pendapatan makanan rendah (LIFDC). Populasi yang semakin bertambah meningkatkan permintaan kepada makanan, menjadikan indeks permintaan makanan Asia Pasifik berkembang daripada 86 mata pada 1990, kepada 120 mata pada 2005, melebihi indeks permintaan dunia di dalam dekad sebelum ini.

Import bahan makanan juga turut meningkat sebanyak 5 peratus setahun sejak era 1990-an. Peningkatan mendadak berlaku sejak 2004, hampir USD 170 billion atau 30 peratus jumlah import makanan dunia diimport oleh negara-negara Asia Pasifik. Sebanyak 25 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada bijirin dan minyak sayuran, komoditi yang amat penting dan kritikal kepada sekuriti makanan benua Asia. Peningkatan taraf hidup dan perkembangan globalisasi dilihat sebagai penjana kepada permintaan barangan mewah terutama sekali makanan yang lebih mahal dan berkualiti di kalangan penduduk Asia seterusnya dapat memberi satu perkembangan yang baik kepada sektor pertanian.

Namun demikian, pasaran barangan komoditi pertanian telah diuji dengan hebat sekali apabila harga makanan bijirin seperti gandum, beras dan jagung meningkat secara mendadak yang memberi kesan negatif yang buruk kepada negara-negara yang banyak bergantung kepada import makanan. Di dalam suku tahun pertama 2008, harga nominal bijirin dunia mencecah harga tertinggi di dalam sejarah 50 tahun. Asia sebagai sebuah benua yang menjadikan separuh daripada keperluan bijirin dunia sebagai makanan pada masa ini sedang bertarung dengan kenaikan harga bahan makanan yang tinggi. Beras yang merupakan sumber kalori (tenaga) utama kepada penduduk Asia juga berkurangan walaupun Asia menghasilkan 90 peratus keperluan beras dunia.

Lebih membimbangkan lagi, masih banyak lagi negara di Asia ini yang belum mencapai tahap sara diri atau SSL (self sufficient level) di dalam pengeluaran beras. Malaysia sebagai contoh; dengan pengeluaran beras yang hanya mencapai 1.3 juta metrik tan (73 peratus keperluan negara), baki lebih 930,000 metrik tan beras atau 27 peratus terpaksa diimport daripada negara pengeluar yang lain. Situasi ini tidak boleh dibiarkan terus berlaku kerana beras merupakan sekuriti makanan yang utama di Malaysia dan negara-negara Asia yang lain dan jika dibiarkan akan menjejaskan keadaan ekonomi dan geo-politik negara.

Krisis Makanan Dunia

Latar Belakang

Krisis makanan sedunia yang berlaku pada hari ini telah mengakibatkan kesan buruk yang berada di luar jangkaan. Krisis ini sudah meningkatkan kebimbangan global apabila pengeluaran beberapa jenis tanaman bijirin seperti gandum, jagung dan beras susut secara mendadak di negara pengeluar utama. Beberapa negara Asia seperti Thailand, Vietnam dan Filipina turut merasainya meskipun kebanyakan mereka adalah negara pengeluar beras utama dunia.

Keadaan menjadi semakin gawat apabila beberapa negara pengeluar ini mengambil tindakan menghentikan eksport makanan bijirin mereka ke negara lain. Peningkatan harga bahan makanan bijirin seperti beras, jagung dan gandum menyebabkan kehidupan golongan miskin terjejas terutama sekali di negara-negara membangun.

Timbul banyak persoalan mengenai kenaikan harga makanan dunia di kalangan banyak pihak.
  • Mengapa harga makanan meningkat? 
  • Apakah pengaruh perkembangan ekonomi di dalam pasaran makanan dunia? 
  • Adakah perubahan iklim memainkan peranan yang penting? 
  • Adakah harga makanan akan terus meningkat di masa hadapan? 
  • Bagaimana pembuat polisi bertindak ke atas perkembangan yang negatif ini?
Kenaikan harga bukan setakat makanan, tetapi KESELURUHAN komoditi utama (bukan makanan seperti petrol dan makanan seperti kelapa sawit, jagung, gandum dan beras) seperti yang dinyatakan dalam Carta 1.
 
Carta 1: Perbandingan Indeks Harga Komoditi Utama Dunia Januari 2006 hingga Januari 2008, Indeks harga “Semua Komoditi” meningkat 60%, “Makanan” (68%), “Bijirin” (132%) dan “Tenusu” (63%).

Peningkatan Indeks Harga Komoditi Makanan Dunia

Sejak awal 2008 bermula, krisis makanan mencecah status yang agak membimbangkan apabila pengeluaran beberapa jenis tanaman komoditi seperti beras, gandum dan jagung susut mendadak di negara-negara pengeluar utama. Bagai yang diramal oleh kebanyakan pemerhati di seluruh dunia, kegawatan krisis makanan itu tidak menunggu masa yang lama untuk meledakkan kebimbangan global.

Kesannya semakin dirasakan kini apabila kebanyakan negara berdepan dengan krisis kekurangan bekalan makanan utama yang serius dengan penyusutan yang disifatkan terburuk sejak 1980. Bijirin utama dunia dari segi kuantiti untuk keperluan makanan terdiri daripada gandum (45%), beras (36%), jagung (12%) dan lain-lain (7%).
Carta 2: Indeks Harga Makanan April 2007-2008

Carta 3: Peratus peningkatan komoditi bijirin utama Mac 2007-2008

Carta 4: Purata Indeks Harga Makanan 200-2007

Pengeluaran beras dunia pada tahun 2007 dianggarkan berjumlah 645 juta metrik tan. Sekurang-kurangnya 114 buah negara menanam padi dan lebih 50 negara mempunyai pengeluaran tahunan menjangkau 100,000 metrik tan atau lebih. Negara Asia mengeluarkan lebih kurang 90 peratus keperluan beras dunia dengan dua negara China dan India mewakili separuh daripada jumlah ini. Negara pengeluar utama beras dunia termasuklah China (4%), India (12%), Vietnam (17%), Thailand (31%), Pakistan (10%), Amerika Syarikat (12%) dan diikuti dengan 54 negara-negara lain. Dianggarkan 3.6 billion orang dari seluruh dunia menjadikan beras dan produk daripada beras sebagai makanan. Di negara Asia seperti Bangladesh, Kemboja, Myanmar, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Malaysia beras merupakan makanan utama yang membekalkan 50 hingga 80 peratus kalori harian (tenaga) berbanding dengan negara seperti Mesir, Nigeria dan Pakistan di mana beras hanya menyumbang 5 hingga 10 peratus pengambilan kalori harian per kapita penduduk.

Namun demikian, negara-negara pengeluar beras utama dunia seperti Vietnam, India, Indonesia dan Bangladesh turut mengalami tekanan kesan daripada krisis kekurangan bekalan makanan ini sehingga menyebabkan negara-negara ini terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan eksport mereka bagi mengimbangi keperluan dalam negara.

Lebih meruncingkan keadaan lagi, harga beras import terus meningkat akibat perubahan KITARAN atau STRUKTUR.

KITARAN: Fenomena jangka masa pendek yang akan lega semula melalui masa. STRUKTUR: Faktor yang akan merubah senario / lanskap industri dalam jangka masa pendek dan panjang. Trend kenaikan harga akan berterusan dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Sebagai perbandingan, harga beras dari Thailand yang dijadikan penunjuk atau penanda aras untuk pasaran dunia meningkat dari USD385.00 pada April 2008 kepada USD960.00 pada 28 Mei 2008 bagi beras putih 100% Gred B seperti yang dinyatakan dalam Carta 5.

Carta 5: Kenaikan harga beras import dari Thailand

Kekurangan Bekalan Dunia

Krisis ini juga telah menyebabkan stok bijirin utama dunia menyusut yang disebabkan oleh pengeluaran yang berkurangan dan penggunaan yang semakin meningkat. Stok bijirin telah menurun 40 peratus daripada tahun 2000 hingga 2007 seperti yang dinyatakan dalam Carta 6.


Carta 6: Stok bijirin utama dunia 1975-2008

Kesan kepada kegawatan stok makanan ini, beberapa negara pengeluar seperti Vietnam, India dan Mesir mula mengambil tindakan menghentikan eksport makanan bijirin mereka ke negara lain. Perkembangan ini sekaligus menimbulkan panik di kalangan beberapa negara pengimport beras yang tertekan dengan keadaan ini.

Faktor Kemerosotan Bekalan Dunia

Stok beras merupakan stok bijirin yang mengalami kemorosotan paling kritikal di peringkat global. Faktor struktur atau fundamental dilihat sebagai faktor penting yang menyumbang kepada kekurangan bekalan bijirin terutama beras di dunia.

FAKTOR STRUKTUR atau FUNDAMENTAL: Permintaan mengejar penawaran.

SEKTOR PENAWARAN


(i) Kenaikan harga kos pengeluaran – meningkatkan harga hasil pertanian kerana pertanian lebih intensif bahan api. Penyediaan tanah, pengairan, pengawalan penyakit dan perosak, pembajaan dan penuaian memerlukan bahan api terutama sekali petrol dan diesel. Di Asia, kos pengangkutan naik 30 hingga 50 peratus kerana kos bahan api naik 20 hingga 50 peratus dan Malaysia tidak terkecuali. Hakikatnya, permintaan bahan api (1.7 juta tong sehari) meningkat berbanding pengeluaran yang statik. Faktor geo-politik di kawasan pengeluaran (di negara-negara OPEC) dilihat menyumbang sebagai faktor utama.

(ii) Persaingan ke atas sumber pertanian untuk pengeluaran biofuel – di Amerika Syarikat, bijirin dikeluarkan bagi penghasilan ethanol. Menurut FAO (2007), permintaan bijirin untuk makanan meningkat sebanyak empat peratus (2000-2007) berbanding permintaan bijirin untuk biofuel 25 peratus. Amerika Syarikat menggunakan lebih 100 juta tan bijirin (terutama sekali gandum dan jagung) setahun bagi pengeluaran biofuel (ethanol). Malah, subsidi diberikan bagi pengeluaran biofuel daripada hasil pertanian menyebabkan banyak industri lebih berminat untuk menghasilkan biofuel. Pembukaan dan perluasan tanah bagi pertanian dibuat bukan untuk makanan tetapi bagi pengeluaran bahan api. Sebagai alternatif, kelapa sawit, gula dan kacang soya digunakan bagi menggantikan gandum dan beras dan menyebabkan permintaan mendadak terhadap bahan makanan ini.

(iii) Kekurangan tanah dan air kesan industrialisasi dan urbanisasi – persaingan yang wujud ke atas tanah untuk tujuan industrialisasi vs urbanisasi vs pengeluaran makanan. Selain itu persaingan ke atas air untuk tujuan industrialisasi vs urbanisasi vs pengeluaran makanan. Menurut Asian Development Bank, ADB (2008), Asia mengalami penurunan bekalan air (terutama India dan China) yang sekaligus menjejaskan sektor pertanian. Kepesatan penggunaan sumber pertanian (tanah dan air) akan menyebabkan kehausan dan akhirnya, produktiviti pertanian akan merosot.

(iv) Bencana alam di negara pengeluar – menjadikan penawaran kepada bekalan bijirin terutama sekali beras merosot yang seterusnya mengakibatkan kenaikan harga yang mendadak. Menurut IMF, bencana alam yang melanda kawasan penanaman padi pada 2007 menyebabkan kerugian lebih daripada satu juta metrik tan padi. Banjir yang melanda negara-negara seperti Bangladesh, India, China dan Filipina, taufan di Myanmar, gempa bumi di China dan kemarau di Afrika dan Australia menyebabkan kekurangan bekalan makanan. Permintaan bagi bekalan makanan untuk bantuan kemanusian di negara-negara yang menghadapi bencana juga turut meningkat.

(v) Stok menurun mendorong kegiatan spekulasi – kerana krisis kewangan dunia menyebabkan pulangan kepada bond, ekuiti dan aset lain menurun serta industri hartanah dan perumahan yang lembab menyebabkan peningkatan kepada “soft commodities” termasuk beras. Menurut Trump University, peningkatan harga kepada komoditi makanan lebih cepat daripada komoditi lain di dalam pasaran saham yang mana pelaburan kepada pembelian stok makanan bijirin boleh menjana keuntungan yang lebih banyak dan cepat.

(vi) “Precautionary demand” – untuk stok makanan di kalangan pengguna di negara membangun menyebabkan permintaan bagi bekalan beras meningkat. Tindakan agensi kerajaan seperti BERNAS (Malaysia), NFA (Filipina), BULOG (Indonesia) dan lain-lain meningkatkan stok untuk tujuan sekuriti makanan menyebabkan permintaan yang di luar jangkaan. Usaha agensi awam ini mendapatkan bekalan besar-besaran untuk penghantaran masa hadapan juga meningkat harga. (vii) Gaya hidup yang meningkat – disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat di China, India, dan negara ASEAN meningkatkan permintaan ke atas bijirin dan daging kerana pendapatan per kapita penduduk yang meningkat, lantaran itu gaya hidup dan pemakanan berubah. Peningkatan ke atas daging meningkatkan permintaan ke atas fidstaf (makanan) untuk ternakan (berasaskan soya dan jagung).

(viii) Faktor lain – seperti polisi tindak balas negara pengguna meningkatkan ketidakstabilan akibat daripada negara-negara pengeluar seperti India dan Vietnam melaksanakan pengharaman eksport dan kawalan harga. Selain itu, logistik yang tidak cekap menyebabkan masalah agihan seperti di Afghanistan, Bangladesh, Nepal, Philippines dan Tajikistan. Bagi negara-negara pengeluar pula, harga eksport yang minimum, tindakan menghalang eksport dan mengurangkan insentif kepada pengeluar menyumbang kepada ketidakstabilan pengeluaran. Lebihan eksport dunia yang kecil, tujuh hingga 10 peratus, mengakibatkan sebarang kejutan pasaran akan menyebabkan ketidaktentuan yang ketara.

Rumusan

Kenaikan harga makanan berlaku kerana penawaran tidak dapat menampung permintaan. Dalam jangka pendek, penawaran dapat memenuhi permintaan tetapi, dalam jangka masa panjang, harga makanan dijangka terus MENINGKAT kerana masalah yang sama; sumber pertanian tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat.

Era harga pertanian dan makanan murah akan tamat kerana perubahan fundamental – terutama dari segi pengeluaran disebabkan kenaikan harga bahan api (petrol dan diesel), persaingan ke atas sumber untuk tujuan makanan dan biofuel, sumber pertanian yang kian terhakis dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan, perubahan iklim dan polisi kerajaan negara membangun yang mengabaikan pertanian kerana mengejar pertumbuhan melalui perindustrian.

Selepas Revolusi Hijau, tiada inovasi baharu yang diperkenalkan. Pertanian hanya tertumpu di negara membangun, tiada pertumbuhan yang menggalakkan dan dasar sesetengah negara-negara membangun yang mengabaikan pertanian dan makanan.

Satu struktur baharu bagi plan untuk mengatasi masalah kekurangan bahan makanan ini perlu dibuat oleh negara-negara pengeluar utama bagi membendung masalah ini dari terus berlarutan. Pembuat polisi seperti FAO dan IMF perlu menjadi penggerak utama di dalam membantu negara-negara membangun meningkatkan hasil pengeluaran pertanian dan seterusnya meningkatkan penghasilan makanan.

Jumat, 24 Desember 2010

Makanan dan Kemiskinan

"Dunia pertanian telah memasuki tempoh yang baru, yang tidak mampan dan berisiko," kata Joachim Von Braun, Ketua Penyelidikan Institut Polisi Makanan Antarabangsa (IFPRI), di Washington, DC. Sebagai bukti, rusuhan makanan telah tercetus di negara-negara di sepanjang khatulistiwa. Di Haiti, penunjuk perasaan melaungkan "Kami lapar" memaksa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan, 24 orang terbunuh dalam rusuhan di Cameroon, Presiden Mesir mengarahkan tentera untuk membuat roti dan Filipina menguatkuasakan hukuman penjara seumur hidup kepada pesalah yang menyorok bekalan beras. "Ia merupakan situasi yang meletup dan mengancam kestabilan politik," kata Jean-Louis Billon, Presiden Dewan Perniagaan Côte d'Ivoire dalam nada bimbang.

Harga gandum pada tahun 2007 meningkat 77% dan beras 16% (lihat Rajah 1). Ini adalah peningkatan yang paling ketara dalam harga makanan yang belum pernah terjadi. Kelajuan perubahan telah dipercepatkan pada tahun 2008. Sejak Januari, harga beras telah meningkat 141% dan harga gandum melonjak 25% dalam sehari. 40km di luar Abidjan (Côte d'Ivoire), Mariam Kone, yang menanam ubi keledek, bendi dan jagung tetapi memberi makan keluarganya dengan membeli beras import, merungut: "Beras sangat mahal, tetapi kita tidak tahu mengapa."

Harga biasanya mencerminkan perubahan dalam permintaan - bukannya masalah bekalan, seperti tuaian yang rendah. Perubahan termasuk "tekanan yang lembut ke atas" dari penduduk di China dan India yang makan lebih banyak bijirin dan daging kerana mereka menjadi semakin kaya dan hawa nafsu yang rakus program biofuel Barat, yang menukarkan bijirin kepada bahan api. Pada tahun 2008, bahagian tanaman jagung menjadi etanol di Amerika telah meningkat dan Kesatuan Eropah sedang melaksanakan program biofuel sendiri. Untuk memburukkan lagi keadaan, tingkah laku yang lebih buruk nampaknya akan mempengaruhi pasaran: kuota eksport yang besar oleh pengeluar bijirin, khabar angin yang menyebabkan belian panik oleh pengimport bijirin dan wang daripada dana lindung nilai (hedge fund) yang mencari pasaran baru.

Peralihan itu tidak dapat diikuti oleh perubahan setanding di peringkat ladang. Sebahagiannya kerana mereka tidak boleh menjadi: petani sentiasa mengambil masa untuk bertindak balas. Ia juga kerana kerajaan telah meringankan impak kenaikan harga pada pasaran domestik, "mendiamkan" isyarat yang sepatutnya menggalakkan petani menanam lebih banyak makanan. Daripada 58 negara yang reaksi mereka dikesan oleh Bank Dunia, 48 telah mengenakan kawalan harga, subsidi kepada pengguna, sekatan eksport atau tarif yang lebih rendah.

Tetapi, krisis makanan tahun 2008 hanya merupakan satu simptom kepada masalah yang lebih besar. Kenaikan mendadak harga makanan telah berakhir 30 tahun lalu di mana makanan menjadi murah, pertanian diberi subsidi di negara-negara kaya dan pasaran makanan antarabangsa diherotkan (distorted). Akhirnya, tanpa keraguan, petani akan bertindak balas dengan harga yang lebih tinggi dan keseimbangan baru akan wujud. Jika semua berjalan lancar, makanan akan mampu dimiliki lagi tanpa subsidi, lambakan dan herotan sebelum ini akan diatasi. Tetapi pada masa ini, pertanian telah terperangkap dalam keadaan terlantar. Era makanan murah telah berakhir. Peralihan kepada keseimbangan baru membuktikan makanan menjadi mahal, memberi kesan lebih berpanjangan dan lebih menyakitkan daripada jangkaan.

"Kami adalah burung kenari di dalam lombong," kata Josette Sheeran, ketua Program Makanan Dunia PBB, pengedar terbesar bantuan makanan. Biasanya, krisis makanan adalah jelas dan setempat. Musim menuai gagal, biasanya disebabkan oleh peperangan atau persengketaan, dan beban di rantau yang terjejas ini terletak secara besar-besaran pada yang penduduk termiskin. Krisis ini adalah berbeza. Ia berlaku di banyak negara pada masa yang sama, kali pertama yang telah berlaku sejak awal 1970-an. Dan ia menjejaskan orang ramai tidak biasanya dilanda oleh kebuluran. "Bagi kelas pertengahan," kata Sheeran, "ia bermakna memotong rawatan perubatan. Bagi mereka yang berpendapatan $2 sehari, ia bermakna mengeluarkan daging daripada diet harian dan menghentikan persekolahan anak-anak. Bagi mereka yang berpendapatan $1 sehari, ia bermakna mengeluarkan daging dan sayur-sayuran dan hanya makan bijirin sahaja. Dan bagi mereka berpendapatan 50 sen sehari, ia bermakna bencana besar. "Golongan termiskin telah menjual haiwan, peralatan dan rumah - menjadikan pemulihan sosio ekonomi semakin sukar.

Kerana masalah ini tidak lagi digambarkan dalam statistik negara, skala "kerosakan" adalah sukar untuk dinilai. Kesan ke atas golongan miskin akan bergantung kepada sama ada mereka adalah pembeli bersih makanan atau penjual bersih; untuk beberapa pembeli bersih, peningkatan harga mungkin cukup untuk mengubah mereka menjadi penjual. Tetapi dalam apa jua situasi, penderitaan manusia mungkin menjadi luas. Di El Salvador, penduduk miskin makan separuh sahaja daripada apa yang mereka makan dalam tahun-tahun yang lalu. Penduduk Afghanistan kini menghabiskan 50 peratus pendapatan mereka ke atas makanan daripada 10 peratus pada tahun 2006.

Suatu anggaran konservatif, kenaikan harga makanan boleh mengurangkan kuasa beli rakyat miskin dan negara yang membeli makanan sendiri sebanyak 20 peratus (di sesetengah tempat, harga meningkat jauh lebih tinggi). Lebih 1 bilion orang hidup pada $1 hari, penanda aras kemiskinan mutlak; 1.5 bilion hidup pada $1 ke $2 sehari. Bob Zoellick, Presiden Bank Dunia, menganggap bahawa inflasi makanan boleh menolak sekurang-kurangnya 100 juta orang ke dalam kemiskinan, menghapuskan semua keuntungan dan pendapatan bagi satu bilion penduduk termiskin yang telah dibuat selama hampir satu dekad pertumbuhan ekonomi.

Dalam jangka masa pendek, bantuan kemanusiaan, program-program perlindungan sosial dan polisi perdagangan akan menentukan bagaimana dunia mengatasi permasalahannya dengan masalah-masalah ini. Tetapi dalam jangka masa sederhana soalan adalah berbeza: dari mana dunia mendapat lebih banyak makanan? Jika bekalan tambahan datang terutamanya daripada petani besar di Amerika, Eropah dan lain-lain pengeluar besar, maka keseimbangan baru mungkin sama seperti yang lalu, dengan makanan dunia bergantung kepada sebilangan kecil pembekal dan mungkin terjadinya herotan perdagangan dan lambakan makanan. Penanaman gandum musim sejuk Amerika adalah 4 peratus dan kawasan penanaman ini akan terus meningkat. FAO membuat ramalan bahawa tuaian gandum di Kesatuan Eropah akan meningkat kepada 13 peratus.

Sebaik-baiknya, sebahagian besar dari tindak balas penawaran akan datang daripada pekebun kecil yang berjumlah 450 juta di dunia, di negara-negara membangun mereka yang mengusahakan hanya beberapa ekar. Terdapat tiga sebab mengapa ini adalah wajar. Pertama, ia akan mengurangkan kemiskinan: tiga perempat daripada mereka yang berpendapatan $1 sehari hidup di kawasan luar bandar dan bergantung kepada pertanian berskala kecil. Seterusnya, ia mungkin membantu alam sekitar: meningkatkan produktiviti mereka di atas tanah yang sedia ada akan lebih mesra alam daripada menebang hutan. Dan ia perlu menjadi efisien dari segi pulangan ke atas pelaburan, ia akan menjadi lebih mudah untuk meningkatkan hasil bijirin di Afrika daripada dua tan sehektar kepada empat tan sehektar daripada meningkatkan hasil di Eropah daripada lapan tan kepada sepuluh. Peluang yang lebih besar wujud di sini dan hukum pulangan berkurangan tidak terjadi.

Malangnya, tiada bonus untuk pekebun kecil. Di bahagian-bahagian Afrika Timur, petani mengurangkan kawasan yang ditanam, sebahagian besar kerana mereka tidak mampu untuk membaja (didorong oleh minyak, harga baja juga telah meningkat). Respon ini tidak universal. India meramalkan hasil tuaian bijirin meningkat; penanaman di Afrika Selatan meningkat 8% setahun. Namun, beberapa bukti anekdot, ditambah dengan kenaikan harga makanan, ini menunjukkan bahawa pekebun kecil tidak memberi respon yang cukup. "Dalam dunia yang sempurna," kata laporan IFPRI baru-baru ini, "respon kepada harga yang lebih tinggi adalah pengeluaran yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, dalam dunia sebenar, ini tidak selalunya berlaku. "Pertanian dalam pasaran baru terperangkap dalam kegagalan pasaran dan tidak bertindak balas terhadap isyarat harga."

Ini adalah benar setakat tertentu di dalam perladangan secara umum. Jika anda memiliki sebuah kilang mainan, atau medan minyak, dan harga mainan atau minyak naik, anda akan menjalankan kilang siang dan malam, untuk mengutip keuntungan maksimum. Tetapi ia memerlukan satu musim untuk tanaman berkembang supaya lebih banyak makanan dihasilkan, menunjukkan mengapa harga ladang di mana-mana cenderung untuk menjadi "melekit": 10% kenaikan harga membawa kepada peningkatan 1% dalam keluaran. Tetapi krisis makanan tahun 2008 mencadangkan harga ladang di negara-negara membangun boleh lebih melekit daripada itu.

Cara terpantas untuk meningkatkan tanaman anda adalah dengan menanam lebih banyak. Tetapi dalam jangka pendek jumlah tanah yang subur adalah terhad. (Luas kawasan yang besar yang tidak digunakan di Brazil dan Rusia akan mengambil satu dekad atau lebih untuk disediakan). Bagi tanaman padi terutamanya di Asia Timur jumlah tanah yang baik, produktif sebenarnya telah jatuh dan tertimbus di bawah konkrit kerana memperluaskan bandar. Dalam erti kata lain, kenaikan makanan kini perlu kebanyakannya datang dari hasil yang lebih tinggi.

Hasil tidak boleh dihidupkan dan dimatikan seperti paip. Menggunakan baja tambahan atau membeli jentera baru boleh membantu. Tetapi hasil yang lebih tinggi juga memerlukan pengairan yang lebih baik dan penggunaan benih dari varieti yang berproduktiviti tinggi. Selang masa antara membuat biji baru dan berkembang secara komersial mengambil masa 10 hingga 15 tahun, kata Bob Zeigler dari Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) di Filipina. Walaupun seorang petani mahu untuk menanam sesuatu yang lebih produktif tahun ini, dan mampu, dia tidak boleh melakukannya melainkan jika kerja-kerja penyelidikan telah dijalankan selama bertahun-tahun.

Ia tidak berlaku. Penyelidikan dalam pertanian di negara-negara membangun dibiayai oleh kerajaan. Pada tahun 1980-an, kerajaan mula mengurangkan perbelanjaan revolusi hijau, sama ada daripada sikap berpuas hati (mempercayai bahawa masalah makanan telah berlalu), atau kerana mereka lebih suka untuk melibatkan sektor swasta. Tetapi banyak firma-firma swasta yang dibawa masuk untuk menggantikan penyelidik awam ternyata menjadi pemonopoli. Dan dalam tahun 1980-an dan 1990-an pasaran mempunyai lebihan yang besar dari negara kaya yang dibuang di pasaran, harga yang menekan dan pulangan ke atas pelaburan yang berkurangan. Perbelanjaan awam untuk pertanian di negara-negara membangun menurun sebanyak separuh di antara tahun 1980 dan 2004.

Penurunan ini mempunyai kesan yang perlahan tetapi tidak dapat dielakkan. Mewujudkan benih baru adalah hampir sama seperti merekabentuk vaksin flu: anda perlu sentiasa mengemaskini, atau haiwan perosak dan penyakit akan menafikan keberkesanannya. Apabila varieti padi IR8 telah diperkenalkan pada tahun 1966, ia menghasilkan hampir sepuluh tan sehektar, kini ia menghasilkan kurang daripada 7 tan sehektar. Di negara-negara membangun di antara tahun 1960-an dan 1980-an, hasil tanaman bijirin utama meningkat sebanyak 3 hingga 6% setahun. Sekarang pertumbuhan tahunan menurun kepada 1 hingga 2%, di bawah peningkatan permintaan (lihat Rajah 2). "Kita semua membayar harga selepas 15 tahun mengabaikannya," kata Zeigler.

Perubahan dalam struktur pertanian semakin diburukkan kesan daripada kekurangan pelaburan. Pertanian adalah hanya satu bahagian daripada rantai makanan yang bermula dari syarikat-syarikat baja dan benih yang berakhir pada satu hujung ke pasar raya. Pada masa lalu, bahagian akhir rantaian pengguna yang terdekat adalah yang kurang penting. Dasar makanan bermakna memperbaiki hubungan antara petani dan pembekal. Revolusi Hijau tahun 1960-an, sebagai contoh, membekalkan penggunaan benih baru dan baja subsidi. Malawi melakukan sesuatu yang sama sekarang. Tetapi sepanjang dekad yang lalu, hujung rantaian ini telah menjadi perkara yang lebih penting. Sebab utama mengapa petani Kenya dan Ethiopia menanam kurang tahun lalu bukan kerana baja yang mahal, tetapi petani tidak boleh mendapatkan pinjaman untuk membiayai pembelian. Pasar raya juga lebih penting kepada petani berbanding sebelum ini untuk menyumbang separuh atau lebih kepada jualan makanan, terutama sekali di kebanyakan negara membangun.

Dalam teori, peningkatan kepentingan peniaga dan pasaraya seharusnya membuat petani lebih responsif kepada perubahan dalam harga dan citarasa pengguna. Tetapi pasar raya memerlukan kualiti yang seragam, kuantiti minimum yang banyak dan tahap kebersihan yang tinggi, yang mana purata pekebun kecil di negara miskin tidak mempunyai kelengkapan untuk mencapai standard ini. Jadi peniaga dan pasar raya boleh memberi manfaat kepada petani komersial lebih daripada pekebun kecil.

Untuk memburukkan lagi keadaan, kebun kecil bertaburan di merata tempat di kebanyakan negara. Kerana pertumbuhan penduduk dan kehilangan tanah ladang, saiz ladang purata di China dan Bangladesh telah jatuh dari kira-kira 1.5 hektar pada tahun 1970-an kepada hampir 0.5 hektar sekarang; di Ethiopia dan Malawi, ia telah menurun daripada 1.2 hektar kepada 0.8 pada tahun 1990-an. Semakin kecil ladang, semakin besar beban kos bagi menjalankan perniagaan dengan peruncit besar. Pekebun kecil juga mempunyai kelemahan dalam mendapatkan pinjaman, benih baru dan inovasi lain di mana hasil yang lebih tinggi bergantung kepada faktor-faktor ini.

Kegagalan dan kesesakan pasaran membuat pekebun kecil lebih sukar untuk bertindak balas kepada harga yang lebih tinggi, walaupun tanpa gangguan yang kerajaan perkenalkan ke pasaran makanan dunia. Ini bermakna peralihan kepada keseimbangan baru akan berpanjangan dan menyakitkan. Lennart Båge, ketua Kumpulan Wang Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian, sebuah agensi PBB di Rom, berpendapat bahawa jika petani dapat mengekalkan harga yang lebih tinggi, mereka akan dapat mengatasi masalah yang melanda mereka. Dia menunjukkan, India memberi makan 17% daripada penduduk dunia pada kurang daripada 5% air di dunia dan 3% daripada tanah ladang dan bersama-sama dengan China, melihat kenaikan tanaman bijirin tahun ini. Terdapat banyak cerita-cerita kejayaan yang serupa di negara-negara lain.

Antara November 2007 dan Februari 2008, eksport beras dari Thailand (pengeksport terbesar di dunia) telah melepasi 1 juta tan metrik sebulan - bonus yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Tetapi pengeluar dan peniaga mempunyai reaksi yang bercampur-campur. Sesetengah petani menjual tanaman mereka sebelum harga melonjak. Pengilang cuba untuk menyimpan bekalan kembali, menunggu harga yang lebih tinggi. Kerajaan mengehadkan eksport di bawah paras tahun 2007. Setiausaha Agung Persatuan Pengeksport Beras Thai memberitahu IRRI bahawa "Kami tidak tahu di mana tuaian 2007." Vichai Sriprasert, pengeksport besar, berkata, "Ini adalah masa yang penting. Ia akan memberitahu cerita yang akan terus hidup dan yang tidak akan hidup."

Senin, 20 Desember 2010

Krisis Makanan Dunia

Kebanyakan rakyat Amerika mengambil mudah tentang makanan. Ini kerana isi rumah yang paling miskin di Amerika Syarikat membelanjakan hanya 16 peratus daripada belanjawan mereka ke atas makanan. Di kebanyakan negara lain, angka ini mungkin kurang. Namun begitu, keluarga di Nigeria membelanjakan 73 peratus daripada belanjawan mereka untuk makan, Vietnam 65 peratus dan Indonesia 50 peratus. Mereka kini berada dalam kesusahan.

Dua tahun lepas, bil import makanan negara-negara membangun meningkat sebanyak 25 peratus disebabkan harga makanan meningkat ke tahap yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Jagung meningkat lebih dua kali ganda harga berbanding dua tahun lepas. Gandum mencapai harga tertinggi dalam tempoh 28 tahun. Kenaikan ini telah mencetuskan kekacauan dari Haiti hingga Mesir. Banyak negara telah mengenakan kawalan harga pada makanan atau cukai terhadap eksport pertanian.

Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick, memberi amaran bahawa 33 negara-negara berada pada risiko pergolakan sosial kerana kenaikan harga makanan. "Bagi negara-negara di mana penggunaan makanan terdiri dari setengah hingga tiga suku, tiada margin untuk terus hidup," katanya.

Harga tidak mungkin jatuh lagi. FAO berkata stok bijirin dunia tahun ini akan menjadi paling rendah sejak 1982.

Amerika Syarikat dan negara-negara maju lain perlu meningkatkan pengeluaran makanan. Kenaikan harga makanan adalah sebahagiannya kerana kuasa-kuasa yang tidak terkawal - termasuk kenaikan kos tenaga dan pertumbuhan kelas menengah di China dan India. Ini telah meningkatkan permintaan untuk protein haiwan, yang memerlukan jumlah bijirin yang besar.

Tetapi negara yang kaya memburukkan lagi kesan-kesan ini dengan menyokong pengeluaran biofuel. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan bahawa pengeluaran etanol jagung di Amerika Syarikat menyumbang sekurang-kurangnya separuh daripada peningkatan permintaan jagung dunia dalam setiap tiga tahun yang lalu. Ini menjadikan harga jagung tinggi. Harga makanan turut ternakan meningkat. Begitu juga dengan harga tanaman lain - terutamanya kacang soya - kerana petani beralih untuk menanam jagung, menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).

Washington memberi subsidi sebanyak 51 sen segelen kepada pengeluar etanol dan pengecualian tarif sebanyak 54 sen segelen ke atas import. Bagi Kesatuan Eropah, kebanyakan negara pengeluar biofuel dikecualikan daripada beberapa cukai gas dan menikmati tarif purata yang sama dengan lebih daripada 70 sen satu gelen etanol yang diimport. Ada beberapa sebab mengapa campur tangan diperlukan untuk menghentikan perkara ini. Pada tahap terbaik, etanol jagung memberikan hanya pengurangan kecil dalam pelepasan gas rumah hijau berbanding dengan petrol. Dan ia boleh membuat perkara yang jauh lebih buruk jika ia membawa kepada pertanian yang mengorbankan banyak hutan dan padang rumput. Kenaikan harga makanan lebih mendesak berbanding sokongan kepada etanol.

Dalam jangka masa panjang, produktiviti pertanian mesti meningkat di negara membangun. Zoellick mencadangkan negara-negara kaya boleh membantu membiayai "revolusi hijau" untuk meningkatkan produktiviti ladang dan meningkatkan hasil tanaman di Afrika. Tetapi kenaikan harga makanan menyeru kepada negara-negara maju untuk menyediakan lebih banyak bantuan segera. Tahun lalu, Program Makanan Sedunia berkata kenaikan kos bijian menyebabkan kekurangan lebih daripada $500 juta dalam belanjawan untuk membantu berjuta-juta mangsa kebuluran di seluruh dunia.

Negara-negara perindustrian tidak pemurah, malangnya. Bantuan luar negara oleh negara-negara kaya jatuh 8.4 peratus tahun pada 2008 berbanding 2006. Negara-negara maju akan meningkatkan belanjawan bantuan mereka sebanyak 35 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang hanya untuk memenuhi komitmen mereka yang dibuat pada tahun 2005.

Mereka tidak harus membiarkan sasaran ini melencong. Pertumbuhan berterusan kelas menengah di China dan India, desakan untuk bahan api boleh diperbaharui dan kerosakan yang dijangkakan untuk pengeluaran pertanian yang disebabkan oleh pemanasan global bermakna bahawa harga makanan dijangka kekal tinggi. Berjuta-juta rakyat, terutamanya di negara-negara membangun, mungkin memerlukan bantuan untuk mengelakkan malnutrisi. Dasar tenaga negara-negara kaya membantu menimbulkan masalah dan sekarang mereka harus membantu menyelesaikannya.

Sabtu, 18 Desember 2010

Rizab Bekalan Bijirin - Adaptasi Polisi Perubahan Iklim Yang Bijak

Pertimbangkan keempat-empat perkembangan ini: 1) Perubahan iklim mempunyai kesan mendalam terhadap pengeluaran makanan semasa dan akan datang; 2) Kesan yang dijangka menjadi lebih buruk di beberapa kawasan di dunia yang paling miskin, terutamanya negara yang terletak di kawasan sekitar khatulistiwa; 3) Kesan jangkaan perubahan iklim, ditambah pula dengan gangguan fenomena semula jadi, termasuk hujan, pola angin dan aktiviti ribut, memburukkan lagi sifat semula jadi yang tidak menentu di pasaran komoditi; dan 4) perubahan iklim yang berlaku pada satu-satu masa yang besar dalam dunia menyebabkan ketidakpastian terhadap makanan dan pertanian kerana krisis ini berkaitan dengan pengurangan kesuburan, penggunaan bahan api, air dan tanah.

FAO menganggarkan harga komoditi pertanian mungkin akan meningkat pada tahun 2011 dan bil import makanan dijangka melepasi AS $1 trilion dan memberi peringatan yang menunjukkan bagaimana sistem makanan global hari ini sangat mudah terdedah kepada gangguan.

Dalam konteks ini, perunding perubahan iklim akan bercakap kepada rakan-rakan mereka di dalam dunia makanan dan pertanian - bukan sekadar kementerian pertanian, tetapi juga kementerian-kementerian kesihatan, pembangunan luar bandar dan di peranan menghasilkan makanan wujud. Di mana kerajaan juga merupakan penderma, mereka juga perlu bercakap dengan semua agensi yang terlibat dalam pelaburan bidang pertanian. Pelaburan pertanian yang mengabaikan risiko perubahan iklim membazirkan wang dan boleh memburukkan lagi krisis iklim (pertanian telah dikenal pasti oleh Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim sebagai penyumbang utama kepada pelepasan gas rumah hijau). Dasar perubahan iklim dan projek-projek yang tidak memahami cabaran yang dihadapi oleh makanan dan pertanian begitu juga boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

Perubahan iklim menggugat kestabilan pertanian

Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, bilangan bencana direkodkan telah meningkat dua kali ganda daripada kira-kira 200 kepada lebih 400 setahun. Anggaran PBB menunjukkan sembilan daripada sepuluh bencana alam ini dikaitkan dengan perubahan iklim. Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat mengeluarkan laporan pada bulan Oktober 2010 menunjukkan peratusan kawasan tanah di bumi menghadapi kemarau yang serius lebih daripada dua kali ganda sebagaimana pernah berlaku pada tahun 1970 dan awal tahun 2000.

Implikasi bagi pertanian membimbangkan, kerana ketidakpastian yang muncul daripada angka yang dijana hasil daripada model dan kebarangkalian. Satu artikel dari Jurnal Penyelidikan Alam Sekitar oleh Wolfram Schlenker, seorang profesor di Columbia, dan David Lobell, dari Stanford, mencadangkan perubahan iklim akan menyebabkan pengeluaran tanaman jangka sederhana jatuh di sub-Sahara Afrika, pada purata, 22 peratus untuk jagung, 17 peratus untuk sorgum dan 17 peratus untuk milet, 18 peratus bagi kacang tanah dan 8 peratus bagi ubi kayu.

Angka-angka ini dalam apa jua konteks menuntut perhatian segera. Di dalam konteks sub-Sahara Afrika, di mana pertanian di sesetengah negara Afrika ini menyumbang lebih 40 peratus daripada KDNK, implikasi ini memberi kesan yang amat serius sekali. Pertanian mewakili 80 peratus daripada pekerjaan atau sektor guna tenaga di negara-negara ini, menjadikan kebanyakan penduduk sama ada secara langsung atau tidak langsung bergantung kepada pertanian untuk survival mereka. Melalui perbandingan, di AS, pertanian hanya mewakili 1.2 peratus daripada KDNK, di Brazil, ia adalah 6.1 peratus.

Di sini ialah bagaimana penganalisis di Program Makanan Sedunia meringkaskan keadaan dalam kertas latar belakang bertulis bagi Jawatankuasa FAO mengenai Jaminan Makanan:
Menjelang 2015 bilangan orang yang terjejas oleh bencana berkaitan iklim dijangka mencapai 375 juta setiap tahun. Menjelang 2050 risiko kelaparan dijangka meningkat sebanyak 10 hingga 20 peratus manakala bilangan kanak-kanak kekurangan zat makanan dijangka meningkat sebanyak 21 peratus (atau 24 juta kanak-kanak) lebih daripada keadaan tanpa perubahan iklim.

Rizab bijirin membantu menstabilkan bekalan makanan

Rizab bijirin merupakan satu idea yang baik bagi menghadapi perubahan iklim. Mengapa? Kerana rizab bijirin adalah polisi insurans awam yang agak murah di dalam situasi yang penuh dengan ketidakpastian, apabila wujud risiko kegagalan pasaran termasuk kelaparan. Kerajaan boleh menggunakan dasar rizab untuk melabur dalam infrastruktur penyimpanan dan pengangkutan; untuk bekerja bersama dengan sektor swasta bagi menampung jurang dan kegagalan pasaran; untuk menyediakan petani dengan jaminan yang menggalakkan pelaburan; dan untuk meningkatkan ketelusan agar tidak berlaku aktiviti penyorokan dan spekulasi.

Berhadapan dengan realiti perubahan iklim, kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih bijak ke arah menguruskan bekalan makanan kita. Rizab bijirin mempunyai sejarah yang mengagumkan. Beribu-ribu tahun lampau, kerajaan telah menyimpan beberapa jenis komoditi makanan bagi setiap musim tuaian sebagai insurans bagi menghadapi ketidaktentuan yang bakal berlaku (seperti kisah Nabi Yusuf a.s). Rizab makanan bertindak balas terhadap ciri-ciri yang ada pada pertanian, terutamanya permintaan yang agak malar dan tak anjal yang ditambah dengan bekalan berubah dalam jangka masa pendek. Pasaran pertanian yang tidak terkawal sering mengeluarkan lebihan hasil, membawa kepada corak kejatuhan harga, diganggu oleh graf permintaan ke atas yang pendek dan tajam. Rizab makanan boleh mengurangkan kesan yang tidak diingini terhadap pasaran pertanian.

Terdapat banyak model yang boleh dipilih, dan kebanyakan kerajaan mempunyai beberapa bentuk rizab. Pada masa lalu, beberapa negara-negara pengeksport utama (terutamanya Kanada dan Amerika Syarikat, dalam kes gandum) mengadakan rizab yang berkesan melalui penetapan harga lantai (harga minimum) untuk petani mereka dan memberi pengimport gandum keyakinan bahawa bekalan bijirin tersebut adalah selamat, walaupun terdapat satu musim hasil tuaian kurang.

Dalam kes-kes lain, kerajaan telah mengendalikan rizab berfokuskan domestik. Rizab itu banyak terdapat di negara sub-Sahara Afrika di mana masalah kewangan dan pengawasan yang lemah berlaku. Walaupun mereka bekerja telah dengan baik sejak dibuka pada 1990-an, sebahagian besarnya tidak sesuai kepada model liberalisasi ekonomi yang menguasai pemikiran penderma pada masa itu. Kini terdapat banyak sebab yang memaksa pertimbangan dalam pembentukan semula rizab yang penting bagi keselamatan makanan, kesan perubahan iklim ke atas pengeluaran pertanian, dan kegagalan pendekatan semata-mata berasaskan pasaran untuk menyediakan bekalan makanan yang mencukupi dan sesuai bagi tujuan pengedaran. Negara-negara tersebut boleh belajar daripada pengalaman mereka dalam penubuhan bank-bank pusat yang bebas dan bertanggungjawab, yang pada masa lalu yang sama telah dilumpuhkan oleh tadbir urus yang lemah dan kekurangan akauntabiliti. Mereka juga boleh mendapat manfaat daripada perubahan dramatik dalam teknologi maklumat, komunikasi dan pengangkutan untuk membina rizab yang fleksibel, dan yang responsif terhadap perubahan dalam keadaan pasaran.

Mendapat momentum

Selepas krisis harga makanan yang berlaku pada tahun 2007-08, kerajaan dan rangkaian masyarakat sivil yang terlibat dalam dasar makanan mula menimbang semula rizab bijirin. Rizab telah dirujuk dalam akuan 2009 L'Aquila G-8 dan kemudian Rangka Kerja Komprehensif yang diterajui PBB untuk Tindakan Krisis Makanan Global. Pada bulan Mac 2010, Brazil, Rusia, India dan China (negara-negara BRIC) bersetuju untuk menyokong penubuhan sistem rizab bijian negara. Pada bulan Oktober, ahli-ahli Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) telah menandatangani perjanjian baharu untuk menyelaras rizab kecemasan beras di dalam kalangan keahlian mereka dan dengan bukan ahli seperti Korea Selatan, Jepun dan China. Peningkatan baru-baru ini dalam harga makanan telah menyebabkan negara-negara anggota mempercepatkan langkah mewujudkan rizab makanan - dimana kerajaan telah sedar kepentingan mewujudkan stok penimbal makanan untuk rakyat.

Tumpuan sepenuhnya diberi pada apa yang berlaku di lapangan, dan bagaimana untuk mengurangkan amalan yang paling berkait rapat dengan pelepasan gas rumah hijau. Tetapi perubahan iklim bukan sahaja mengenai mitigasi dengan kesan-kesan yang telah dirasakan, penyesuaian perlu dilakukan bagi menghadapinya. Rizab bijirin adalah satu alat dasar yang penting bagi kerajaan secara pintar untuk mengadaptasi cabaran ini di masa hadapan.

Kamis, 16 Desember 2010

Infografik: fakta dan angka kos makanan

The cost of food: Facts and figures












Sumber: http://news.bbc.co.uk/2/hi/7284196.stm

Senin, 13 Desember 2010

Memahami krisis : Penilaian semula krisis harga makanan 2008 dan kebangkitan Revolusi Hijau II

Tahun 2008 yang telah berlalu meninggalkan banyak peristiwa. Di antaranya ialah Krisis Makanan Dunia dan Krisis Kewangan Global. Kedua-dua krisis ini berkait diantara satu sama lain dan krisis ekonomi sedunia dikatakan terjadi dari beberapa peristiwa hingga berlakunya kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Ini merangkumi harga bahan api berasaskan petroleum yang tinggi yang menyebabkan harga makanan tinggi (akibat pergantungan penghasilan makanan pada petroleum, di samping menggunakan hasil tanaman makanan bagi penghasilan biofuel seperti etanol dan biodiesel sebagai alternatif kepada petroleum) dan inflasi sedunia; krisis kredit yang mengakibatkan kejatuhan bank-bank pelaburan dan komersil yang besar serta ternama di merata dunia; pengangguran yang semakin menjadi-jadi; dan kemungkinan kemelesetan sejagat.

Dekad 2000-an menyaksikan ledakan komoditi, iaitu harga komoditi utama melambung semula setelah melalui Kemelesetan Komoditi Besar sekitar tahun 1980 – 2000. Namun pada tahun 2008, harga-harga kebanyakan komoditi, khususnya minyak dan makanan, melambung begitu tinggi sehingga menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi dan pengunduran globalisasi.

Pada bulan Januari 2008, harga minyak mencecah US$100 setong buat julung kalinya dalam apa yang disifatkan antara peristiwa penting terawal yang berlaku sepanjang tahun lalu. Pada bulan Julai, harga minyak mencapai tahap US$147 setong, namun selepas itu kembali menjunam.

Pada separuh kedua tahun 2008, harga kebanyakan komoditi menjunam atas jangkaan permintaan berkurangan dalam keadaan ekonomi dunia meleset.

Amerika Syarikat memasuki tahun 2008 ketika mengalami pembetulan pasaran perumahan, krisis gadai janji subprima dan kemerosotan nilai dolar. Pemerhati mengatakan bahawa krisis kewangan di AS mungkin dilihat sebagai yang paling teruk semenjak berakhirnya Perang Dunia II.

Keadaan diburukkan dengan Krisis harga makanan sedunia 2007-2008 yang merujuk kepada kenaikan harga makanan global secara mendadak yang mengakibatkan keadaan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara.

Punca-punca jangka pendek termasuk penuaian berkurangan sesetengah kawasan di dunia akibat daripada perubahan iklim dan bencana alam, khususnya Australia. Punca-punca lain bagi kenaikan harga makanan sedunia juga disebabkan peningkatan penggunaan biobahan api di negara-negara maju, dan peningkatan permintaan untuk diet yang lebih terutamanya daging di kalangan golongan kelas menengah yang semakin mengembang di Asia. Selain itu, kenaikan harga minyak yang berterusan telah menaikkan harga baja. Faktor-faktor ini, ditambah pula dengan simpanan stok makanan sedunia yang menurun serta ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham, semuanya menyumbang kepada kenaikan harga makanan secara mendadak di seluruh dunia.

Sejak awal tahun 2007 hingga tahun 2008, harga-harga sesetengah komoditi makanan antarabangsa paling asas naik mendadak di pasaran antarabangsa. Harga pasaran gandum antarabangsa berganda dari Februari 2007 hingga Februari 2008, mencapai rekod melebihi AS$10 sebusyel. Harga beras turut mencapai takat tertinggi dalam jangka 10 tahun. Di sesetengah negara, harga susu dan daging meningkat lebih dua kali ganda, sementara harga soya (yang mencapai harga tertinggi sejak 34 tahun pada Disember 2007) dan jagung turut naik mendadak.

Untuk memastikan bekalan makanan masih mencukupi untuk penduduk tempatan serta mengekang inflasi harga yang serius, sesetengah negara Asia seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan lain-lain (termasuk Mesir) mengenakan sekatan eksport beras. Sesetengah negara Eropah pula, termasuk Ukraine, Rusia dan Serbia, turut sama mengenakan tarif tinggi atau menghalang eksport gandum dan makanan lain sama sekali, sekaligus memacu lagi peningkatan harga untuk negara-negara pengimport makanan. Seperti negara membangun yang lain, Malaysia juga menghadapi tekanan harga makanan yang melambung tinggi di pasaran dunia. Walaupun harga makanan asas seperti beras dikawal oleh kerajaan Malaysia sudah ada desakan terutama dari golongan petani supaya harga padi dinaikkan sejajar dengan lonjakan harga beras di pasaran antarabangsa.

Apa yang pasti, krisis harga makanan ini telah menyebabkan perubahan kepada dunia. Era harga pertanian dan makanan murah akan tamat kerana perubahan fundamental – terutama dari segi pengeluaran disebabkan kenaikan harga bahan api (petrol dan diesel), persaingan ke atas sumber untuk tujuan makanan dan biofuel, sumber pertanian yang kian terhakis dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan, perubahan iklim dan polisi kerajaan negara membangun yang mengabaikan pertanian kerana mengejar pertumbuhan melalui perindustrian.
Dari Wikipedia :
The Second Green Revolution is a change in agricultural production widely thought necessary to feed and sustain the growing population on Earth. These calls have precipitated in part, as a response to rising food commodity prices, and fears of peak oil among other factors. 
Etymology : It is named after the Green Revolution, a movement to increase crop selection and agrochemical usage to increase yield.
Methods : It is thought that genetic engineering of new crops and foods will take the lead in producing increased crop yield and nutrition.

Memahami Krisis 

Krisis Beras Global berlaku ketika Krisis Makanan Global menyaksikan harga beberapa komoditi tanaman makanan utama dunia meningkat secara mendadak. Di antara tahun 2006 hingga 2008, harga purata dunia bagi beras naik 217%, gandum 136%, jagung 125% dan kacang soya 107% (Financial speculators reap profits from global hunger, April 2008 – Global Research). Ketika menjelang penghujung April 2008, harga beras meningkat kepada 300% berbanding harga 7 bulan sebelum. Ketika dunia berhadapan dengan kenaikan harga beras di pasaran, Bank Dunia telah mengeluarkan amaran krisis ini akan menyebabkan kemiskinan kepada lebih 100 juta penduduk dunia (Business World 25 April 2008). Apakah yang berlaku di sebalik krisis makanan ini dan bagaimana dunia dapat mengatasi masalah ini? Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambilkira.

Adakah penambahan kawasan tanaman jagung bagi tujuan pengeluaran etanol di Amerika Syarikat dan Eropah memberi kesan kepada harga beras?
Ya, secara tidak langsung. Ketika petani di Amerika Syarikat dan Eropah menanam jagung bagi mengganti gandum untuk tujuan pengeluaran biofuel (etanol), harga gandum meningkat kerana bekalan yang semakin berkurangan. Pengguna berhadapan dengan kenaikan harga gandum menukar diet kepada beras seperti mana berlaku di Afrika dan Amerika. Ini juga berkait rapat dengan kenaikan harga minyak petroleum di pasaran dunia menyebabkan pengguna beralih kepada alternatif lain iaitu biofuel. Lebih memburukkan keadaan, kos pengeluaran beras menjadi semakin meningkat kerana kos input seperti baja, pengangkutan dan pemprosesan yang meningkat.

Bagaimana situasi ini merebak ke Asia?
India dan Vietnam, pengeksport beras kedua dan ketiga terbesar dunia telah melihat harga kacang soya, gandum dan jagung meningkat secara mendadak. Bagi mengatasi masalah inflasi domestik, kedua-dua negara ini mengumumkan sekatan eksport pada penghujung Mac 2008. Ini diikuti oleh beberapa negara pengeluar seperti Mesir, Pakistan, Myanmar dan beberapa negara lain. Idea daripada sekatan ini adalah untuk memastikan bekalan domestik mencukupi supaya harga beras domestik tidak meningkat. Walaubagaimanapun, sekatan eksport ini akhirnya backfired kerana ketika harga beras di pasaran dunia naik, pengilang dan pengedar di negara-negara tersebut turut menaikkan harga beras dan seterusnya menyebabkan pembelian panik di kalangan pengguna. Namun di Jepun, mereka dapat mengeluarkan beras yang cukup bagi keperluan domestik dengan harga yang tidak meningkat.

Benarkah wujud kekurangan bekalan beras dunia?
Tidak. Apa yang berlaku ialah artificial shortage kerana sekatan eksport oleh negara-negara pengeluar beras.

Siapa yang membuat kekecohan?
Ia berlaku di pelbagai peringkat di dalam supply chain oleh pengeluar, pengilang, pengedar, pemborong dan peniaga. Bagi spekulator, beras adalah komoditi yang mudah untuk disimpan dan dipindahkan. Walaubagaimanapun, sesetengah pakar berpendapat spekulasi ini sangat berisiko kerana pasaran hadapan (future market) bagi beras tidak terlalu cair (low in liquidity), jadi amat sukar untuk menentukan penawaran kepada harga tertinggi. Ini kerana pada ketika ini terdapat 15 penanda aras (benchmark) harga yang berbeza bagi beras bergantung kepada kualiti beras dan pasaran beras yang tidak transparent.

Bagaimana Thailand, pengeksport beras terbesar dunia menghadapi situasi ini?
Thailand berada pada kedudukan selesa ketika bermulanya krisis ini. Harga beras wangi Thai Gred AA meningkat kepada US$1,100 pada penghujung April 2008, berbanding US$320 pada Disember 2007. Walaubagaimanapun, beberapa pengeksport yang terikat dengan kontak menghadapi kerugian besar kerana membeli beras dengan harga semasa tetapi terpaksa menjualnya dengan harga kontrak yang jauh lebih murah seperti harga ketika penghujung tahun 2007. Ini juga menyebabkan beberapa pengeksport mengkaji semula kontrak mereka dengan pembeli bagi mengelakkan kerugian akibat daripada kenaikan harga beras yang mendadak. Perkara ini turut menyebabkan pengeksport tidak lagi berminat untuk mengadakan perjanjian kontrak jual beli jangka panjang dengan pengimport kerana takut kepada kesan kenaikan harga beras.

Jika kenaikan harga beras ini merupakan spekulasi dan terdapat campur tangan kerajaan di dalam pemasaran beras, adakah harga beras akan kembali stabil?
Bergantung kepada keadaan dan pada ketika ini, ya. Ketika harga beras sedang meningkat naik, terdapat usaha untuk meningkatkan stok penimbal oleh beberapa negara disamping usaha-usaha untuk mengeluarkan stok beras dari simpanan serta meningkatkan pengeluaran bagi menstabilkan harga.

Adakah harga beras akan menjadi murah seperti sebelum berlaku krisis?
Melihat kepada kesan yang berlaku akibat krisis ini, harga beras dan makanan tidak akan menjadi murah seperti dahulu.

Mengapa petani tidak menanam lebih banyak padi?
Kerana mereka tidak boleh. Kebanyakan negara menggunakan beras yang dikeluarkan dalam negara sepenuhnya dan padi ditanam di setiap inci tanah yang ada. Kesan urbanisasi seperti yang berlaku di China mengurangkan penggunaan tanah pertanian. Peningkatan kepada permintaan bagi biofuel meningkatkan penanaman kelapa sawit berbanding padi di beberapa negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia.

Adakah akan muncul "Revolusi Hijau" yang kedua?
Secara teori, ya, tetapi akan mengambil masa. Ini kerana terdapat jurang yang besar diantara penemuan bioteknologi dengan perlaksanaannya di peringkat ladang sehingga 15 tahun. Kekurangan pelaburan di dalam penyelidikan padi juga disebabkan tanaman ini diusahakan oleh golongan yang berpendapatan rendah terutama sekali di negara-negara membangun.

Bolehkah penanaman padi GMO meningkatkan pengeluaran?
Ya, banyak varieti telah ada, namun masalah utamanya ialah menyakinkan petani untuk membelinya. Oleh kerana padi merupakan tanaman yang berpolunasi secara sendiri (self-pollinating), kebanyakan petani lebih gemar menghasilkan sendiri benih. Walaupun padi hibrid juga boleh membiak, setiap generasi yang dibiakkan dari benih yang sama akan menjadi kurang produktif dan kebanyakan petani tidak sanggup membeli benih hibrid tulen setiap kali musim penanaman. Padi hibrid bukanlah silver bullet.

Siapakah yang paling terjejas akibat kenaikan harga bahan makanan ini?
Populasi termiskin di dunia, yang mana beras merupakan makanan ruji dan menggunakan kebanyakan pendapatan mereka untuk makanan. Bank Dunia mengganggarkan lebih 100 juta penduduk dunia akan terjejas. Negara sub-Sahara di benua Afrika akan terjejas kerana mereka mengimport 40 hingga 50 peratus keperluan beras mereka. Hanya 8 peratus pengeluaran beras dunia yang diperdagangkan, jadi kebanyakan negara pengguna beras sebenarnya mencapai tahap sara diri.

Apakah langkah jangka pendek bagi meningkatkan bekalan?
Lebihkan pelaburan bagi infrastruktur pengairan. Kaedah simpanan beras yang lebih baik juga penting bagi mengurangkan kehilangan.